Nity

Nuff

29 Oktober 2013

3R KEMBALI DENGAN HOS BARU


Wahh.. teman suka tengok 3R ni.. mesej yang diorang sampaikan amat berkesan n menarik untuk ditonton tau.. ha2.. walaupun sekarang dah x seRemaja dulu, tapi boleh jea nak nengoknya kannn! hu2.. bagi yang masih ingat rancangan ni,.jom baca apa citer terbaru Rancangan 3R musim terbaru ni...


PROGRAM 3R (Respek, Relaks, Respon) kini kembali lagi dengan musim baru dan wajah pengacara yang lebih segar selepas empat tahun tidak muncul di kaca televisyen.Penampilan Dayah, Amirah dan Yvonne yang meneruskan legasi 3R memberikan suntikan baharu buat penonton.
Mereka bertiga dipilih daripada program realiti, Projek 3R yang memaparkan persaingan 12 finalis menghadapi pelbagai cabaran dan latihan untuk layak digelar hos 3R.
Program 3R yang baru lebih membincangkan isu-isu golongan remaja dan disiarkan pada setiap Ahad pukul 7.30 malam di TV3.Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, stesen itu sentiasa berusaha untuk menyajikan program TV yang terbaik untuk penonton.
“Program 3R sentiasa memberikan suntikan baru kepada kaum wanita khususnya remaja dalam berkongsi pelbagai isu yang relevan dan menarik minat mereka.“Kami juga teruja memperkenalkan barisan hos baharu 3R iaitu Dayah, Amirah dan Yvonne yang bakal meneruskan legasi 3R,” kata- nya.
Penerbit Eksekutif Red Communication Sdn. Bhd., Lina Tan, 47, pula memberitahu, lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dalam program realiti, Projek 3R.Daripada jumlah itu, hanya 30 peserta sahaja terpilih dan kemudian dikecilkan menjadi 12 peserta.
“Kriteria yang saya pilih adalah mencari seseorang yang berbeza dan tidak sama seperti hos 3R sebelum ini.“Perkara kedua adalah bijak dalam memberikan idea dan penampilan pula satu bonus,” katanya.
Dayah yang merupakan salah seorang pengacara program 3R dan mempunyai pengalaman mengacarakan rancangan Hijabista sebelum ini berkata, dia berbangga kerana menjadi sebahagian daripada 3R.
“Memang benar saya pernah menjadi pengacara untuk rancangan Hijabista. Pengalaman yang saya ada merupakan pengalaman yang begitu berharga dan dikongsikan bersama rakan-rakan saya yang lain.
“Malah, hubungan yang rapat antara kami bertiga memudahkan kami bekerjasama serta turut serta dalam setiap isu yang dibincangkan,” katanya.

Related Posts

7 ulasan:

  1. suka dayah. sbb dia nampak yakin dgn petah bercakap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho yeke? alahai.. teman nak nengok sangat2 ni.. hu2.. terlepas hari tu..

      Padam
  2. tapi paling best pengacara lama...huhu

    BalasPadam
  3. Harap2 semeriah rancangan yg lama juga.. :)

    BalasPadam
  4. sy peminat tegar kucing.... suka sngt2....
    hahah mcm x kena ja entri kucing nie kan?

    http://anisnajwa92.blogspot.com/2013/09/nama-nama-si-comel.html
    mari melawat kucing2 sy :D

    BalasPadam
  5. paling suka degn pengacara lama.. tapi pncara yg baru pun ok.. cuma perlukan lebih pngalman.. :)

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2