Langkau ke kandungan utama

PENGERTIAN & KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’ABAN | 17MAC & 18 MAC

Malam NISFU Syaaban

MALAM NISFU SYA’ABAN 

17MAC & 18 MAC


Nisfu bermaksud separuh.

Nisfu Syaaban pula bermaksud separuh daripada Bulan Sya'ban, malam Nisfu Sya'ban jatuh pada hari Khamis bersamaan 17/3/2022 bermula selepas Maghrib.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul Qadar.

Malam Khamis ini  jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita. 

Malam Nisfu Syaaban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yg byk dosa, melihat siapa yg mohon rezeki, mendengar rintihan org yg ditimpa musibah. Oleh itu ...


1- siapa yg byk dosa; minta ampun

2- siapa yg rezeki sempit; minta rezeki

3- siapa yg ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan

🌷Kerana.. pada mlm itu Allah melihat dan mencari para pendosa yg mohon taubat

🌷Kembalilah kpd Allah dlm keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dgn kita

🌷Waktu akhir zaman byk kematian mengejut

🌷Mlm yg dikabulkan segala doa.

🌷Tawaran hebat pada mlm nisfu.. Diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu2 dibadan kambing.

🌷Payahnya kita nak bertaubat sbb terbeban dgn byknya dosa. 

🌷Start maghrib ptg 14 syaaban hingga subuh 15 syaaban. Bersamaan maghrib khamis 17hb mac hingga subuh jumaat 18hb Mac.


MALAM NISHFU SYA'BAN insya Allah akan jatuh mulai ba'da maghrib pada hari khamis 17 mac 2022,pada malam ke 15 bulan Sya'ban.

Adalah digalakkan :

- Membaca SURAT YASSIN sebanyak tiga (3)x.

a. Surat Yassin yang pertama dibaca utk memohon panjang umur dan ketaatan/ketaqwaan serta dapat istiqomah kepada Allah SWT.

b. Surat Yassin yang kedua dibaca utk memohon diluaskan rezeki yg halal dan menolak bala.

c. Surat Yassin yang ketiga dibaca untuk memohon ditetapkan Iman Islam sampai akhir hayat.

- Berdoa secara KHUSYUK meminta apa2 yang tersirat dalam hati, karena Malam Nishfu Sya'ban adalah MALAM yang sangat IJABAH utk dikabulkannya semua doa2 dan hajat2 yang diinginkan.


Bila disebarkan, maka Anda akan membuat beribu-ribu manusia berdzikir kepada Allah SWT.

Aamiin, Aamiin, Aamiin

Yaa Rabbal Aalamiin.


Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.


Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)


Sebarkan untuk kebaikan bersama

Malam Nisfu Sya'ban adalah hari di mana buku catatan amalan orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.


Mengapakah malam Nisfu Sya'ban begitu istimewa?

Banyak kelebihan malam Nisfu Sya'ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi ﷺ sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya'ban.

Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.

Oleh itu, hidupkanlah malam Nisfu sya'ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, membaca Al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa.

Sabda Rasulullah ﷺ  yang bermaksud: 


“Apabila tiba pada malam Nisfu Sya'ban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadah) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. 


Allah سبحانه و تعالى berfirman:

“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” 


- [Hadis Riwayat Ibnu Majah]


#NisfuSyaaban

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n