pg mall


PG Mall 916 Gold Cultural Day | 
Hari Kebudayaan Emas 916


Wah, tiba-tiba nak bercerita pasal Emas 916 pulak kali ni yea.. haha.. Sebenarnya nak cerita tentang PG Mall yang akan menyambut PG Mall 916 Gold Cultural Day pada 15-17 September 2020 ni. Haa..PG Mall 916 Gold Cultural Day  atau bahasa Melayu nya Hari Kebudayaan Emas ni disambut bagi menyebarkan kesedaran tentang kelebihan emas pada masa kini yang bukan sahaja dinilai sebagai perhiasan tetapi juga dijadikan pelaburan dan simpanan untuk waktu-waktu kecemasan. Haa.. jangan fikir emas ini sekadar hiasan je tau, sekarang ni emas memang menjadi pilihan pertama wanita yang membuat simpanan untuk masa depan kerana harga emas semakin tinggi dan menjadi sesuatu yang paling diingini untuk mereka yang mengambil inisiatif menabung dengan cara membeli barang kemas untuk dijadikan hiasan dan juga aset mereka.


Haa.. sebelum TB nak cerita tentang PG Mall 916 Gold Cultural Day ni, TB nak share jugaklah apa yang TB order kat PG Mall malam tadi.. hehe.. Malam tadi TB singgah di website PG Mall ni sebab berhajat nak beli sesuatu di PG Mall ni.. Mula-mula bajet nak beli satu barang tapi bila dah berada dalam website PG Mall tu, terus melekat terpandang barang-barang lain.. maka terbelilah beberapa barang.. hahaha.. bukan satu lagi.. tapi 4 barang.. 



PG mall


Tapi barang si hero (harraz) tu mestilah ada.. Hahaha terpengaruh dengan Blogger Ayue Idris punya pasal la sebab dia belikan Qaayed Trampoline tu.. So, TB masuk list jugak.. haha.. Tengok kat PG Mall Harga pun mampu milik.. so kita sambar satu.. Actually TB nak bagi Harraz happy sikit sebab sekarang ni kami lagi risau nak keluar sebab dapat tahu bilangan kes covic19 semakin meningkat balik di Kedah ni.. So tak dapat nak bawak harraz jalan-jalan lagi.. dan TB perhatikan harraz macam stress.. Allahuakbar.. macam-macam peel dia buat.. tu yang malam tadi TB singgah website PG Mall ni untuk pilih-pilih barang yang TB target nak beli sebelum ni.. 



Dah Order dah.. Tak sabar nak tunggu barang sampai.. tertutamanya Trampoline tu.. Kalau ikutkan TB memang nak beli Trampoline ni dah lama dah.. Tapi disebabkan rumah lama tu sempit yang amat sangat.. so, TB batalkan niat tu.. encik suami pun dah bising-bising sebab kalau beli jugak memang padat sungguh rumah kami.. so lupakanlah dulu. Sampai terlupa terus wishlist tu.. hinggalah ternampak Ayue up kat ig story.. haa.. terus teringat balik.. memang ni yang dicari sebelum ni.. sekarang rumah dah luas.. boleh la belikan untuk harraz.. moga dia tak bosan dan tak meragam dah.. 


Baru Perasan PG Mall Ada Jual Emas!

Haaa.. ok, berbalik kepada cerita tentang Emas tadi, Sebenarnya TB baru perasan yang kat PG Mall ni ada jual emas tau. Terkejut jugak TB masa tengok ada emas dalam website PG Mall.. haha.. terbeliak kejap mata TB.. hihi.. Dulu-dulu tak suka emas sangat, tapi sejak akhir-akhir ni.. terasa macam nak pakai emas lengkap di badan je.. eh bukan penuh satu badan tapi nak la lengkap ada subang, ada rantai, ada cincin, ada rantai tangan .. haa.. gitu.. 


Jadi, TB pun intai-intai lah PG Jewel ni.. dan mata terasa terpesona melihat barang kemas yang dijual di PG Mall.. Wah.. senang lah kalau nak beli emas lepas ni, beli di PG Mall je kan.. Yang paling best sebab harganya direct Factory price, Ada Free Shipping pulak tu.. wah.. untung.. Tengoklah gambar dibawah ni.. sedapnya mata memandang kan!



Oh ya.. bagi yang baru nak mengenali PG Mall, Meh TB Share sedikit info tentang PG Mall, Untuk pengetahuan korang semua, PG Mall ini adalah platform e-dagang yang ditubuhkan sejak 3 tahun yang lalu dimana mereka telah beroperasi dari tahun 2017 lagi. PG Mall juga merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang menjual produk-produk tempatan dan juga produk dari luar negara untuk mereka yang suka membeli belah secara online. 

 

 

PG mall

 


Penjimatan Setiap Hari di PG Mall


Siapa tak suka produk Berkualiti Terbaik tetapi Harga yang Paling Mampu yang korang nak kan? haa.. Di PG Mall, setiap hari kita dapat lihat promosi yang boleh bantu kita berjimat dalam jangka masa panjang.



Untuk info korang lagi, PG Mall boleh diakses melalui laman web https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=317 ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play. Haa.. Selain tu kalau korang nak tahu Melalui kajian dan laporan dari Iprice Insight Report, PG Mall juga antara platform e-commerce yang berada di ranking yang ke 3 teratas dimana ia sering dikunjungi pelanggan yang selalu membeli belah secara online. Pendek kata PG Mall ni dah jadi Kedai Online Rasmi buat mereka yang tiada masa nak keluar membeli belah dan tak mahu bersesak-sesak untuk shopping.. 



Pembeli PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Kehidupan, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Otomotif hingga E-Voucher. Yang menariknya adalah jumlah produk PG Mall sentiasa meningkat setiap hari kerana PG Mall memperluaskan keluarga penjual / Seller / Kedai untuk menjual secara dalam talian di Malaysia di pasaran terbuka ini.


 

Kelebihan Shopping di PG Mall 

 

  • Harga produk dan perkhidmatan adalah rendah dan mampu beli

  • Menjimatkan masa, tenaga dan tiada had masa untuk shopping (bila-bila masa je)

  • Mudah dan selamat (bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada)

  • Pelbagai diskaun dan cashback yang menarik

  • Menyokong peniaga tempatan (produk dan barangan tempatan)

  • Mempunyai sistem e-wallet/sistem pembayaran online (Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay)


Emas

PG Mall 916 Gold Cultural Day | Hari Kebudayaan Emas 916


Haa.. itu dia serba sedikit tentang PG Mall.. Bercerita kembali tentang PG Mall 916 Gold Cultural Day tadi iaitu Hari Kebudayaan Emas 916 PG Mall , terdapat pelbagai bentuk barang kemas yang dijual di PG Mall dan sudah semestinya menjadi idaman para wanita. Untuk wanita yang memang sudah sinonim dengan barang kemas pastinya akan teruja melihat pelbagai design emas untuk dijadikan hiasan diri mahupun sebagai koleksi. TB pun dah mula terasa nak kumpul barang kemas je lepas ternampak koleksi barang kemas di PG Mall yang cantik-cantik tu.. 



PG Mall


Kalau korang nak tahu , 16hb September setiap tahun adalah merupakan Hari Kebudayaan Emas 916 atau pun di kenali sebagai 916 Gold Cultural Day yang di anjurkan oleh Malaysia Gold Association ( MGA )


Hari Kebudayaan Emas akan bermula pada 15 hingga 17 hb September 2020 ini dimana PG Mall juga telah turut serta dalam merealisasikan objektif sambutan dengan menyampaikan kesedaran kepada kita semua bahawa hiasan emas adalah ikatan dalam budaya Malaysia, merangsang ekonomi emas tempatan dan membantu perdagangan dua hala Malaysia



Oleh itu, TB nak share jugak satu berita baik iaitu Sepanjang kempen jualan 916 Gold Cultural Day ini, harga emas akan di jual pada RM24X/g, yang merupakan tawaran harga terendah masa kini. Wow!! Ini kerana tawaran harga istimewa barang kemas 916 ini adalah harga jualan terus dari pengeluar atau pun direct factory price dan apa yang membuat TB teruja adalah penghantaran PERCUMA dengan terma dan syarat dan pembelian hanya di PG Mall. 


Untuk peniaga atau pemborong emas yang sudi untuk turut serta dalam fiesta ini dan menjual langsung pada harga kilang, bolehlah klik https://pgmall.my/Jewellery-1.


PG Mall


Oh ya.. Lupa TB nak bahi tahu, jangan lupa tau guna kupon yang diberikan di atas, dan spread love kat semua kengkawan saudara mara ajak sama-sama beli emas, harga berpatutan, shipping free pulak tu, jom la shopping emas 916 di PG Mall.


Selain itu, PG Mall juga ada promosi lain yang korang boleh nikmati sehingga 30 September ini! 



Touch n go

 

Touch n' Go

 1st September – 30 th September 2020

Exclusive New Shopper 

RM3 ewallet reload with min spend RM15

https://pgmall.my/tngnewshopper

 

  boost

 

 Boost

5th September - 4th October 2020

RM3 cashback with min spend RM15

 

 

PG mall


Health & Beauty Essential week

15th September - 30th September 2020

RM30 off min spend RM150, free shipping cap at rm4,

Use Code: LOVEPGHB30

 

  

 PG mall


 RM25 off min spend RM100, free shipping capped at rm4 ,

Use code: LOVEPGHB25

 https://pgmall.my/heatlhbeauty-essentials-week

 

Untuk mendapatkan info lebih lanjut, silalah layari  website  PG Mall atau mana-mana pautan dibawah ini yea. Jom shopping di PG Mall sekarang!

    

Website:

PG Mall


Facebook: 

www.facebook.com/PGMallMalaysia


Instagram: 

www.instagram.com/pgmall.my

 



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #916sale #Goldculturalday #MGA #MalaysiaGoldAssociation

#Touchngo #boost #health&beautyessentialsweek




22 Ulasan

  1. serius la ada jual emas. wah..menarik tu. boleh window shopping ni.haha. best la trampouline. nak jugak beli la utk anak2

    BalasPadam
  2. wow this is new and interesting! thank you for sharing this.. now ramai yg mmg gila emas kan

    BalasPadam
  3. uiii ada jual emas kat pg mall eh. baru tau. nak usha la kot murah kena ngam dgn poket, hehe

    BalasPadam
  4. Wow......good sales at PG Mall ek. Ramai lah yg shopping sakan nanti. Selamat bershopping kpd sesapa yg day merancang nak shopping nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TB pun dah shopping.. tunggu barang sampai je

      Padam
  5. wow pgmall ada jual emas. menariknya. boleh beli buat saving nanti. pgmall trusted platform.

    BalasPadam
  6. Jom pakat tambah emas. Pelaburan masa depan ni. Emas public gold memang ok kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. pelaburan masa depan.. syoknya kalau banyak emas

      Padam
  7. Wahh PG Mall pun ada jual emas ye skrg..? okay nak usha la PG Mall ni nanti... cerah masa depan melabur emas ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laaa.. TB pun baru tahu PG Mall ada jual emas

      Padam
  8. Nad pun duk usha barang beli dekat PG Mall ni.. Tak sbr nak tungu Hari Kebudayaan Emastu

    BalasPadam
  9. Emas pun jual online ek... biasa main kutu emas tu ye laa ada...kalau berani membeli boleh ni, mesti harga pun murah juga tu kann..

    BalasPadam
  10. Wah boleh shopping emas kat sini. Senang dan cepat kan. Tak perlu keluar rumah. Risau juga kan. Nanti nak cek website PG Mall ni lah.

    BalasPadam
  11. Senanh sekarang nak beli emas. Just masuk web site.pg mall jee. Menarik

    BalasPadam
  12. Pertama kali shopping online ada jual emas . Biar bethol

    BalasPadam
  13. many people promoting PG Mall 916 Gold Cultural Day online now haha. ok thx for the info

    BalasPadam
  14. Wah PG Mall pun ada jual emas, nanti sis nak check out their emas promo

    BalasPadam
  15. wahh platform shopping baru :) bestnya. hehe

    BalasPadam

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New