RichWorks Anjur Program "BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0" Secara PERCUMA Untuk Bantu Usahawan Yang Terkesan Pandemik Covid-19
RichWorks Anjur "BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0" Secara PERCUMA Untuk Bantu Usahawan Yang Terkesan Pandemik Assalammualaikum.. Hari ini TB nak berkongsi tentang satu Program yang sesuai untuk para usahawan kita ikuti kerana ia adalah program yang disediakan untuk mereka-mereka yang terkesan dengan pandemik covid-19. Program ini dianjurkan oleh Richworks.. haa.. sekali lagi Richworks nak bantu ramai orang yang juga usahawan untuk Bangkit kembali bersama RichWorks dalam menghadapi krisis ketika pandemik covid-19. Pastinya ramai dikalangan kita sangat terkesan dengan pandemik Covid-19 ini, apatah lagi mereka-mereka iaitu usahawan yang bergantung hidup pada pendapatan dari bisnes atau perniagaan sendiri. Ketika pandemik Covid-19 melanda negara dan menyebabkan ekonomi terjejas, usahawan turut berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang memberi kesan kepada kehidupan harian mereka. Ketika pandemik inilah, sangat memberi cabaran dan dugaan besar buat kita sebagai usaha...