RichWorks Anjur Program "BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0" Secara PERCUMA Untuk Bantu Usahawan Yang Terkesan Pandemik Covid-19

BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0


RichWorks Anjur "BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0" Secara PERCUMA Untuk Bantu Usahawan Yang Terkesan Pandemik


Assalammualaikum.. Hari ini TB nak berkongsi tentang satu Program yang sesuai untuk para usahawan kita ikuti kerana ia adalah program yang disediakan untuk mereka-mereka yang terkesan dengan pandemik covid-19. Program ini dianjurkan oleh Richworks.. haa.. sekali lagi Richworks nak bantu ramai orang yang juga usahawan untuk Bangkit kembali bersama RichWorks dalam menghadapi krisis ketika pandemik covid-19. 

Pastinya ramai dikalangan kita sangat terkesan dengan pandemik Covid-19 ini, apatah lagi mereka-mereka iaitu usahawan yang bergantung hidup pada pendapatan dari bisnes atau perniagaan sendiri. Ketika pandemik Covid-19 melanda negara dan menyebabkan ekonomi terjejas, usahawan turut berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang memberi kesan kepada kehidupan harian mereka.

Ketika pandemik inilah, sangat memberi cabaran dan dugaan besar buat kita sebagai usahawan dimana pergerakan kita yang terbatas, ditambah pula dengan penutupan sempadan dan sebahagian ekonomi, mengakibatkan kejutan penawaran dalam ekonomi apabila aktiviti pengeluaran terbantut, sekali gus memberi kesan langsung kepada peniaga, terutama mata pencarian mereka serta masalah aliran tunai. Ia akhirnya mengakibatkan banyak lagi perniagaan 'gulung tikar' pada masa hadapan.

Aktiviti normal ekonomi bertukar daripada ekonomi berasaskan kehendak kepada ekonomi berasaskan keperluan asas.

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital akan diadakan pada 27-29 Ogos ini.


Memahami cabaran yang dihadapi usahawan ekoran pandemik Covid-19, RichWorks International Sdn. Bhd yang dimiliki oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman bakal mengadakan program khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital bagi terus memberi sokongan dan memberi dorongan kepada mereka untuk memajukan perniagaan dalam tempoh sukar ini.

“RichWorks sangat memahami keadaan in kerana ramai usahawan yang menghubungi kami di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka,” kata Ridz Mohd iaitu Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd  dalam sidang media Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital (Bangkit) yang diadakan melalui platform Zoom.

Sehubungan itu, Radz menyeru usahawan-usahawan serta masyarakat untuk menyertai program Bangkit bagi menimba ilmu dan panduan penting yang dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 27 hingga 29 Ogos ini.

“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya.

Radz berkata, terdapat dua kumpulan usahawan ketika pandemik iaitu mereka yang tidak nampak jalan menyebabkan sesetengah hanya mengeluh dan menyalahkan orang lain atau seorang yang berusaha mencari jalan penyelesaian.

“Pandemik ini masalah global jadi kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Buatlah persediaan dari sekarang untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” katanya.


dr azizan osman


Berpendirian Teguh dan Bersemangat Untuk Terus Bangkit Walau Sesukar Mana Keadaan


Sebenarnya sebagai Usahawan tegar, mereka mampu bangkit kembali dari kegagalan. Tambahan pula sekiranya bisnes yang mereka jalankan itulah satu-satunya sumber pendapatan mereka untuk meneruskan kelansungan hidup sekeluarga. Pilihan untuk terus bangkit dan mencari jalan untuk atasi halangan yang ada semuanya terletak pada diri usahawan itu sendiri. Sentiasa mencari jalan dan berbuat sesuatu untuk bergerak ke hadapan.

Pastinya kita semua pernah mengalami halangan dan kegagalan sama ada anda mahu mengakuinya atau tidak, itulah kebenarannya. Persoalannya adalah macam mana kita nak kembali bangkit dari kegagalan itu?

Sasaran yang ditetapkan tidak kena, jualan yang dijangka tak dicapai dan banyak lagi. Adakala ia disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh usahawan itu sendiri dan ada masa ia disebabkan faktor di luar kawalan.

Jatuh bangunnya sesuatu perniagaan atau bisnes itu semuanya terletak atas kita sendiri, bagaimana kita aturkan dari mula hingga seterusnya dan sekiranya nasib tidak menyebelahi kita, dan terpaksa melalui kegagalan, percayalah.. terdapat pelajaran penting yang boleh dipelajari dari situ. Apabila kita mencari jalan untuk mendorong diri agar bangkit semula, tetap bertahan tanpa rasa putus asa dan terus bergerak ke depan, insyaAllah segala yang dirancang akan membuahkan hasil..  Apa yang paling penting.. Niat, tekad dan semangat untuk terus bangkit, berjuang untuk kehidupan seterusnya.

Oh ya, disini TB nak kongsikan sedikit artikel tentang apa yang usahawan-usahawan diluar sana perlu praktikkan untuk terus bangkit dan berjaya mengatasi halangan dalam dunia perniagaan apatah lagi ketika saat Pandemik Covid-19 melanda .

Artikel ini TB ambil dan kongsikan dari website richworks.com  kerana merasakan ia adalah antara tips dan kata-kata yang sangat memotivasikan diri TB sendiri juga.. Dimana ia boleh diguna pakai untuk semua orang tidak kira usahawan mahupun bukan. Jom kita baca dan hayati bersama-sama, moga bermanfaat untuk semua.. 


Apa Perlu Kita Buat Untuk Memastikan Diri Kita Terus Positif, Bersemangat dan Yakin Untuk Terus Bangkit dan Kembali Berada di Landasan Sebenar Walau Sesukar Mana Cabaran Yang Mendatang?

 

Usahawan perlu ada daya tahan


Satu perkara yang sangat penting apabila memikirkan kejayaan jangka panjang adalah daya tahan anda. Tidak kira sama ada anda seorang usahawan, pemimpin bisnes, ibu bapa, suami atau isteri, daya tahan merupakan faktor penting untuk berdepan dengan halangan-halangan dan seterusnya mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.

Daya tahan ini yang membuatkan anda kembali bangkit ketika terduduk dan jatuh ekoran halangan serta cabaran-cabaran seperti ketika pandemik ini.

Apatah lagi ketika awal tahun baru ini, kita sudah tentunya merangka sasaran baru dengan membuat perancangan untuk buat sehabis baik sehingga mencapainya.

Bagaimanapun pemikiran ini mempunyai kelemahan yang mana tidak mengambil kira apa yang perlu dilakukan apabila berlaku halangan-halangan di sepanjang perjalanan kita. Apabila semangat tinggi pada mulanya itu makin hilang, daya tahan itu membuatkan kita terus bergerak.

Bangkit kembali : Anda mempunyai apa yang diperlukan

Daya tahan ini merupakan satu pilihan. Setiap kali berdepan ‘roadblock’, kita mempunyai pilihan sama ada untuk berhenti atau terus mencuba memecahkan dinding atau tembok itu.

Tidak apa jika anda ada rasa takut dan susah, apa yang penting adalah apa yang dilakukan selepas itu.

Adakah anda biarkan ketakutan terus menghantui atau cuba adjust dan terus maju ke depan?

Berikut kami kongsikan 4 strategi atau perkara yang boleh digunakan untuk bangkit kembali apabila berdepan dengan kegagalan halangan, cabaran atau kesusahan.

4 strategi untuk usahawan bangkit kembali :


1. Sentiasa bersyukur


Mentor, Datuk Wira Dr Azizan Osman selalu menyebutkan ayat ini dalam firman Allah S.W.T:



وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُم وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ



Maksudnya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mengatakan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih”. (Surah Ibrahim: 7)


Ayat di atas menerangkan bahawa Allah akan menambahkan nikmat bagi seseorang mukmin sekiranya dia bersyukur dengan nikmat tersebut.

Inilah sebabnya, anak didik beliau semua diajar untuk sentiasa belajar untuk bersyukur.

Masalah ramai orang yang membuatkan kenapa orang gagal terus gagal dan kenapa orang berjaya terus berjaya antaranya disebabkan bersyukur.

Sehubungan itu, apabila anda diuji dengan halangan dan kegagalan perlulah bersabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Tapi bukan berhenti setakat itu saja, lihat balik di mana silapnya sebelum melakukan tindakan seterusnya.

2. Tulis wins anda


Rekodkan wins anda secara harian atau mingguan. Langkah ini merupakan tabiat penting yang dapat bantu anda untuk mempunyai keyakinan dalam diri.

Melalui senarai wins yang ditulis anda, ia akan menjadi peringatan yang jelas bahawa apa yang telah anda lakukan dengan baik.

Hal ini kerana halangan, cabaran atau kesusahan yang menimpa itu mudah untuk mengaburi perspektif dan pemikiran anda.

3. Kekal fokus kepada objektif anda


Kuncinya adalah dengan berhenti sebentar dan menilai semula apa yang boleh berhasil dan tidak berhasil sebelum membuat perubahan yang perlu. Bagi mereka yang mempunyai daya tahan akan melihat kegagalan itu sebagai satu lencongan di sepanjang perjalanan mereka.

4. Jaga kesihatan anda


Tabiat kesihatan yang baik seperti tidur yang cukup, bersenam dan makanan seimbang akan memastikan badan anda mempunyai tenaga diperlukan untuk berdepan dengan rintangan yang mendatang.

Masalah-masalah akan bertambah berat jika terlalu fokus kepada masalah itu saja hingga mengganggu tidur atau pemakanan anda.

Kesimpulannya, anda boleh mendapatkan lebih tinggi keyakinan apabila berjaya mengatasi lebih banyak cabaran dan halangan mahupun kegagalan. Anda semua mempunyai apa yang diperlukan untuk bangkit kembali dalam game ini. Tidak kira apa yang buatkan anda jatuh.


Jom sama-sama join / hadiri BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 berlangsung pada 27-29 Ogos ini

Bagi usahawan-usahawan yang masih lagi tercari-cari sesuatu yang boleh menaikkan kembali semangat mereka untuk bangkit semula selepas kegagalan dalam perniagaan atau bisnes yang dijalankan,  TB syorkan sangat anda semua cuba join dan hadiri program BANGKIT ini kerana ia bukan sahaja PERCUMA, malah terdapat banyak input yang anda semua akan perolehi dari program yang dianjurkan oleh Richworks ini. 


Jom Mengenali Richworks

Oh ya.. Mungkin masih ada yang belum tahu tentang Richworks ini, mari TB share kan dulu sedikit info untuk mereka yang baru nak join, RichWorks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.

Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia.

Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia.


Haa .. begitulah serba sedikit tentang RichWorks yang telah banyak membantu ramai usahawan dalam perniagaan sehingga berjaya mencipta jenama sendiri dan berada di tingkat kejayaan yang usahawan itu sendiri mahukan... Tahniah Richworks!

Bangkit Richworks Business Bootcamp


Sesi Live 3-Hari Secara Langsung bersama Mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman. Program Khas untuk anda usahawan dan bakal usahawan yang nak jadi the NEXT

Sebagai usahawan, yang memang telah terbiasa dengan dunia usahawan walaupun secara kecil-kecilan sehinggalah secara besar-besaran sehingga wujud cabang bisnes yang tidak disangka boleh menjadi punca pendapatan yang berpanjangan buat keluarganya, pastinya akan cuba mempertahankan periuk nasi mereka agar terus terisi walaupun ketika pandemik covid-19 sedang bermahaharajalela. Apa juga program atau seminar yang dapat memberi input bagi mengembangkan lagi bisnes yang ada sangatlah digalakkan kita sertai apatah lagi ia PERCUMA. Bukan senang kita nak join program sebegini yang PERCUMA ye.. 

Namun. dalam ramai yang tertarik dan berminat untuk menyertai program ini, seperti biasa.. pasti ada juga yang cakap-cakap negatif yang didengari. Mereka kurang percaya dengan perkataan PERCUMA yang tertera di setiap hebahan mengenai kempen Bangkit ini,, 

Ada yang berkata "Mula2 free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat2 jerit amik semangat katanya"

"Waktu masuk dengar tu memang la percuma, selepas terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayarannya bukan kecik² anak.  Jerung pun boleh meninggal..

Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yang nak berseminar motivasi. Dia pon leni blom berjaya lagi... andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lagi. Balik seminar lepas tu takde motivasi dah hahahaha..

