Langkau ke kandungan utama

Catatan

EmrysHome & Flexwarm Heat Belt Melegakan Kekejangan Perut / Senggugut Semasa Haid ( Menstrual Cramp )

EmrysHome & Flexwarm Heat Belt Melegakan Kekejangan Perut / Senggugut Semasa Haid ( Menst8rual Cramp ) Sebagai wanita, ketika datang haid korang pernah tak mengalami kekejangan/senggugut di bahagian perut seperti yang TB alami.. Pastinya korang juga begitu kan? walaupun tak semua wanita yang akil baligh akan merasai kekejangan dibahagian perut ketika haid, namun TB yakin beberapa peratus daripada semua wanita di luar sana mempunyai pengalaman yang sama. Sakit tu datang berbeza-beza , tak sama.. Sesetengah wanita mengalami kesakitan dan kekejangan / senggugut pada permulaan haid dan ada pula yang dipertengahan haid serta ada jugak seminggu sebelum haid   disebabkan oleh kontraksi rahim yang tidak normal dan penyempitan blok dalam myometrium. Ia menyebabkan TB jadi rasa lemah sangat dan tak boleh nak bergerak bebas, kesakitan itu juga akan menjejaskan abdomen bahagian bawah TB yang terasa macam berdenyut-denyut seolah-olah macam  rahim tu kena perah tau.....

Ransomware Norvas ( Vengisto ) Serangan Virus Terbaru Yang Bisa Melumpuhkan dan Meranapkan Data!!!!!

Ransomware Norvas ( Vengisto ) Serangan Virus Terbaru Yang Bisa Melumpuhkan dan Meranapkan Data!!!!! Tak tau nak kata apa dah.. Sebenarnya TB mengharapkan masalah ni dapat diselesaikan malam tadi.. TB mengharapkan PC yang terkena Virus tu dapat dihentikan penyebaran virus tu agar ada file-file yang dapat diselamatkan. Pada mulanya TB tak sedih sangat pun bila petang semalam hubby TB beritahu yang PC terkena virus, sebab sebelum ni pun dah pernah kena juga dan file-file masih sempat diselamatkan. Itu adalah kerana virusnya tak lah sekuat mana dan boleh dipatahkan terus dari menular ke bahagian lain.. hanya sedikit sahaja data yang hilang dan yang bakinya masih dapat diselamatkan.. Namun, kali ni TB rasa kecewa dan sedih sebab rupanya Virus kali ni memang luarbiasa hebatnya hingga berjaya melumpuhkan dan meranapkan data-data dalam PC kami.. Apa yang TB paling sedih ialah.. gambar dan video koleksi harraz masa baby pun hilang macam tu je.. Ya Allah.. bab yang ni lah yang bua...

30 GAMBAR PADANAN / GANDINGAN LAUK YANG SESUAI UNTUK HIDANGAN

30 GAMBAR PADANAN / GANDINGAN LAUK YANG SESUAI UNTUK HIDANGAN Hai.. Dah lama TB mencari benda ni.. apa dia? heee.. gandingan atau padanan lauk kalau masak satu hidangan tu.. TB selalu mati kutu nak masak apa gu yang paling sesuai untuk sesuatu Gulai atau kuah.. So hari ni TB nak tepek 30 gambar gandingan lauk dari Sis Bunga_Lavender yang sesuai untuk hidangan, haaa.. kata orang kalau nak masak lauk, mestilah ada padanan lauk yang sesuai. maksudnya, kalau dah ada lauk lemak, mesti nak padankan dengan lauk sambal, baru sedap. sayur pun tak payah sayur berkuah dah sebab dah ada kuah, jadi sayur goreng sahaja sudah cukup. TN tak pandai lagi bab gandingan-gandingan ni.. kadang tekak TB ik dah hubby pulak rasa tak ok.. so.. TB hanya dengar apa komen hubby je la tentang nasakan apa-apa ..  Apa-apapun TB suka nak share kat sini gandingan lauk yang sesuai untuk hidangan..jom tengok.. ...

DETOX MINTOX KIWI DETOX FIBER DRINK BAIK UNTUK PENCERNAAN SERTA BANTU MENGEKALKAN USUS YANG SIHAT

DETOX MINTOX KIWI DETOX FIBER DRINK BAIK UNTUK PENCERNAAN SERTA BANTU MENGEKALKAN USUS YANG SIHAT Perut TB terasa macam kembung je selepas waktu berbuka puasa sebab pengambilan makanan yang berlebihan semasa berbuka punya pasal.. Huhu.. Adoi.. memang situasi tu buat TB rasa tak selesa sangat tau. Rasa menyesal pulak berbuka puasa dan makan tanpa had.. Risau jugak kalau makan macam-macam tiba-tiba sembelit mai.. naya je kan.. Masa tu tak tahulah berapa banyak makanan yang dan terkumpul dan mendak dalam perut ni ni tak keluar-keluar melalui poo-poo .. hahah.. Tapi sekarang mujurlah TB dapat tahu tentang satu produk ni yang sesuai untuk buang toksin dan melegakan badan serta mengatasi masalah sembelit juga.. Haaa..Nak tau produk apa? tengok gambar kat bawah ni yea.. Ni dia Mintox.kiwi Detox Fiber Drink datang tepat pada waktunya. TB pun mencubanya tanpa teragak-agak sebab tahu sangat yang badan TB ni memang memerlukan detoks. Mintox.kiwi Detox Fiber Dri...