RESEPI MEE REBUS SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI MEE REBUS
SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI MEE REBUS

Bahan-Bahan untuk isi :
1 kg mee kuning
4 biji limau kasturi - belah 2
4 biji telur rebus - kupas dan belah 2
150 gm taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng dan hiris nipis
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
bawang goreng secukupnya


Bahan Kuah :
500 gm kaledek
500 gm daging lembu
1 biji tomato - belah 4(kisar halus)
1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minayk dan kisar halus
1/4 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
5 cawan air

BAHAN KISAR :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering

CARA MEMBUAT:

KUAH...

1.Hiris nipis daging lembu kemudian rebus hingga lembut.

2.Kupas kulit ubi Keledek,rebus hingga lembut dan kisar halus.

3.Basuh udang,rebus dan kisar bersama dgn kulit kemudian tapis

4.Sementara itu panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak

5.Msukkan tomato dgn ubi yg di blender td...kemudian masukkan daging beserta dgn air rebusan daging...biarkan mendidih..

6.Masukkan kacang tanah yang sudah dikisar halus tadi dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. akhir sekali, masak hingga kuah menjadi pekat.

CARA MENYEDIAKAN MEE :

1.Celur taugeh dan mee mengikut kuantiti yang diperlukan dan letakkan dalam bekas yang sesuai. selepas itu kacau kuah dan tuangkan diatas mee.

2.kemudian letak telur rebus, tauhu, cili hijau dan merah, hirisan daun bawang, bawang goreng dan terakhir sedikit air perasan jus limau kasturi.



2 Ulasan

  1. alaaaaaa terasa di mulut aja mee rebus ni. sedap ni makan panas2 di kala hujan sedang turun di luar rumah. hahaha

    BalasPadam
  2. Resepi mee rebus ni memang sangat sedap. Saya sudah cuba. terima kasih
    sakit belakang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama