PAPRIK DAGING

Hari tu TB ada try buat, guna pes yang dari Thailand tu.. Sedap dan hubby kata macam kat kedai.. so.. ni TB share kat sini resepinya.. gambar masakan takde sebab hari tu memang masak-masak terus ngap je panas-panas.. tapi baru sekali tu je TB try. Tu pun sebab baru beli pes paprik tu.. hehehehe.. teruja nak try.. nanti TB buat lagi, TB amik gambo ye.. 

BAHAN-BAHAN :

●1/2 kilo daging(potong & rebus smpai empuk,simpan air rebusan)
●2 senduk besar cili blend(kurangkan kalau tak suka pedas)
●1 senduk besar cili sos
●1 senduk besar sos tiram
●3 ulas bawang putih(di ketuk)
●1 labu bawang besar(potong dadu)
●1 labu bawang besar(potong bulat utk hiasan)
●Sayur ikut citarasa sendiri
●Daun limau purut
●Tomato dibelah 6
●Cili api dan cili merah(untuk hiasan)
●Garam gula dn perasa secukupnya


CARA MASAK :
👉Tumis bawang hingga naik baunya, masukkan cili blend dan tumis seketika
👉Masukkan cili sos dan sos tiram
👉Masukkan daging dan air rebusan daging
👉Masukkan sayur dan bahan2 yg lain
👉Perasakan secukup rasa












2 Ulasan

  1. saya selalu buat paprik daging . sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.

    BalasPadam
  2. sedapnya, lagi2 nampak banyak putik jagung tuh

    BalasPadam

Catat Komen

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New