Nuff

28 Julai 2018

RESEPI CHICKEN BONE BROTH OLEH AZIZAH BT MOHD ZAN


RESEPI CHICKEN BONE BROTH
OLEH AZIZAH BT MOHD ZAN

Hai.. Assalammualaikum semua.. Hari ni TB nak share tentang  Resepi Chicken Bone Broth iaitu masakan yang sesuai untuk Up kan Antibodi anak-anak kita. Sejujurnya TB hanya pernah buat sekali je hari tu.. masa umur harraz 11 bulan kalau tak silap TB. Lepas tu TB dah tak buat.. huhu... sebab malas nak tunggu reneh sampai 4-5 jam tu kan.. Tapi bila tengok resepi kak Azizah ni rasa nak buat balik je.. elok untuk up kan sistem imun / antibodi anak-anak kalau kita amalkan.. tak perlu lagi antibiotik klinik.. 

Haaa.. TB share kan kat sini Resepi Kak Azizah ni, kot ibu-ibu nak try ke.. tambah-tambah musim HFMD ni.. elok kita kuatkan sistem imun anak-anak kita.. 


KUATKAN ANTIBODI ANAK &
BRAIN FOOD YANG BAIK 
Resepi Chicken Bone Broth By Azizah Bt Mohd Zan
Projek chicken bone broth untuk si kecil saya sebenarnya ni, dalam misi nak naik berat badan anak, juga up kan antibodi badan. So ini lah yang terbaik. Senang sahaja buatnya, yang penting ianya MURAH, SENANG & SIMPLE.

Jom tengok apa kebaikan bone broth ni, biasanya yang utama kita maklum ia adalah untuk KUATKAN ANTIBODI ANAK. Immune system mereka, jadi jarang jatuh sakit, bila sakit demam ke apa cepat sembuh inshaaAllah.

Lagi best bila cakap ia adalah BRAIN FOOD yang baik untuk anak. Dari baby kita dah boleh bagi bone broth ni, sebagai NATURAL MSG kepada bayi, makanan mereka jadi sedap, lagi berselera lah nak makan. Gula dan garam adalah sangat berbahaya untuk anak bawah 1 tahun terutamanya sebab ginjal merkea perlu kerja keras berganda-ganda.

Ia juga PUNCA LEMAK BAIK, jadi sesiapa yang dalam misi nak tambahkan berat anak/bayi memang patut buat cbb ni. Hasilnya nanti kita boleh lihat minyak dari kulit kaki ayam timbul & cbb yang seakan jelly.


Bahan utama yang wajib ada:
1. Tulang (boleh guna kaki ayam, tulang rangka ayam, tulang lembu, tulang kambing) 
2. Air
3. Mild acid

*Yang lain-lain tambahan tu optional, nak tambah bole, bagi rasa sedap.


Periuk yang sesuai :
  1. Periuk kaca
  2. Periuk tanah
  3. Ceramic
  4. Stainless steel

* Periuk aluminium & non stick tak boleh guna sebab ia akan bertindak balas dengan acid dan jadi toksik. Aluminium pula larut akan jadi racun

* Rice cooker boleh guna jika inner pot dia bukan aluminium. Tapi kebiasaannya rice cooker guna aluminium. Jadi elakkan.

Tempoh masak:
Renih lagi lama lagi berkhasiat,guna api kecil

✅ dapur biasa 4-5 jam
✅ slow cooker 7-8jam
✅ pressure cooker 1 jam (cuma kena make sure inner pot dari stainless steel)

Mild Acid:
Boleh gunakan samada cuka (apple cider vinegar), atau lemon, atau tomato atau asam keping.
Pilih salah satu sahaja bahan masam ni.
Sukatan anggaran cuka, 1 sudu cuka = 4 cawan air.


RESEPI CHICKEN BONE BROTH 
OLEH AZIZAH BT MOHD ZAN

Bahan-Bahan
Kaki ayam (saya beli murah saja dalam rm3/rm4) dapat banyak
Rempah 4 beradik (saya add sup bunjut sebab anak dah boleh makan rempah ratus umur 11bulan)
Bawang putih
Bawang besar
Carrot
Kentang
Cellery
Daun sup
Mild acid saya letak lemon (di gambar ada tomato & asam keping juga-cuma pilih satu sahaja tak perlu letak semua)
air

Cara-Cara :
  1. Renih dengan api kecil 4-5 jam, saya guna periuk kaca.
  2. Tambah air dari masa ke semasa
  3. Bila siap, keluarkan dan tapis, ambil air nya sahaja.
  4. Masukkan dalam bekas ais kiub, bekukan dalam freezer. Tahan 1 bulan. Nak guna ambil sahaja beberapa kiub masukkan dalam bubur baby, buat sup, buat biskut baby pun boleh.
  5. Rasanya sedap sangat dah macam bergaram lemak semua cukup. Saya buat bihun sup esoknya, licin anak makan.




Selamat mencuba!

Thank You buat Kak Azizah kerana sudi Share Resepi ni .. Ada banyak lagi resepi di Wall Kak Azizah.. jom kita terjah!.. =) .. Oh ya.. Nak beli Natural BABY BALM ? boleh dapatkan dekat kak Azizah ni jugak ye.. 


Credit :
Resepi dan Gambar





Related Posts

5 ulasan:

  1. aduih... tengok gambar tu, sedap lak sup kaki ayam... bgs resepi n buat sdiri x yah beli.... nice sharing

    BalasPadam
  2. Bagus jugak resepi ni. Boleh try nanti. Nice sharing

    BalasPadam
  3. Kalau dah terbuat dengan periuk nasi macam mana ye馃槄

    BalasPadam
  4. Macam mana nak tahu periuk nasi tu aluminum ke x?

    BalasPadam

贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙ 贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New