Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PRU15

Tatacara Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November 2022

Tatacara Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November 2022 Apa yang Anda Perlu Tahu Sebagai Pengundi? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah  mengeluarkan panduan 10 langkah pengundian bagi rujukan lebih 21 juta pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu 19.11.2022.  Panduan berkenaan ialah dalam bentuk bertulis dan infografik dikongsi dalam Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan. Menurut panduan itu, sebaik dibenarkan masuk anggota polis yang mengawal selia pintu masuk tempat mengundi, pengundi perlu menyerahkan kad pengenalan (MyKad) atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan sekiranya ada kepada kerani pengundian pertama dan menunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa. Kerani pengundian pertama kemudiannya menyerahkan dokumen berkenaan kepada kerani pengundian kedua dan pengundi perlu memastikan nombor kad pengenalan dan nama yang dipanggil kerani pengundian pertama adalah tepat. Selep...