Filem Animasi CGI My Little Pony: A New Generation ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! pada 11hb Disember 2021 dan Saluran ASTRO Ceria pada Disember 25, 2021!
Filem Animasi CGI My Little Pony: A New Generation ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! pada 11 Disember 2021 dan Saluran ASTRO Ceria pada 25 Disember 2021! Kalau tengok kartun ni mesti teringat dekat anak saudara bernama Delisya atau panggilan manjanya ica, MasyaAllah, seorang yang comel dan pandai melukis. Seawal umur 9 tahun dah pandai lukis macam-macam dan antara yang TB ingat, dia pernah lukis watak-watak My Little Pony ni.. Wah.. memeng menarik sangat lukisannya.. sangat cantik dan kemas, terkejut dengan hasil lukisannya. Kagum rasa tengok anak saudara pandai melukis. Alhamdulillah.. salah satu kemahiran dan kepandaian ica dah muncul dan moga ada kepandaian lain yang bakal muncul.. Aamiin.. Oh ya, hari ini TB nak share tentang Filem animasi CGI My Little Pony : A New Generation yang menjadi kegemaran anak-anak ketika ini. dan TB nak kongsikan satu berita gembira buat anak-anak semua, berdasarkan rangkaian permainan My Little Pony oleh Hasbro, filem animasi CGI My Littl...