Nity

Nuff

12 Oktober 2013

NYARIS MAUT TERKENA TEMBAKAN


KOTA BHARU 12/10/2013 - Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.


Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.

"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.

"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Bharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.

Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.

"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya. - Bernama

Related Posts

6 ulasan:

  1. makin bnyk pula kes tembak menenmbak di malaysia nih..huhu

    BalasPadam
  2. Rasanya ini kes tersalah target kot.. ngerilah, mohon kita semua dijauhkan drp hal2 spt ini. Thanks sharing :)

    BalasPadam
  3. baru 22 tahun kot.. kalau fikir kejahatan apa lah g di dah buat.. sampai nak tembak bunuh mcm tu..
    Malaysia dah makin bahaya.. banyak kes tembak2 nie..

    BalasPadam
  4. muda lg
    apa sgt kejahatan dia smp nk tembak2 nih

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2