Niat puasa enam

BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA?


جندالله:
Puasa Qada' dan Puasa Sunat 6 Hari Dalam Syawwal

Ada 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan, maka tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari mana satu yang lebih 'rajih', jika anda bukan seorang yang berkemahiran untuk melakukan tarjih.

Pendapat Pertama: Tetap mengedepankan Puasa Qada' terlebih dahulu dari puasa Sunat Syawwal.

Dalilnya:

فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Dan hutang Allah itu terlebih berhak untuk dibayar (Riwayat Imam Al Bukhari)

Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah puasa yang perlu diqada' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawwal.

Pendapat Kedua: Berpuasa Sunat Syawwal terlebih dahulu daripada Puasa Qada'.

Dalilnya:

Berkata Sayyidatuna A'isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah صلى الله عليه و سلم (Muttafaqun 'Alaih)

Berdasarkan riwayat ini maka sebahagian ulama' menghukumkan harusnya bagi seseorang untuk menangguhkan qada' puasanya dan memberi isyarat bahawa qada' puasa, tidaklah seperti qada' solat  yang mesti disegerakan sebaik  sahaja teringat.

Maka bagi sesiapa yang merasakan tidak mungkin sempat menghabiskan puasa qada'  terlebih dahulu kerana banyak jumlahnya tetapi tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat  enam  hari  Syawwal, maka bolehlah  dia  beramal mengikut pendapat ini.

Namun di sisi ulama' Syafi'iyyah, ia makruh kerana di sisi ulama' Syafi'iyyah, mengedepankan yang wajib atas yang sunat itu lebih disukai.

Pendapat ketiga: Digabungkan kedua-duanya sekaligus  berhasil pahala  bagi kedua-duanya

Ini merupakan fatwa sebahagian ulama' Syafi'iyyah, berdalilkan Qiyas terhadap  Solat Wajib yang dikerjakan seseorang  ketika  masuk   ke masjid telah  pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid   keatas dirinya.

Ini  merupakan fatwa Imam Ar-Ramli, Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.

Maka sesiapa  yang merasakan lebih selesa  dan kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan  bolehlah melakukan sebegini, terutamanya untuk  kaum wanita yang mempunyai suami supaya  tidak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.

واللّه أعلم

الفقير إلى رحمة اللّه الغني،
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

غفر اللّه له ولوالديه

Kredit: fb PONDOK HABIB

@telepesanbonda

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New