Surah Al-Waqiah dalam Rumi

SURAH AL-WAQIAH DALAM RUMI

Surah Al-Waqiah dalam Rumi


Sebelum ni TB pasti akan baca surat Alwaqiah selepas solat Maghrib sementara nak tunggu masuk Isyak, Tapi sejak berberapa tahun ni asyik lah terlepas nak baca. dan bila dah terlepas tu dah terbiasa terus lupa nak baca.. Sebenarnya baca surah Alwaqiah setiap malam sebelum tidur ni sangat bagus kerana terlalu banyak kebaikan dan keistimewaan surah tersebut termasuk rezeki yang akan datang tanpa dijangka.


Setiap surah ada kelebihannya tersendiri di dalam al-Quran dan salah satunya adalah surah Al-Waqiah yang TB sendiri akui sangat tenang selepas membacanya. Surah Al-Waqiah merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah dan memiliki banyak khasiat yang besar pada kehidupan kita. TB mula kenal surah Al-Waqiah ni dari adik perempuan TB yang selalu membaca surah ini selepas solat ketika zaman dia belajar di Unversiti dulu. Mungkin sekarang pun dia masih mengamalkannya.. Sebab itu rezeki dia selalu melimpah ruah.. Moga Allah sentiasa memberi rezeki yang luas buat adik teman tu.. Rezeki untuk dia membesarkan anak-anaknya yang telah kematian ayah sejak 2016 .


Haa.. Kalau nak tahu cerita disebalik kenapa TB rasa nak share tentang Surah Al-Waqiah ni adalah sebab baru-baru ni TB rasa macam gelisah dan rasa macam susah hati sangat sebab tiada duit dalam tangan dan asyik kerap keluar duit simpan je, walhal duit itu nak guna untuk kecemasan atau untuk anak-anak nanti.. Yelah.. kita tak tahu apa bakal jadi akan datang, sekurang-kurangnya kita ada buat persediaan. TB tak bekerja, surirumah sepenuh masa, hanya buat kerja-kerja review dan blog aje.. dari situ datangnya duit nak beli keperluan anak-anak atau diri sendiri..


Bila tak ada duit terasa macam jiwa tak tenteram je.. bukanlah nak kata duit tu segalanya tapi kalau tiada duit memang buntu fikiran.. kadang-kadang nak beli apa-apa pun terpaksa fikir sepuluh kali sebab nak berjimat. Bagi yang tak bekerja macam TB tahu la macam rasa kalau tengah kekeringan duit.. Duduk diam-diam je puasa sekejap dari membeli..


Baru-baru ni TB tiba-tiba teringat nak baca surah Al-Waqiah sebab bila teringat balik, masa zaman-zaman kera dulu selalu baca tiap2 hari.. terasa lapang dan cukup je walaupun tak semewah mana, So, TB try baca surah ni dan memang betul, rezeki tak pernah putus walaupun sedikit sedikit je dia masuk.. syukur Alhamdulillah..


bagi yang sering merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak lagi masalah tentang wang ringgit, inilah rahsia yang patut korang tahu. InsyaAllah dengan mengamalkan surah Al-Waqiah ini, kehidupan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.Mari kita renungi sedikit sebanyak kelebihan surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita. Antaranya adalah seperti :


Khasiat surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila kita mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari.


Dengan izin-Nya kita akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya.


Apabila kita kerap kali membaca surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah kita tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit.


Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa kita sedari.


Kebanyakan orang meletakkan kefahaman mereka bahawa rezeki itu hanya berbentuk harta dan wang ringgit namun mereka silap kerana maksud rezeki itu luas.


Ramai diantara kita yang tidak sedar bahawa kesihatan, kekenyangan, kebahagiaan, pekerjaan juga adalah rezeki dan kesenangan atau dengan kata lain disebut juga sebagai nikmat. Inilah kelebihan surah Al-Waqiah yang melimpahkan rezeki kita.


Bismillahir rahmanir rahim....

