Customize Topeng Muka & Mulut Berkualiti dengan BestSub - Boleh Pilih Design Sendiri


Customize Topeng Muka & Mulut Berkualiti dengan BestSub 
- Boleh Pilih Design Sendiri


Diam tak diam rupanya dah dua bulan lebih kita berada dalam tempoh PKP-B ni yea.. Dan sehingga ke hari ini kita masih lagi berada dalam situasi fasa PKP-B yang dilanjutkan lagi disebabkan virus pandemik COVID-19 yang belum selesai sepenuhnya.. Dengar cerita masih bersambung hingga Jun 2020, betul ke? TB jarang sangat dengar berita sekarang ni, almaklumlah sejak anak yang sulung dah balik ke rumah (sebelum ini terkandas di rumah adik selama 2 bulan) TV dah di "conquer" oleh si kecik ni.. Tapi Rancangan yang dia tengok tu rancangan "education" so TB tak berapa nak larang sangatlah kan.. Cuma kadang ada had dia la.. Time makan kena stop dulu, makan.. Time mandi.. stop dulu, gi mandi dulu.. dan kalau TV tu B tutup terus dia tak lah mengamuk suruh buka sebab dia ada toys dia untuk main..

Haa.. berbalik kepada cerita Covic-19 tadi, Bagi yang tidak tahu Covic-19 ni adalah sejenis virus yang sangat berbahaya dan banyak menyebabkan maut kerana ia mudah menular melalui sentuhan dan juga titisan.. Kesan virus pandemik ini juga melibatkan ekonomi seluruh dunia. Ekonomi dunia termasuk Malaysia menjadi sangat-sangat runcing dengan pertambahan perbelanjaan kos rawat dan pulih, kos yang melibatkan kuarantin, peralatan untuk merawat dan juga melibatkan emosi bagi barisan frontliner yang terpaksa berkorban berjauhan dengan keluarga semata-mata untuk menyelamatkan mangsa-mangsa covic19 yang dijangkiti.. Ucapan setinggi Terima Kasih buat mereka yang terlibat.. Moga Allah beri ganjaran yang besar buat barisan Frontliner kita.. 

Kita? apa pula kita boleh bantu untuk sama-sama menghentikan virus ini dari menular? Haa.. seperti yang Perdana Menteri kita arahkan sebelum ni, Semasa PKP-B ni, duduk lah dirumah dan pastikan ketika keluar rumah kemana-mana pun, pakailah  Topeng kerana ini boleh mengelakkan kita dari risiko jangkitan virus.. Mencegah lebh baik dari mengubati.. betul tak.. 

Haa.. TB ada juga tengok di Laman Sosial, Orang selalu share tentang Covic-19 ni, ada juga yang kreatif  ajar cara nak buat mask untuk dipakai ketika berada ditempat awam. Hemm.. Walaupun cantik dipakai tapi seeloknya kita tahu spefikasi mask yang sesuai yang berfungsi menghalang virus terbabit tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti COVID-19 .

Penggunaan topeng muka amat penting dan tujuan utamanya adalah menghalang virus daripada memasuki tubuh melalui mulut atau hidung. Haa.. bagi sesiapa yang belum tahu tu, cara penggunaan topeng muka dan mulut yang betul ialah topeng efektif digunakan dalam tempoh enam jam sahaja dan selepas itu, topeng baharu perlu digunakan, topeng lama perlu dibuang . Haaa.. Tapi kalau guna yang pakai buang ni agak "costly" kan.. tambahan pula di situasi sekarang ni, para penjual meletakkan harga yang tinggi untuk item yang sangat diperlukan ketika wabak pandemik covic-19 ni.. 

Bahaya Kalau Tidak Memakai Mask

Kalau tak pakai mask pulak, bahaya.. kita kena sentiasa berwaspada sentiasa kerana virus tidak boleh dilihat dengan mata kasar sebab tu kita wajib pakai topeng muka bagi mengelak kita menyentuh mulut atau hidung, TB pun sentiasa pakai mask kalau keluar kemana-mana, tamabahan pula kalau pergi bawa anak checkup di klinik sebab dalam keadaan kini, semua orang perlu memakai topeng muka apabila berada di tempat awam kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti virus berkenaan,. serammm.. 

Sebelum ni TB guna mask yang jenis 3 lapisan tu.. TB selesa guna yang tu dan berasa selamat sikit berbanding mask yang lain.. Oh ya.. Cara nak pakai topeng muka dan mulut ni pun ada caranya yea.. bukan main pakai je.. Jom baca  kaedah yang betul dibawah :

Kaedah pemakaian topeng muka dengan betul:
  1. Cuci tangan terlebih dulu dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer.
  2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.
  3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.
  4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.
  5. Sangkutkan pada telinga jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga manakala ikat pada belakang kepala jika ia adalah topeng jenis ikatan.
  6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung.
  7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu.
  8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.



Oh ya.. Topeng muka yang TB sedang guna sekarang diperbuat dari kain atau mask sublimasi yang TB custom design ikut minat TB, hehehe.. TB tak suka jenis yang bertulis-tulis ni.. so TB pilih design yang TB suka dan TB serah untuk print corak tu.. Baru nampak ada gaya.. hehehe.. eh.. pakai mask pun nak bergaya pehal? hahahaha.. Alang-alang boleh design sendiri apasalhnya kan! TAPI jangka sangka mask sublimasi ni tak berfungsi cegah virus dari memasuki hidung kita yea.. Ia juga salah satu mask yang bagus untuk mencegah virus COVID-19 sebab ia bukan semata mask kain, tetapi ia didatangkan dengan filter yang boleh digantikan ..



Customize Topeng Muka & Mulut Berkualiti dengan BestSub

Mask atau Topeng Muka dan Mulut Sublimasi yang TB pakai sekarang ditempah dari BestSub dan TB tertarik dengan design yang ada, namun apabila boleh customize TB pun teringin nak buat ikut pilihan TB jugak kan.. hehehe.. Maka terhasillah mask yang bercorak Leopard berwarna pink ni.. hehehe.. 


View this post on Instagram

Percaya Tak Boleh Jadi Benda Yang Kita Tak Suka Dulu, Boleh Menjadi Benda Yang Kita Suka Pulak Sekarang..? HAHAHA. . . So, Please.. Kalau Tak Suka Diam2 Sudah.. Sebab Bila Satu Hari Kita Terrr Suka Pulak Sesuatu Benda / Perkara Tu, Kita Pulak Malu Nak Mengaku.. Heeee... . . TB Cerita Pasal Corak Pink Leopard Pada Mask dan Mug TB ni.. Miahaha. Alkisah Dulunya Amat Tak Suka Kaler Pink.. & Amat Tak Suka Corak Leopard Ni.. Tapi Sejak Ada Inaara ni.. Perasaan Terr Suka Design Leopard La Pulokkk.. Pink Pulak Tuu.. Adoii.. Ini Semua Inaara Punya Pasal lahh. Haha.. . . Oh yaaa.. TB Tempah Mask dan Mug Design Leopard Ni Dekat @bestsub_malaysia tau.. Best Sebab Boleh Pilih Design Macam2 Untuk Letak Kat Mask or Mug Kita.. Nak Customize (Design Sendiri) Pun Boleh.. Hehe. TB Punya Ni Customize La Ni. . . Haa.. Nak Tahu Lebih Detail Boleh La Baca di Blog Tengkubutang Dot Com.. Kot Berminat, Boleh Order Terus.. Sekarang Tengah Ada Promo Code Kalau Beli di Shopee tau.. . . #mask #bestsub #masks #facemask #mug #whitemug

A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on



Haa.. kelebihan Topeng Muka dan Mulut Sublimasi dari BestSub ni ialah : 
  1. Rekabentuk yang unik dan disesuaikan untuk kegunaan peribadi atau korporat 
  2. Topeng muka boleh basuh, Material tidak telap air , Hygienic 
  3. Mempunyai saiz dewasa & kanak-kanak. 
  4. Lembut, selesa & material yang boleh bernafas.
  5. Tali di bahagian telinga yang boleh dilaras untuk keselesaan pengguna. 
  6. Berbaloi dengan harga & Selamat 

Jom Baca Lebih Info tentang Topeng muka dan mulut Sublimasi Dari BestSub
  • Topeng Sublimasi dari BestSub memenuhi syarat peraturan CA Prop 65 & EU Reach, diuji oleh SGS & Intertek
  • 5 lapisan penapis PM2.5 yang boleh diganti: 2 lapisan bahan tidak melekat, 2 lapisan penapis, 1 lapisan karbon aktif. Disyorkan untuk ganti yang baru 5 ~ 7 hari sekali
  • Saiz: Dewasa 17.8cm (lebar) x 13cm (panjang), Kanak-kanak 15cm (lebar) x 10cm (panjang). 
  • Bahan: Lapisan dalaman dari kain kapas, lapisan luar dari kain poliester yang boleh dicetak.
  • Setiap topeng dilengkapi dengan poket untuk penggantian penapis PM2.5. 
  • Untuk order boleh hubungi direct penjual dan beri nama korang untuk diletakkan pada mask.


Kelebihan Topeng Muka dan Mulut Sublimasi Best Sub :
  1. Boleh customize design sendiri
  2. Boleh digunakan semula
  3. Selamat digunakan
  4. Ready Stock
  5. Jaminan kualiti


Sijil Diperakui

Sebenarnya ada je disediakan design yang cantik-cantik untuk korang pilih, walauapapun BestSub juga  memberi pilihan untuk korang customize design korang sendiri.. So, pilih je mana korang nak.. nak design sendiri atau pick mana-mana design yang disediakan oleh BestSub.. 




Design Yang Menjadi Pilihan TB Untuk Topeng Muka dan Mulut  dari BestSub 

Haa.. ini design yang TB nak buat pada Topeng Muka dan Mulut TB.. Corak Leopard Pink, haha.. entah kenapa sejak ada baby girl ni hati ni macam tertarik warna pink pulak dah.. Dulu tak suka sangat warna pink.. memang selalu avoid pakai kaler pink.. hahaha.. Tapi kali ni lain maciam penangan pink ni.. hahahaha.. TB terus minat barang-barang kaler pink.. Haruslahhh.. Kalau terminat oren selama-lamanya nanti abes semua baju anak gurl kaler oren je.. alahai.. hahahaha.. sekarang ni minat light pink, pink soft, pink belacan dan semua jenis pink laah .. hahaha..




Ini design pilihan TB tu.. cantik tak? Haha.. 


Mask ni didatangkan denagn 2 filter ..

Oh ya.. alang-alang dah tempah Topeng Muka dan Mulut ni, TB tempah sekali White Mug bercorak yang sama jugak.. hehehe.. memang mode Leopard pulak kali ni.. jangan baju pun bercorak leopard sudah.. hahahaha.. eh.. memang terbayang pun baju gaun dengan riben bercorak leopard ni.. hahahaha..


Ini White Mug yang TB pilih coraknya sendiri

Untuk mereka yang berminat nak order topeng muka dan mulut sublimasi boleh la grab sekarang.. Boleh  lah order di SHOPEE sekarang.. Haa.. apa yang special kali ni, korang boleh dapat offer / diskaun 10% kalau membeli di Shopee Sepanjang 7.5.2020 hingga 7.8.2020 ni.. Hanya masukkan Shopee Voucher Code TOTABG006 semasa checkout . Jangan lambat-lambat yea.. Stock limeted ni tau!

Haa.. Nak order kat Lazada or Shopee.. Ini link dia :

Lazada: 
https://bit.ly/Lazadabestsubmask

Shopee: 
https://bit.ly/Shopeebestsubmask

Contact us now : 
 www.wasap.my/60199858151




18 Ulasan

  1. Nampak ramai dah tak endah pakai mask ni kannn...padahal kita kena pakai selagi keadaan belum reda, stock pun sana sini ada banyak, tak macam sebelum ni...kalau taknak pakai yang putih tu, haaa pakai yang mask macam ni, ada sikit paten dan design kann..janji pakai..

    BalasPadam
  2. mask musim covid19 ni mmg laku keras...mcm2 design org jual...bole pilih ikut keselesaan masing2

    BalasPadam
  3. musim sekarang ni memang laku la mask camni.. boleh guna semula pulak tu

    BalasPadam
  4. mask ni elok la beli yang boleh guna semula. sebab nya memang kena pakai walaupun pkp dah habis.

    BalasPadam
  5. Bagus idea ni lagi lagi yang boleh basuh lepas pakai tu. Tak ada lah kena beli banyak mask.

    BalasPadam
  6. Sis masih banyak lagi mask kat rumah ni. Tapi nampak yang ni macam cantik je..bolelah nanti sis survey2 tempat ni

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian. Bagus info ni sbb masih ramai yg pakai mask tak betul

    BalasPadam
  8. Macam-macam design ada ya!
    Nampak menarik sangat. Boleh cuci atau yang pakai buang?

    BalasPadam
  9. Wah Boleh pilih design sendiri, Boleh di guna pakai semula. Berbaloi la Kalau beli

    BalasPadam
  10. Cantek mask ni.. nampak praktikal kalau mereka yg berhijab.. berbaloi juga sbb blh guna byk kali

    BalasPadam
  11. nak kena beli gini juga la nanti, tb.
    sebab benda ni bakal berlaku sepanjang tahun, kan.
    kalau beli surgical mask tu, mahal. lagipun tu bukan utk kita, more for frontliners.
    tq for sharing.
    aida nak godek jap. kena harga & kuantiti, beli.

    BalasPadam
  12. Menarik juga mask-mask ni ya... cantik designnya... buat masa ni, since saya still WFO bukan WFH since PKP 1, mask semuanya memang dah disediakan... tapi, boleh juga kot kalau nak beli untuk family kan... saja, nak meriah sikit dengan design yang kebabooom... hehehehe...

    BalasPadam
  13. boleh pakai mask camni, pastikan 3 layer tak silap saya. thanks share info

    BalasPadam
  14. NAMPAK gayanya sekarang ni permintaan mask membuatkan perniagaan masj menjadi pilihan peniaga.

    BalasPadam
  15. Bergaya sungguh face mask macam ni. Filter tu bleh guna berulang kali ke? Mereka ada bagi lebih? Sebab penggunaan mask macam ni mesti kena basuh kan selepas 1 kali terdedah di mall. Jadi, camana TB kekalkan kebersihan fm?

    BalasPadam
  16. WOw boleh customize topeng design sendiri ek? wow.. saya dah fikir macam-macam design dah ni nak buat.. hehe. Thanks sharing

    BalasPadam
  17. ctk design boleh bergaya sikit smbut tetamu time raya nnt haha..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama