Langkau ke kandungan utama

Catatan

RESEPI CHAR KUEY TEOW!

  RESEPI CHAR KUEY TEOW! Kalau ada cili jeruk lagi sedap musim kerang sekarang isi dia penuh2..resepi dibawah..paling ringkas & mudah cara saya masak..hidangan dibawah saya masak setiap pinggan berasingan.. Bahan-bahan 1. Kuey teow (cuci toskan) 2. Cili kering & bawang besar (diblend) (Bahan² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram) 3. Bawang putih ketok².. 4. Taugeh & kucai 5. Telor.. 6. Udang direbus (asingkan air) 7. Kerang (direbus) Cara penyediaan Panaskn kuali, masukkan minyak..(minyak lebih sikit ye,supaya masukkn telor nt kuey teow x batat) kuey teow & minyak diorang ni friend forever ... tumis bawang putih,masukkan udang,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau2..masukkan air rebusan udang pecahkan telor kacau2 sebatikan, masukkan kerang,kuey teow,taugeh&kucai siap..pastikan guna api yang besar ye..selamat mencuba Kredit muhammad Abdullah

Resepi Spaghetti Carbonara

  Resepi Spaghetti Carbonara Bahan sos: 1 biji bawang besar Holland cincang 5 ulas bwg putih cincang 5 btg sosej 1 tin cendawan 2 tin sos cendawan carbonara Prego 1 liter susu segar Lada hitam Oregano flakes Caranya: 1. Tumiskan bawang besar & bwg putih. 2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris. 3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam. 4. Tuangkan sos cendawan. 5. Tuangkan susu. Perasakan dgn garam...siappp. 6. Spaghetti mcm biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam. * nak lg sedap tambah isi udang... nyum2!!

Resepi Sambal Hijau Ayam dan Petai

  Resepi Sambal Hijau Ayam & Petai Bahan  Ayam 1/2 ekor Petai (ikut suka nk letak bnyk ke sikit) *Bawang besar 1 biji *Bawang putih 5 ulas *Cili api 15 biji ( kalau nk.pedas tambah lebih) *Cili hijau 3 biji Kiub pati ayam knoor 1 Garam n gula sedikit *klu nk.letak belacan sikit pn boleh Cara  Basuh ayam dan toskan, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dn garam Goreng ayam separa masak Blender bahan yg bertanda * Minyak lebihan yg goreng ayam tadi tumiskan bahan yg bertanda * Da agak garing masukkan petai dn kiub pati ayam Masukkan ayam dan gaul sebati Perasakan dgn garam dan gula sedikit Siap boleh angkat

Resepi ayam masak lemak cili padi

  Resepi ayam masak lemak cili padi Ayam 1 ekor Bahan diblend kasar/ditumbuk Bawang merah 5 ulas Cili hidup merah 8 tangkai Cili padi hijau 15 tangkai(kalau xtahan pedas 7 tangkai pun okey) Kunyi hidup agk agk setengah inci Garam Santan pekat setengah cawan Santan cair 1 cawan (guna santan fresh baru sedap tp klau xdan,santan kotak pn xpa) Cara masak Tumis minyak dengan bahan yg ditumbuk . Masukkan ayam potato dan santan cair .kacau dengan api perlahan smpai mendidih.lpas mendidih masukkan santan pekat.tggu smpai mendidih lagi sekali.masukkan tomato dn tabur daun kunyit.klau pekat sgt.tambah air ikut selera masing masing
RESEPI MEE GORENG BASAH Bahan Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos... Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos.. Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos.. tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6 .. Cili kisar 4sudu besar.. Sos cili 5sudu besar.. Sos tiram 1sudu besar.. Sos ikan 1sudu besar.. kicap pekat 1sudu besar.. Kicap manis 5sudu besar.. Kicap mee 2sudu besar.. air putih 1cawan kecil... Minyak masak 2sudu besar untuk menumis... Bahan2 tumbuk Cili api 10biji bwg putih 3ulas... Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat... Cara Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar.. Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.. masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil.. Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap Masak...

AYAM PADPHEK (Masakan Thai Original)

  AYAM PADPHEK ( Masakan Thai Original ) Bahan blend Kunyit Hidup - 3 Bawang Merah - 4 Biji Bawang Putih - 4 Biji Serai - 2 Batang Daun Limau Purut - 4 Helai ( blend ) Daun Limau Purut - 3 Helai ( Potong ) Lada kering - 1 Biji Cili api - 5 Halia Belacan Asam keping - 1 ( Masa Tumis ) Bahan Perap Ayam Kunyit Selain Ayam bahan2 diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang. Cara - Cara 1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan. 2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) masukkan bahan2 blend tumis sampai wangi. 3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan ( Tunggu berbuka yer ) 4.Anak2 yang tak makan pedas boleh asingkan lauk yang dah masak letakkan cili api ( tumbuk ) kemudian..
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n