Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

07 Mei 2014

BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI DAN BUKAN KERANA MENGHINA SUAMI



HARGAI SUAMI KITA..


::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi, banggalah kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda jaga anak, basuh berak anak, tukarkan pampers anak. RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN INGIN MEMILIKI SUAMI SEPERTI SUAMI ANDA. 

Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA. 
(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)

HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing. BIARLAH ORANG NAK KATA "MACAM DIA SORANG ADA SUAMI" DAN BIAR LAH ORANG NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN. Asalkan anda tidak memuji suami orang lain, kang jadi kes plak betul? betul?

tahukah anda::

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

:: JANGAN AMBIK KESEMPATAN PLAK BILA SUAMI DAH RAJIN TOLONG KITA DALAM HAL RUMAH TANGGA. BERSYUKUR LAH SUAMI NAK TOLONG YEA 
::: mana yg tak faham bahasa melayu ni boleh cari translator untuk translatekan. boleh kita didik suami kita perlahan-lahan, contoh macam saya kahwin dengan foreigner, jadi saya selalu terangkan setiap perkara supaya lebih persefahaman dalam rumah tangga. Selamat beramal 

Back to sunnah, JOM SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
(sumber - FB Yuyu Rasid yang cantikk)
I Love U Miaw2 Cyg.. 

7 ulasan:

  1. ilmu bergelar suami nanti...hehee

    BalasPadam
  2. dia tak kan timbul takut atau hina sekiranya kita pham betul2 apa tanggungjawab dan peranan masing2... tegur bila buat salah... berbincang... slng bantu..

    BalasPadam
  3. wah... ni kali kedua baca entri sini yang buat saya terharu... :D
    Cantik sungguh entri ni...

    BalasPadam
  4. yeayyyyy setuju 100% ;p

    tapi dah susah dah nak dpt mcm tu...hurmmmm :/

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...saya pun bangga dengan my hubby..betul kata tenku butang..dalam rumah tangga haruslah saling membantu dan tolak ansur barulah aman rumah tangga kita.....SAYANGKU SAYANGMU...KERANA ALLAH.......

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers