Nuff

06 Oktober 2013

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!

SELAMAT HARI LAHIR ABAH! -- 6 OKT 1954

Abah,
Jika engkau mengajarku berkata-kata,
Nescaya aku akan menjadi seorang pendusta,
Tapi jika engkau mengajarku alif bata ta,
insyaAllah aku akan menjadi seorang pendeta.

Abah,
Jika engkau mengajarku bergurindam,
Nescaya aku menjadi seorang pendendam
Tapi jika eangkau mengajarku muqaddam,
insyaAllah aku akan belajar sampai khatam.

Abah,
Jika engkau mengajarku berlari,
Nescaya aku menjadi seorang pencuri,
Tapi jika engkau mengajarku mengaji,
insyaAllah aku akan menjadi da'ie.

Abah,
Jika engkau mengajarku bertutur.
Nescaya aku menjadi seorang lupa bersyukur,
Tapi jika engkau mengajarku bertafakur,
insyaAllah aku takkan menjadi seorang yang kufur.

Abah,
Jika engkau yang mengajarku huruf rumi,
Nescaya aku menjadi pencinta duniawi,
Tapi jika engkau mengajarku huruf jawi,
insyaAllah aku akan mangejar ukhrawi.


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk abah ku, kau sejahterakanlah hidupnya, dan kau kurniakanlah kekuatan untuk abah dalam menempuhi segala ujian yang diberikan olehMu. Ya Allah, aku juga bermohon agar kau ampunkan segala salah silap abahku, panjangkan umur abahku dan permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat kelak.Amin Ya Rabbal Alamin.

Nota : Puisi extract from google.. hemm.. dah tua rupanya abah aku ni.. selama ni rasa macam abah muda lagi jea.. yelah.. selalu bergurau senda dengan abah, x terasa pun umo abah dah 59 tahun.. rasa macam umo 40 jea.. ecececeh..kalau abah baca ni, kembang semangkuk kawan tu.. kui3..Abah, 
i love U abah, rindu kat abah. rindu nak dengar celoteh abah,nanti insyaAllah raya haji kita jumpa yea! sayangggg kat abah.. semoga sentiasa muda selalu yea abah! ngeeehehehe..

Related Posts

15 ulasan:

  1. Selamat hari lahir utk abah awak ye..hehe so sweet

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir kpd abah akak :) semoga panjang umur dan sentiasa sihat sejahtera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari lahir juga untuk ayahnya ye...harap-harap sihat selalu, murah rezeki dan panjang umur!

      Padam
  3. Selamat Hari Lahir untuk Abah awak.. :)

    BalasPadam
  4. Selama Hari Lahir untuk abah TB ye

    BalasPadam
  5. Slmt Hari Lahir utk abah awak ye.. semoga beliau sentiasa sihat, diberkati kehidupan dan sentiasa ceria bersama keluarga.. amin.

    BalasPadam
  6. semuan yang singgah n komen sini teman dah kunjungbalas lik.. thanx yea sudi singgah

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir untuk abah akak, semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
  8. moga sentiasa diberi kesihatan yang baik..amin

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New