JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI I ONE STOP CENTRE

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI 
PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE


Hai..Korang dah beli ke baju sekolah dan kelengkapan persekolahan anak-anak semua? Bukan apa, pejam celik pejam celik sekolah pun hampir nak buka dah tu.. berdebar rasa kalau kelengkapan sekolah anak-anak tak settle lagi kan. So. hari ni TB nak share serba sedikit tentang pengalaman TB membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (PPHHSB) telah mencipta satu legenda kejayaan yang paling terkemuka di bidang jualan runcit pakaian fesyen. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1996. Bermula secara kecil-kecilan, ia semakin berkembang dengan rangkaian cawangan yang kian bertambah di seluruh negara.

Falsafah perniagaan Hari-Hari ialah menggalakkan para pengguna mengunjungi gedung Hari-Hari setiap hari sambil menjaminkan pengalaman beli-belah yang menceriakan. Sejak mula berniaga, Pusat Pakaian Hari-Hari kekal dengan strateginya untuk memperkenalkan pakaian yang mudah dibiayai, dengan fokus tumpu pada golongan pengguna berpendapatan rendah hingga sederhana. Taktik pemasaran Pusat Pakaian Hari-Hari yang mengambil hati pelanggan ini telah menjadikannya jenama yang bertaraf istimewa di kalangan pengguna.


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI


Pusat Pakaian Hari-Hari ada buat Promosi Kembali ke Sekolah Kembali Lagi 2023. Mak ayah mungkin ketika ini sedang rancak menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada Mac 2023 ini. Bagi TB pula lega rasa nya bila dah selesai membeli baju sekolah dan kasut sekolah Harraz, Kami beli yang ini dulu sebab risau kehabisan saiz. Risau kalau lambat saiz Harraz dah tak ada... Nanti tinggal saiz besar-besar je.. 

Barang-barang yang lain-lain tu boleh saja beli kemudian, apa-apa pun untuk mak ayah tu, kalau nak cari kelengkapan sekolah anak-anak seperti baju sekolah, kasut,baju sekolah Agama, sampin, songkok, Baju Tadika, tudung, beg sekolah, alat tulis, track suit, stokin, alatulis dan botol minuman serta bekas makanan pun ada didapati di sini .


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Masa tengok peralatan sekolah ni, anak yang bongsu tu pun dah teruja tengok dan siap sebut cantiknya kotak pensil tu.. alahai.. anak mama nak sekolah jugak ye.. tunggu besar sikit yea.. awak kecil lagi baru nak masuk 3 tahun.. Design yang menarik, mana budak tak tertarik kan..  Beg sekolah pun comel-comel designnya.. tahan lasak dan berkualiti.. berbaloi beli kat sini.. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI


Tak perlu ke tempat lain dah, semua ada di Pusat Pakaian Hari-Hari ni. sebab Hari-Hari ni terkenal dengan Kelengkapan sekolah One Stop Center. Nak cari pelbagai barang sekolah? Semua ada.. Dulu pening jugak nak cari barang sekolah kan, nak kena pergi merata tempat.. masuk kedai ini, masuk kedai itu. Sekarang ni, pergi je Pusat Pakaian Hari-hari ni, satu hari je settle pelbagai kelengkapan sekolah.. lega rasa. betul tak?

Minggu lepas TB dan suami bawa anak-anak ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Alor Setar. Memang plan nak beli kelengkapan sekolah Harraz disini dan disebabkan kesuntukan masa, kami beli dahulu baju, seluar dan kasut sekolah untuk Harraz.  Beli yang  penting dahulu kan. Next time datang lagi beli peralatan lain pulak.. 


JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Test seluar untuk Harraz.. Saiz kecil je Harraz ni.. hehehe...

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Dah test. tersengih dia daoat cuba baju sekolah. sebelum ni baju tabika kemas je, warna biru tu.. 
sekarang dah naik darjah satu, kena pakai baju putih.

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Stokin pun beli kat sini jugak.. Ambil 2 set terus.. dapat lah 3 pasang.. 


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Tengoklah susunan yang kemas ni, senang nak pilih, senang nampak.. tak payah nak panggil-panggil staff hari-hari nak melayan kita. boleh je capai sendiri dan belek-belek sendiri kan. Tapi lepas tu kemas balik tau. Jangan biar berselerak. kesian staff hari-hari nak kemas balik nanti.. 

Haa.. Sebenarnya ini first time TB membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari area Alor Setar ni.. Masa mula-mula masuk, kami disambut oleh mesra oleh staff Hari-Hari. Layanan yang diberikan juga sangat memuaskan hati. Walaupun anak-anak TB ni tak boleh dok diam.. Pekerja nya ok je melayan kerenah anak..Terima kasih.. 

Pusat Pakaian Hari-Hari

TB suka shipping di Pusat Pakaian Hari-Hari ni sebab kedainya bersih kemas dan teratur. barangan yang dijual pun tersusun elok mengikut saiz, jenis dan jenama. Jadi, kita pun tak susah nak cari saiz dan barang yang kita mahu. 

Bilik untuk test pakaian pun ada disediakan. Jadi, anak-anak yang dah besar tu bolehlah salin pakaian dan cuba test baju tu situ. 

Selain itu TB suka membeli disini kerana materialnya berkualiti dan tahan lasak, harga pun  yang amat berpatutan. Tak rasa menyesal membeli disini. yang paling bagus bila barang boleh ditukar size sekiranya kita rasa saiz tu tidak sesuai dengan anak kita. Tapi kena tukar dalam masa 7 hari la ye. jangan lebih .

Lupa pula, dalam ramai-ramai mesti ada jugak ibu bapa yang lebih selesa membeli secara online kerana tidak perlu bersesak-sesak, tidak perlu menghadapi kesesakan lalulintas, dan tidak perlu melayan kerenah anak-anak dikedai. Jadi boleh lah shopping di Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my  je..  mudah kan? 

Kalau selalu guna Shopee, boleh juga shipping disitu, nak shopping di Lazada pun boleh. tiada masalah.. cuma kalau beli pakaian, seluar atau kasut tu.. kenalah ukur dahulu saiz agar dapat order saiz yang betul.  Ha.. Tapi kalau rajin elok kita terus pergi kedai. terus bileh cuba pakai dan sarung, boleh tahu sauz diorang sesuai ke tak kan? 

Walauapa-apapun.. mana-mana pun ok sahaja.. Janji dah ready semua kelengkapan sekolah anak.. tenang hati mak-mak kan... 


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Pssstttt.. Kalau dah alang-alang shopping baju sekolah tu, apa kata shopping terus baju raya, cantik-cantik designnya.. Rambang mata TB tengok hari tu.. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Ok.. settle membeli belah, kita bayar di kaunter pulak. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

So... Marilah Pergi Hari-Hari! Boleh shopping baju sekolah hari hari..


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Bagi yang nak shipping online je.. nah link-link nya.. 

98 Hari-Hari seluruh Malaysia:

Hari-Hari Online Store: 

Hari-Hari Shopee: 

Hari-Hari Lazada: 


#PusatPakaianHariHari #MarilahPergiHariHari #hariharisekolah #backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahOnline  #ParentingBlogger


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama