KERABU DAGING ALA THAI




KERABU DAGING ALA THAI



BAHAN-BAHAN :

●300g daging(rebus smpai lembut)
●1 biji bawang besar(hiris nipis)
●1 batang serai(hiris nipis)
●1 biji tomato(hiris nipis)
●5-7 biji cili padi(hiris nipis)
●2 sudu besar sos ikan
●1 biji limau nipis(ambil jus)
●3 helai daun limau purut(hiris halus)
●garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
👉Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
👉Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
👉Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.

TIPS
✔Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama