RESEPI KEK MARBLE SEDAP DAN MUDAH!

Ini antara Kek yang TB nak sangat buat dari dulu tapi disebabkan peralatan tak cukup dan bahan-bahan pun  tak cukup.. TB tak buat pun lagi.. banyaknya alasan kan.. hahahha.. ok.. suatu hari pasti TB buat.. sebab dah ada kawan makan kek.. Anak-anak la sape lagi.. hubby  tka suka kek.. 

KEK MARBLE

BAHAN A :
♥200gm marjerin planta
♥50gm butter anchor
♥150gm gula castor
♥100gm gula aising

BAHAN B :
♥250gm telur
♥¼ sudu kecil esen vanilla

BAHAN C :
♥250gm tepung gandum bluekey - diayak
♥1 sudu kecil baking powder - diayak

BAHAN D :
♥Pewarna pilihan

CARA MEMBUAT :
★ Pukul bahan A sehingga berkrim dan putih.
★Masukkan telur dan esen, mix sebati.
★Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar sebati (jgn terlalu lama).
★Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan dengan warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna dan esen pilihan.
★Masukkan adunan ke dalam loyang berselang seli atau ikut kreativiti.
★Gunakan loyang 8x8 inci. Bakar pada suhu 160°c selama 45 minit

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New