PENGALAMAN PERTAMA TERIMA BARANG SALAH KETIKA SHOPPING ONLINE DI LAZADA Hemm.. Konon taknak beli last minutes, beli la awal-awal hadiah untuk birthday Harraz.. Tiba-tiba ada juga masalah pulak, barang lain yang kita order, barang lain yang sampai.. Taktau nak ekpres perasaan ni macam mana.. Nak marah tak boleh sebab seller tu sopan sangat... Siap mintak maaf bagai.. Respon pun cepat. Masa mula-mula terima tu tipu lah kalau takde rasa marah, rasa sedih, rasa nak maki semua ada. Tapi bila lama-lama fikir, mungkin ada hikmahnya kot.. Mungkin apa yang TB beli untuk harraz tu tak berfaedah ke.. Kita tak tau kan.. Sebab hati TB pun berbelah bahagi sebenarnya semasa nak order barang tu.. Sebab fikir toys kan.. Rasa macam membazir beli. TB kalau beli pun, suka education toys, atau berkaitan dengan motor halus ke sensori ke.. Tapi kali ni ter order toys yang merepek pulak dah sebab konon nak bagi harraz merasa.. Dan boleh la adiknya join sekali cuci mat...
Website About Personal Life, Life Style ,Recipe,Beauty Tips, Health Tips, Product Review