Program FREE nak pancing orang ramai supaya masuk program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman!!!


Haa.. pasti korang ada terbaca atau terdengar ayat-ayat begini kan? Itulah antara komen dapat dilihat apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira nak buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik. Tapi percayalah.. Program ini sangat berguna untuk semua usahawan dan ia sememangnya PERCUMA tanpa apa-apa bayaran. Korang just hadirkan diri secara online dan ikuti dari mula hingga tamat .. Pasti akan ada input yang korang dapat untuk lebih memajukan bisnes atau perniagaan korang.. 

Sedih pun ada, mungkin mereka tak pernah ikut program berkenaan. Kalau dah ikut pun, mungkin tak lakukan tindakan konsisten yang perlu untuk lihat hasilnya. Program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online

Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800,000 lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 - 2019 ( 11 tahun )

Ada saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini.

Ya program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan. Tapi melalui ilmu, strategi dan Mentor yang ada results ini - bawa kesan dan perubahan dibuktikan sendiri peserta-peserta yang belajar & lakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan Mentor secara konsisten mengikut tahap dan fasa Bisnes mereka

Lihat di Telegram Azizan Osman Official dan FB, anda dapat lihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan DWDAO sendiri. Difahamkan pada tahun lalu saja, daripada lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion.

Perumpamaan mudah, seperti pergi di universiti dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. BELAJAR DENGAN CIKGU YANG SAMA, WAKTU YANG SAMA, ADAKAH SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA??? Jawapan sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan. Apatah lagi jika kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah pun berjaya.

 DWDAO dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. 13 tahun dalam industri. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

Beliau sendiri selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang. Difahamkan DWDAO telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 - belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi, sekembalinya Datuk Wira Dr Azizan Osman terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi.

Beliau punya passion nak lihat anak bangsa usahawan ini berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun dia tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan sumbang. Mungkin ada kata, jika nak bantu bagi semuanya PERCUMA. Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan prorgam bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan.

Tiada paksaan untuk sesiapa untuk ikuti program lain ianya pilihan mereka sendiri. Tepuk dada tanya selera.. peluang depan mata dah sedia ada, kalau tak rembat jugak, tak tahu lah nak kata..  Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten. 

Apatah lagi pada hujung bulan ini - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital merupakan program terbaru yang dibuat khusus nak bantu usahawan untuk bangkit disebabkan pandemik Covid-19 masa ini.

Datuk Wira sebagai Mentor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini. Soal penting pemasaran digital bagi bisnes masa ini untuk usahawan dapat bergerak lebih pantas.


Bangkit Bisnes dari krisis 3.0


Jom sama2 kita ikuti dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan beliau kongsikan pada hujung bulan ini.

Program ini diadakan oleh Richworks bertujuan bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini menerusi beberapa modul dan intipati berbeza termasuk menekankan kepada isu semasa dalam dunia perniagaan dalam suasana pandemik. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelasnya lagi.

Untuk usahawan-usahawan diluar sana, malah anggota masyarakat digalakkan hadir ke program Bangkit ini yang mana ilmu dan panduan penting dikongsikan oleh Dr Azizan sudah pun berjaya membantu ramai usahawan dengan lebih 700,000 orang telah dibimbing sejak bermula pandemik hingga kini.

“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya.

Semoga program selama  tiga hari itu nanti dapat membantu usahawan atau bakal usahawan mendapat ilmu dalam memantapkan pengetahuan mereka dalam perniagaan.

Jom kawan-kawan semua, kita bangkit dari kegagalan, bina keyakinan kita semula dengan menyertai kursus usahawan maya percuma ni! Jangan lepaskan peluang keemasan ini mempelajari ilmu berharga yang diberikan secara percuma. cuba beri peluang kepada diri sekali ini. Apakah yang akan buat anda rugi besar jika hadir pada 27-29 Ogos nanti?


Bagi yang ingin mendaftarkan diri dalam program percuma itu, boleh melayari :
Maklumat lanjut penganjur adalah seperti di bawah:

Richworks International Sdn Bhd
RichQ, No.77 Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13,
Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam, Selangor


Tel: 1-300-88-2424 | 
Email : info@richworks.com


#Bangkit #BaikSemula #BangkitSemula


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama