Nuff

15 Mei 2014

PUDING TEMBIKAI SUSU

SEDAPNYA PUDING TEMBIKAI SUSU

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar

Bahan B
1 tin susu cair(400 ml)
100 ml susu pekat manis
100 ml air
3 sudu besar gula pasir - boleh ubah ikut kemanisan yang di kehendaki
2 biji telur - di pukul sedikit dengan garfu
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
500 gm buah tembikai susu – dikisar (tanpa air). Resepi asal kisar 400gm buah tembikai susu dan potong dadu 100gm.
Beberapa titis pewarna hijau
Cara-cara :

1. Kacau semua bahan B di dalam mangkuk dengan whisk dan tuang ke dalam periuk. 
Renehkan dengan api perlahan dan kacau.
2. Tuang buah tembikai susu yang telah dikisar. Kacau rata.

3. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut. Titiskan pewarna hijau dan kacau biar sekata warnanya dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas pilihan atau loyang dan biarkan keras. Boleh disejukkan di dalam peti ais.



Resepi n gambar -->Fiza Lgk

Related Posts

6 ulasan:

  1. wah sedapnya tiba2 teman terasa lapar pulak pepetang ni...

    BalasPadam
  2. mudahnya nampak sedap i like it

    BalasPadam
  3. senang ni ta[i tu la kadang2 malas nak buat

    BalasPadam
  4. Alahai... klau la skrin ni bleh tembus, bleh cuit sikit.. huhu

    BalasPadam
  5. wahh nampak senang... boleh cuba nie ^_^

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New