Doa Supaya Tak Tinggal Solat

Solat



Doa Supaya Tak Tinggal Solat :


"Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa."
.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
.
(Surah Ibrahim : 40)



TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1 - Ketika datang azan, bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2 - Ketika datang azan, bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3 - Malulah kepada Allah, jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4 - Malulah pada diri sendiri, jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5 - Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6 - Harus tetap menunaikan solat, agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa.

Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah didoakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.

Aamiin ❤

Solat


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama