RESEPI KUIH DANGAI

Rasa macam pernah makan je kuih ni.. tapi ingat-ingat lupa.. mungkin arwah opah belah abah yang buat kalau tak silap.. sebab dulu-dulu arwah opah belah abah yang rajin masak dan buat kuih macam-macam.. 

BAHAN-BAHAN :
◑ 3 mangkuk kelapa parut putih
◑ 1 mangkuk tepung pulut
◑ ⅓ mangkuk gula pasir(manis ikut suka)
◑ ½ sudu kecil garam halus

CARA MEMBUAT :

◐ Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan.
◐ Masukkan tepung pulut pulut,gaul rata.
◐ Perasakan dengan garam dan gaul rata,pastikan kelapa tidak berketul-ketul.
◐ Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
◐ Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang.Lapisan pertama ini tidak perlu di campur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
◐ Baki campuran kelapa tadi di gaul pula dengan gula.
◐ Masukkan baki kelapa kesemua sekali ke dalam loyang,pastikan penuh dan rata.Tidak perlu tekan.
◐ Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.

1 Ulasan

Catat Komen

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New