RESEPI APAM SEDAP DAN MUDAH!

Tak pernah buat lagi resepi apam yang ni.. kalau yang guna nasi tu TB dah pernah buat.. Apam nasi.. Menjadi.. nak tengok resepi tengok kat sini --> RESEPI APAM NASI .

Haaa.. lepas ni nak try resepi ni pulak.. nak kumpul resepi banyak-banyak untuk harraz yang dah makin membesar dan berselera makan ni.. hehehe.. seronok kan kalau dapat maska untuk anak-anak.

BAHAN-BAHAN :
◐3 cawan tepung beras
◐1cawan tepung gandum
◐2 cawan gula pasir
◐1 peket mauripan
◐2 cawan nasi
◐3 cawan air
◐Pewarna ikut suka
◐Kelapa parut digaul dengan sedikit garam

CARA MEMBUAT :
◐Satukan nasi & air di dalam blender dan kisar sehingga betul² hancur
◐Satukan semua bahan lain & gaul sebati di dalam mangkuk
◐Tuang bahan kisar tadi dalam adunan tadi dan gaul sebati
◐Perap adunan selama 1 jam
◐Tuang adunan dalam acauan & kukus dalam pengukus yg telah di panaskan selama 20 minit
◐Setelah sejuk hidangkan dengan kelapa yg digauk dgn sedikit garam



Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New