RESEPI KEK PISANG SEDAP DAN MUDAH!

Teringin nak buat kek tapi kalau takde Oven, malas betul nak fikir.. Cuma leh tepek resepi dulu la untuk dicuba.. nanti kita cuba ye.. tapi kek pisang bukanlah kegemaran orang dalam rumah kami.. TB je lah yang suka kek ni.. kalau nak makan, pi beli je kat kedai .. cuma ada baiknya tahu resepi ni.. kot la suatu hari ada oven leh masak sendiri dan jamu tetamu di hari raya kan.. 

Bahan-Bahan :
👉4 cawan tepung gandum
👉2 cawan minyak jagung
👉2 cawan gula perang
👉10 biji pisang berangan/bunga/restali
👉6 biji telur ayam
👉2 sudu teh esen vanila
👉2 sudu teh soda bikarbonat
👉2 sudu teh baking powder
👉1 sudu teh garam halus

Cara-cara membuatnya:
◆Panaskan ketuhar dalam suhu 180' selama 10 minit
◆Satukan bahan kering seperti tepung gandum,soda dan baking powder. Ayak adunan tersebut sebanyak 2 kali bagi memastikan kandungan tepung agak ringan
◆Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan kisar hingga kelihatan putih dan gebu
◆Pisang dilecek dan masukkan adunan telur tadi ke dalam adunan pisang
◆Masukkan tepung dan minyak.Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu
◆Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin
◆Bakar selama 1 jam












Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New