VIDEO 'Slap Her: Children’s Reaction’ | MESEJ KEGANASAN TERHADAP WANITA

VIDEO 'Slap Her: Children’s Reaction’ | MESEJ KEGANASAN TERHADAP WANITA |
Teman dan hubby miaw2 teman suka tengok video reaksi kanak-kanak tentang sesuatu yang mereka lihat.. samada tentang musik, alam sekitar, tingkahlaku manusia dan macam-macam lagi..

Entah kenapa kami suka dengar komen dan reaksi mereka yang kadang-kadang bagi teman seperti mereka matang dalam menilai sesuatu yang mereka lihat.. walaupun usia mereka belum dewasa dan belum terbiasa dengan sekeliling lagi.. 

dan satu lagi video yang menarik perhatian teman dan suami ialah Video tentang Mesej Keganasan Terhadap Wanita ini.. Sangat-sangat mengangumkan dapat lihat kanak-kanak ini bijak memilih keputusan dan tahu menilai yang mana baik atau buruk.. Jom kita baca sedikit tentang Video ini dan tonton sendiri video  'Slap Her: Children’s Reaction’ ini...

KUALA LUMPUR: Satu eksperimen sosial menampilkan empat orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak wanita trending di YouTube. 

Video ‘Slap Her: Children’s Reaction’ (Tampar dia: Reaksi kanak-kanak)  menggunakan kanak-kanak untuk mengetengahkan mesej tentang keganasan terhadap wanita. 

Video berkenaan menampilkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lapan, sembilan dan sebelas tahun. Mereka kemudian membawa seorang kanak-kanak perempuan di hadapan mereka. 

Mereka ditanya beberapa soalan seperti apa yang cantik tentang knak-kanak berkenaan. Mereka juga disuruh untuk memegang dan membuat muka lucu di hadapan kanak-kanak perempuan itu. 

Kemudian kanak-kanak lelaki berkenaan disuruh untuk menampar kanak-kanak perempuan berkenaan. 

Mereka hanya tersenyum di hadapan mereka dan menggelengkan kepala. Kesemua mereka tidak mahu untuk menampar kanak-kanak perempuan itu. 

“Kerana beliau seorang wanita, saya tidak boleh melakukannya,” kata seorang kanak-kanak lelaki. 

Sambung seorang lagi, “Saya tidak mahu menyakitinya." 

Saksikan video penuh eksperimen itu:



Video itu dimuat naik pada 4 Januari lalu dan kini telah mendapat lebih daripada 14 jutaviews.


Apa pendapat korang tentang video berkenaan? Adakah sikap sebegini mencerminkan sikap golongan lelaki dewasa? lihat dan komen..


Credit To :AstroAwani

Gambar : extract from google


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

4 Ulasan

  1. Anak-anak kalau diajar tertib dari kecil, akan teriblah dia, tapi kalau sebaliknya..hurmm..jadilah macam-macam yang pelik

    BalasPadam
  2. Bagus cara diorang sampaikan mesej.. budak² pun tau x baik buat keganasan.pada perempuan .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama