KHASIAT TEMBIKAI



KHASIAT TEMBIKAI 

Kali ni nak share pasai artikel buah Tembikai lak.. Tembikai yang dikenali juga dengan nama Timun Cina, Semangka ( errr.. macam nangka lea pulak namanya.. hi3) atau nama saintifiknya Citrullus Lanatus merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae. Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Serta mengandungi khasiat yang tinggi.

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Jus buah tembikai cukup enak namun ianya juga sangat mujarab dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit. Selain itu penyakit artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.

9 Ulasan

  1. Assalamualaikum kak tengku. semangka! heeeeeeeeeee. jangan lupa jenguk. akak termasuk dalam review sheila yang ke 9 tauuu. hehehe :)

    BalasPadam
  2. sedap temikai ni tp tak leh makan banyak2 bah kan leh memudaratkan jika d makan bersama durian sebb sama kepanasannya....

    buah tembikai sekarang tak mcm dulu, skang ni byk buah temikai ni di suntik utk kemanisannya dan serangan serangga..

    BalasPadam
  3. Buah tembikai memang sedap, baru je makan semalam. Hehe

    BalasPadam
  4. anak bujang saya x bole mkn tembikai, wpon itu fav dia... kalau mkn, selalu kena semput...

    BalasPadam
  5. heh heh lame dh xmkn tembikai...kalau dulu pantanggggg ada nyum nyum

    BalasPadam
  6. tembikai memang feberet kiter la awak :)

    BalasPadam
  7. terliur pulak tngok entry ni..balik nanti konpem beli..hahahah

    BalasPadam
  8. buah kegemaran rasulullah . klu demam , makan / minum jus ni jer ...

    BalasPadam
  9. wahh banyak kahsiat rupanya ..acik suka buah tembikai ..sedap :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama