Langkau ke kandungan utama

KULIT NAMPAK BERSIH BERSERI DENGAN KHASIAT KEBAIKAN ALOE VERA - Herbalife

KULIT NAMPAK BERSIH BERSERI 
DENGAN KHASIAT KEBAIKAN ALOE VERA - Herbalife 

herba life


Herbalife Lancarkan Rangkaian Penjagaan Peribadi Aloe Herba Baharu


KUALA LUMPUR, September 19, 2023 – Dalam usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi produk berasaskan alam semula jadi, syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka Herbalife, telah melancarkan Rangkaian Penjagaan Peribadi Aloe Herba keluarannya untuk menambah baik penjagaan kulit, termasuk Cucian Tangan & Badan, Krim Tangan & Badan, dan Gel Melegakan. Berbekalkan khasiat kebaikan semula jadi aloe vera untuk menawarkan pengalaman ‘kecantikan di dalam dan luar’, rangkaian baharu ini menerapkan kelebihan unsur-unsur semula jadi, botani dan vegan.

Steven Chin, Pengarah Kanan Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, “Memandangkan kesedaran rakyat Malaysia kini terhadap penjagaan kulit semakin meningkat dan prihatin terhadap produk yang digunakan, ramai yang mula mempertimbangkan formula dengan ramuan semula jadi yang tidak menyebabkan sensitiviti dan kerengasaan kulit. Menyedari hakikat ini, Rangkaian Penjagaan Peribadi Aloe Herba Herbalife membawakan produk dengan sentuhan alam semula jadi, berasaskan kebaikan aloe vera serta diperkaya dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang melegakan dan juga sebatian botani. Unsur-unsur ini berganding secara harmoni untuk memulihkan dan melindungi kulit, membawakan pengalaman penjagaan kulit yang meningkatkan kesejahteraan umum, supaya orang ramai tampak dan rasa sihat.”

Aloe vera, yang merupakan ramuan utama produk, mengandungi khasiat kebaikan untuk menenangkan dan melegakan kulit kering. Aloe vera yang kaya dengan antioksidan, vitamin, dan mineral membantu meremajakan kulit dan meningkatkan penghidratan kulit. Dirumuskan untuk memberikan penjagaan yang lembut tetapi berkesan bagi kulit, rangkaian produk ini diuji oleh pakar dermatologi dan tidak mengandungi sebarang paraben, warna, pewarna dan sulfat, mengurangkan risiko kerengsaan kulit dan menjadikannya sesuai digunakan dalam rutin penjagaan kulit harian bagi seisi keluarga.


Rangkaian produk baharu ini termasuk Cucian Tangan & Badan, Krim Tangan & Badan, dan Gel Pelegaan membawakan khasiat kebaikan untuk meningkatkan penghidratan, kesihatan dan kecergasan kulit. Cucian tangan & badan mengandungi adunan asid amino daripada epal, untuk mencuci tanpa menghilangkan lembapan semula jadi, serta minyak zaitun yang mengandungi antioksidan dan menyokong penjagaan kulit sensitif.




herba life

Dalam Krim Tangan & Badan, minyak biji bunga matahari dan Mentega Shea Afrika bergabung tenaga untuk memastikan kulit lembap dan lembut. Penambahan ekstrak rumpai laut melengkapkan pilihan, menggalakkan pemulihan dan membelai kulit yang kering.



Bagi Gel Aloe Melegakan, jus daun aloe barbadense merupakan ramuan utama, untuk melegakan dan menghidratkan kulit demi penampilan yang lebih menarik. Tanpa haruman dan sesuai untuk semua, produk ini mengandungi antioksidan, vitamin dan mineral penting, untuk menyihatkan kulit agar tampak lebih muda berseri. Maklum balas pengguna membuktikan kesan transformasinya yang melembutkan dan melicinkan kulit.




Rangkaian ini juga termasuk Aloe Vera Concentrate Mix popular keluaran Herbalife, yang menghidratkan badan sambil menyokong proses penghadaman dengan tumpuan kepada kecantikan dalaman. Turut melengkapkan rangkaian terbaharu ini ialah Syampu Aloe dan Perapi Aloe yang menyegarkan untuk menguatkan dan melembapkan rambut.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk ini, sila layari https://www.herbalife.com.my/our-products-solution/outer-nutrition/skin-care/ .


Mengenai Herbalife

Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi pengedar bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk berlandaskan sains kepada pengguna di lebih daripada 90 pasaran menerusi pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif untuk menikmati kehidupan terbaik mereka.


Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Subashni Sundarasan
Komunikasi Korporat
Herbalife Malaysia
012-338 3021
subashnis@herbalife.com

Kanessha Ramakrishnan
Acorn Communications Sdn. Bhd.
018-961 1005
kanessha@acornco.com.my

Ulasan

  1. This insight highlights how skincare choices in Malaysia are shifting toward gentle, nature-inspired formulations that truly respect skin health. The focus on aloe vera and botanical extracts feels timely, especially for families seeking daily-use products without harsh additives. Just as people carefully research before they Buy dissertation abstract online, consumers are now more mindful about what goes into their skincare. A dermatologist-tested, paraben- and sulfate-free range reflects this growing demand for safety, transparency, and overall well-being.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n