Langkau ke kandungan utama

Resepi Chicken Perattal

Resepi Chicken Perattal

Resepi Chicken Perattal


Kalau masak Chicken Perattal ni, jiran-jiran confirm tegur. Wangi & bau sedap mcm dekat restoran.


CARA MASAK AYAM PERATTAL @ CHICKEN
PERATTAL


BAHAN-BAHAN:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) –
potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika suka @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa


BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari


Klik disini untuk resipi penuh:


CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.

2. Panaskan minyak kelapa. Kalau xde blh je
guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap
utk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah
pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.

3. Tambahkan juga daun kari.

4. Dan juga bahan kisar tadi.

5. Masukkan sedikit air dari blender kisaran.
Tumis sampai pecah minyak.

6. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam
dan serbuk kunyit.

7. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.

8. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam /
daging.

9. Kacau sebati dan masukkan garam dengan
secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan
api sederhana. Kacau sekali sekala.

10. Empunya resipi tidak masukkan air. Lepas
15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri
dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau
kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml
sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari,
segala serbuk kena tambah).

11. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati
dan biar masak selama 5 minit lagi.

12. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan.




Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam

Ulasan

  1. cicah dengan roti prata mesti sedap ni

    BalasPadam
  2. En fortunazo bono puedes encontrar promociones y bonos disponibles para nuevos y actuales usuarios. La plataforma ofrece diferentes ofertas de bienvenida, giros gratis y promociones especiales que permiten comenzar a jugar con mayor saldo. Es una opción interesante para aprovechar ventajas adicionales dentro del casino online.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n