AMALAN-AMALAN SUNAT Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali Empat Belas Perkara Sunat dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharam) : Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan...
Website About Personal Life, Life Style ,Recipe,Beauty Tips, Health Tips, Product Review