Izaa waqa'atil waaqi'ah
Laisa liwaq'atihaa kaazibah
Khafidatur raafi'ah
Izaa rujjatil ardu rajjaa
Wa bussatil jibaalu bassaa
Fakaanat habaaa'am mumbassaa
Wa kuntum azwaajan salaasah
Fa as haabul maimanati maaa as haabul maimanah
Wa as haabul mash'amati maaa as haabul mash'amah
Wassaabiqoonas saabiqoon
Ulaaa'ikal muqarraboon
Fee Jannaatin Na'eem

Sullatum minal awwaleen
Wa qaleelum minal aa khireen
'Alaa sururim mawdoonah
Muttaki'eena 'alaihaa mutaqabileen
Yatoofu 'alaihim wildaa num mukhalladoon
Bi akwaabinw wa abaareeq, wa kaasim mim ma'een

Laa yusadda'oona 'anhaa wa laa yunzifoon
Wa faakihatim mimmaa yatakhaiyaroon
Wa lahmi tairim mimmaa yashtahoon
Wa hoorun'een

Ka amsaalil lu'lu'il maknoon
Jazaaa'am bimaa kaanoo ya'maloon
Laa yasma'oona feehaa laghwanw wa laa taaseemaa
Illaa qeelan salaaman salaamaa
Wa as haabul yameeni maaa as haabul Yameen

Fee sidrim makhdood
Wa talhim mandood
Wa zillim mamdood
Wa maaa'im maskoob
Wa faakihatin kaseerah
Laa maqtoo'atinw wa laa mamnoo'ah
Wa furushim marfoo'ah

Innaaa anshaanaahunna inshaaa'aa
Faja'alnaahunna abkaaraa
'Uruban atraabaa
Li as haabil yameen

Sullatum minal awwa leen
Wa sullatum minal aakhireen
Wa as haabush shimaali maaa as haabush shimaal

Fee samoominw wa hameem
Wa zillim miny yahmoom
Laa baaridinw wa laa kareem
Innaahum kaanoo qabla zaalika mutrafeen
Wa kaanoo yusirroona 'alal hinsil 'azeem
Wa kaanoo yaqooloona a'izaa mitnaa wa kunnaa turaabanw wa izaaman'ainnaa lamab'oosoon

Awa aabaaa'unal awwaloon
Qul innal awwaleena wal aakhireen
Lamajmoo'oona ilaa meeqaati yawmim ma'loom
summa innakum ayyuhad daaalloonal mukazziboon

La aakiloona min shaja rim min zaqqoom
Famaali'oona minhal butoon
Fashaariboona 'alaihi minal hameem
Fashaariboona shurbal heem
Haazaa nuzuluhum yawmad deen
Nahnu khalaqnaakum falaw laa tusaddiqoon
Afara'aytum maa tumnoon

'A-antum takhluqoo nahooo am nahnul khaaliqoon
Nahnu qaddarnaa baina kumul mawta wa maa nahnu bimasbooqeen

'Alaaa an nubaddila amsaalakum wa nunshi'akum fee maa laa ta'lamoon

Wa laqad 'alimtumun nash atal oolaa falaw laa tazakkaroon
Afara'aytum maa tahrusoon

'A-antum tazra'oonahooo am nahnuz zaari'ooon
Law nashaaa'u laja'al naahu hutaaman fazaltum tafakkahoon

Innaa lamughramoon
Bal nahnu mahroomoon
Afara'aytumul maaa'allazee tashraboon
'A-antum anzaltumoohu minal muzni am nahnul munziloon
Law nashaaa'u ja'alnaahu ujaajan falaw laa tashkuroon

Afara'aytumun naaral latee tooroon
'A-antum anshaatum shajaratahaaa am nahnul munshi'oon
Nahnu ja'alnaahaa tazkira tanw wa mataa'al lilmuqween

Fasabbih bismi Rabbikal 'azeem
Falaa uqsimu bimaawaa qi'innujoom
Wa innahoo laqasamul lawta'lamoona'azeem
Innahoo la quraanun kareem
Fee kitaabim maknoon

Laa yamassuhooo illal mutahharoon
Tanzeelum mir Rabbil'aalameen
Afabihaazal hadeesi antum mudhinoon
Wa taj'aloona rizqakum annakum tukazziboon

Falaw laaa izaa balaghatil hulqoom
Wa antum heena'izin tanzuroon
Wa nahnu aqrabu ilaihi minkum wa laakil laa tubsiroon
Falaw laaa in kuntum ghaira madeeneen

Tarji'oonahaaa in kuntum saadiqeen
Fa ammaaa in kaana minal muqarrabeen
Farawhunw wa raihaa nunw wa jannatu na'eem
Wa ammaaa in kaana min as haabil yameen

Fasalaamul laka min as haabil yameen
Wa ammaaa in kaana minal mukazzibeenad daaalleen
Fanuzulum min hameem
Wa tasliyatu jaheem
Inna haaza lahuwa haqqul yaqeen
Fasabbih bismi rabbikal 'azeem

Kalau biasa baca jawi boleh la terus baca disini.. boleh dengar bacaan dan sebutan yang betul juga kat SINI





0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama