Langkau ke kandungan utama

Tasneem Naturel Memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch

Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch


Tasneem Naturel Memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch 


Ketika cuaca tidak menentu ketika ini, ibu bapa pastinya risau dengan kesihatan anak-anak, dan paling ibu bapa risaukan ialah demam atau selesema / batuk yang berpanjangan sehingga menggangu waktu tidur anak-amak yang sepatutnya memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesaran yang sempurna.

TB juga mencari sesuatu yang boleh melegakan batuk anak-anak ketika kurang sihat, dan berharap ada produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah anak batuk dan susah nak lena tidur.

Tak sangka pula rupanya ada produk seumpama itu telah dikeluarkan dan diperkenalkan oleh jenama popular untuk produk bayi iaitu Tasneem Naturel.

Tasneem Naturel telah memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch, solusi ekspres untuk legakan selsema dan bantu tidurkan anak kita. Ianya berkelulusan FDA, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan. jom baca sedikit info berkaitan produk terbaru Tasneem Naturel ni..



Tasneem Naturel CF-Patch


CF-PATCH:

1. Atasi Batuk: 
Batuk yang berpanjangan tentu menyakitkan buat si manja. Kita yang dewasa pun jika batuk tak berhenti rasa terseksa, apatah lagi mereka.

2. Keringkan Hingus: 
Si kecil masih belum pandai mengeluarkan hingus sendiri. Mengelap hingus hanya hilangkannya sementara. Ayuh rawat dari punca.

3. Melancarkan Pernafasan: 
Tiada hingus, tiada lagi bendalir & tahi hidung yang menyumbatkan rongga pernafasan. Nafas pun tak lagi berbunyi.

4. Turunkan Suhu: 
Buat bayi yang selsema dan pada masa yang sama turut alami demam, CF-Patch dapat bantu turunkan suhu badan dengan pantas.


Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch


Bahan-bahan Aktif:

Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb berupaya untuk bantu turunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk. Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root pula menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak.

Antara ramuan lain termasuklah Heartlef Houttuynia Herb sebagai penyahtoksin dalam badan Pepperweed & Apricot Seed untuk bantu melancarkan & melegakan paru-paru .


Tasneem Naturel CF-Patch


 
Cara Guna CF-PATCH :

Cara nak guna senang saja. Hanya buka pelekat utama, dan buka pelekat yang berbentuk bulat tu, kemudian terus tampal pada bahagian depanm dan belakang dada anak. InsyaAllah.. lega lah lepas tu.. dengan izin Allah.. Kita ikhtiar mana termampu. Ye tak?

Tasneem Naturel CF-Patch



Tasneem Naturel Sleep Tight Patch

Haa.. bagi anak-anak yang susah nak tidur tu, ibu-ibu  boleh la cuba Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni, untuk bagi anak-anak mudah lena. TB memang mencari lama dah produk macam ni sebab anak-anak TB susah nak tidur awal. Paling risau kalau yang sulung tu.. Kalau nak tidur kena ambil masa satu hingga dua jam baru nak lena. Hal ini sangat membimbangkan TB kerana kita sendiri maklum jika anak tidur lewat, bangun pagi pun boleh lewat juga dan susah dibangunkan. 

Jadi produk Tasneem Naturel yang ni TB sangat suka! 
Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni mengandungi Aromaterapi yang diformulasikan dari 100% Natural Oils yang membuatkan anak-anak boleh tidur lena.

Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch

SLEEP TIGHT PATCH:

1. Kitaran Tidur Yang Lebih Baik: 
Sleep Tight Patch dapat bantu memberi bayi jadual tidur yang lebih teratur.

2. Tidur Yang Nyenyak: 
Tidur yang nyenyak dan berkualiti sangat penting untuk tumbesaran dan mood bayi yang baik.

3. Kurangkan Keresahan: 
Keresahan boleh menjadi salah satu punca bayi enggan tidur, merengek dan meragam.

4. Kurangkan Situasi Terbangun: 
Bayi yang kurang terbangun tengah malam, tidur ibu ayah pun kurang terganggu.

Tasneem Naturel Sleep Tight Patch


Bahan-bahan Aktif:

Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark dapat bantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi. Manakala Amber & Raw Dragon Tooth dapat menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Antara ramuan lain termasuklah Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori untuk bantu menyah angin dalam badan.

Angelica Dahurica & Lotus Plumule yang mempunyai fungsi antipiretik untuk kurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan.

Cara guna Tasneem Naturel Sleep Tight Patch 

Cara nak guna yang ni pun mudah sangat. Mula-mula pilih kawasan kulit dibahagian badan anak, dimana nak tampal Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni, dan pastikan kulit anak bebas daripada rambut, losyen dan uga minyak. 

Kemudian Tanggalkan Sleep Tight Patchure daripada plastik pelekat, pastikan tangan kita kering dan tidak basah. 

Tampalkan pelekat Sleep Tight Patchure pada titik akupunture sama ada di bahu, belakang dan juga pinggul. 

Cadangan pemakaian pelekat Sleep Tight Patchure adalah selama 6-8 jam


Tasneem Naturel Sleep Tight Patch



KENAPA MEMILIH Tasneem Patchure?

Bayi yang masih kecil masih belum sesuai untuk diberi makan ubat. Solusi/produk lain yang berada di pasaran pula leceh dan kurang praktikal untuk ibu ayah yang sibuk. Di sinilah Tasneem Patchure dapat membantu.

Shortcut Mudah:
Mengapa perlu beratur panjang di klinik, atau menghabis masa yang lama menyapu pelbagai produk kalau boleh main lekat saja?

Tidak Berbau Kuat:
Tidak seperti koyok yang berbau terlalu herba dan keras, Tasneem Patchure tidak meruap sehingga satu bilik berbau busuk.

Tiada Kesan Gam:
Tidak meninggalkan kesan lekatan. Gam juga tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan bayi ketika mencabutnya.

Bebas Toksin, Lulus FDA:
Tasneem Patchure diyakini selamat untuk kegunaan bayi & kanak-kanak. Rumusannya adalah 100% dari herba semula jadi.


Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch



Nah lihatlah.. Bila anak neelofa pun sudah pakai Patch tasneem juga.



Memandangkan Malaysia menghadapi cuaca yang tidak menentu mutakhir ini, maka Tasneem Naturel, jenama produk semula jadi untuk bayi bermurah hati ingin mengedarkan 5,000 Cough & Sleep patch secara percuma terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Korang boleh dapatkan patch ini dengan mengisi maklumat ringkas di bahagian paling bawah pada halaman ini. Pengedaran patch adalah secara rawak dan akan diedarkan sepanjang tahun 2023.

Jom cepat-cepat grab! 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n