29 Mei 2017

MUDAHNYA POTONG KUKU BABY DENGAN DELUXE NAIL CLIPPER WITH MAGNIFIER BY LUNAVIE

MUDAHNYA POTONG KUKU BABY DENGAN DELUXE
NAIL CLIPPER WITH MAGNIFIER BY LUNAVIE

Memotong kuku bukanlah sesuatu yang baru untuk kita yang dah dewasa ni kan. Sudah tentu dah tak terkira berapa kali dah kita potong kuku kita, betul tak? Boleh dikatakan kita ni telah memotong kuku sendiri untuk sebahagian besar daripada hidup kita dah, maka dah terlalu expert la katakan sebab tak memerlukan orang lain tolong potongkan kuku, boleh buat sendiri dengan berkeyakinan dan lancar aje.. 

TETAPI..  apabila tiba bab nak memotong kuku bayi kita, alamak.. secara automatik mungkin rasa sedikit gementar atau takut. Bukan takut apa.. risau terpotong lain, terkepit isi ke.. adoi.. serammm..

Tetapi ada yang kata potong kuku bayi menjadi lebih mudah apabila bayi sedang tidur. Ia menjadikan kerja lebih mudah, dan ia kurang tekanan kepada kita!

Hemm.. belah TB lak cakap tak elok potong kuku baby time baby tido.. So, TB potong kuku baby diwaktu baby masih jaga / tak tido,

Cara TB Potong Kuku Baby semasa Baby jaga/tidak tidur, 
TB letak baby atas bantal yang ada atas peha TB, pasang video Didi N Friends dekat Youtube tu, lepas tu TB potong kuku macam biasa.. baby elok je diam sebab tengah asyik tengok Didi N Friends, Tapi bila dia perasan kita sedang potong kuku dia, dia pun start goyang-goyang.. Erghhh.. time tu seram je TB. huhuhu.. So, TB pun buat bunyi harimau mengaum.. baby TB senyap, dan TB pun settle kan potong kuku dengan lancar.. heee.. gitu lah kisahnya..

Kenapa kita kena potong kuku baby? 
Haa.. sebabnya satu, untuk mengelakkan dari baby mencakar atau menggaru muka dia.. dikhuatiri nanti luka dan bercalar balar pulak muka, kadang baby TB pun macam tu.. lagilah suka korek mata dia, korek telinga sampai merah-merah.. hemm.. terpaksa potong kuku segera.. Kerana kuku bayi ni akan berkembang cukup cepat tau, kita mungkin perlu untuk potong kuku bayi beberapa kali seminggu. Kalau tak potong, bukan dia cakar maka dia je.. dengan mama dan papa nya sekali dia cakar.. kah3.. ambik kau..

Oh ya, betul ke Orang tua-tua cakap baby kuat berak sebab tu kuku cepat panjang? hemmm.. entahlah.. taktau nak percaya ke tidak.. Tapi yang pasti.. korang kena potong kuku bayi korang sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelak baby cakar muka.
Dan satu lagi.. jangan biar kuku baby panjang sebab dikhuatiri habuk/bendasing masuk celah-celah kuku tu, dan bahaya untuk kesihatan kepada baby yang punya tabiat suka memasukan tangan ke dalam mulut ni.. Risau kuman je kan..

Tapi kan.. Nasib baik la, kuku kaki berkembang lebih perlahan, So, boleh potong kuku kaki baby sebulan sekali je..


Bagaimana untuk Trim Kuku Bayi Anda
Macam TB katakan tadi, masa yang paling sesuai untuk potong kuku bayi adalah apabila dia berada dalam tidur yang nyenyak. Pada peringkat tidur ini, anggota badan bayi akan relaks dan tangannya terbuka luas. Senang sikit mengerjakan kuku diorang.. haha..

Haa.. Satu lagi masa yang baik untuk kuku potong kuku adalah selepas baby dimandikan, kerana kukunya adalah paling lembut dan senang nak dipotong.

Lupa pulak.. masa nak memotong kuku baby tu, sentiasa pastikan kat situ mempunyai cahaya yang cukup. Terdapat beberapa sepit kuku bayi di pasaran yang datang berserta dengan lampu untuk membantu menerangkan lagi mata kita semasa memotong kuku baby.

Elakkan Menggigit Kuku Baby
Sesetengah ibu bapa, terutama ibu-ibu yang takut menggunting kuku bayi mereka, lebih suka menggigit kuku bayi mereka. Walaupun ini mungkin lebih mudah daripada menggunakan sepit kuku, pakar kanak-kanak dan doktor tidak mengesyorkan kaedah ini.

Tau pasaipa?? Setiap kali korang meletakkan jari bayi ke dalam mulut korang, korang menghadapi risiko menyebarkan kuman dari mulut korang ke dalam luka kecil yang mungkin ada pada jari bayi korang . Manalah tau korang mungkin tak perasan jari bayi korang ada luka kecil ke, bahaya sebab Ini boleh membawa kepada jangkitan dan penyakit pada bayi korang.

Apa yang perlu dilakukan jika tidak sengaja ter potong isi jari kuku Bayi?
Kalau dah selalu buat insyaAllah takkan ada eksiden terkepit isi kuku baby kan? Dah selalu buat lama-lama dah pakar dah bab potong kuku baby ni.. hehehe.. Tapi perlu juga hati-hati kerana , kemalangan kecil boleh berlaku, 

Sekiranya korang tidak sengaja memotong hujung isi jari bayi, cepat-cepat ambil tisu yang bersih dan tekap luka pada jari baby tu.. Tekap tisu pada luka tu sampai darah berhenti. 

Jangan sapu apa-apa minyak atau  tampal plaster, kerana ia bahaya apabila baby masukkan tangan kedalam mulut, risiko plaster tercabut dan tertinggal dalam mulut seterusnya menyebabkan tercekik boleh terjadi tanpa kita sedari. 

Walau bagaimanapun kita boleh menggunakan pembalut cecair yang yang diluluskan untuk digunakan dalam kanak-kanak. pembalut cecair untuk kanak-kanak adalah tiada toksik, dan ia kering dengan cepat. Apabila luka itu sembuh, ia akan turun bersama-sama dengan sel-sel kulit mati. Ia adalah alternatif yang baik untuk menghentikan luka akibat kemalangan.

Namun diingatkan bahawa kemalangan berlaku kepada semua ibu-ibu, jadi jangan terus takut/fobia pulak nak buang kuku baby yea.... Belajarlah daripada kesilapan dan cuba untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sekali lagi, tips paling berkesan ialah.. sentiasa buang kuku baby, nanti lama-lama korang akan mahir dan tidak takut lagi..Macam orang putih cakap.. Practice Make Perfect!

Haaa.. Cukup padat tak tips yang Tb bagi pasal potong kuku baby tu? haha.. TB pun tahu pasal ni melalui pembacaan dari blog lain, dan ilmu tu TB sebarkan disini.. untuk dikongsikan bersama.. Oh, tentang jenis sepit kuku yang membantu memudahkan ibu-ibu memotong kuku baby telah banyak dipasaran, tetapi TB nak share tentang sepit kuku dari Lunavie ni ha.. 

Sepit kuku yang didatangkan dengan kanta pembesar. Maka nanti lebih jelaslah ibu-ibu nak potong kuku baby.. tak perlu risau kena isi ke tidak.. heheh.. Nak tengok macam mana rupa dia? 

Inilah dia DELUXE NAIL CLIPPER 
WITH MAGNIFIER BY LUNAVIE

Comel kan.. Pink gituu.. hehe.. 

Tudia kanta pembesar nya.. 

Design yang comel, dan mudah nak guna, 
mudah nak simpan

Deluxe Nail Clipper With Magnifier by Lunavie

Keciknya alahai jari baby TB ni.. Tak jelasss.. huhuhu

Haaa.. baru lah jelas.. 
Terang bijik mata nak potong kuku baby..

Haa.. mudah kan kalau ada kepit kuku macam ni.. ada kanta pembesar.. tak payah nak kecik-kecik kan mata risau terkepit isi kuku baby.. huhuhu.. Mesti para ibu suka tengok benda ni kan? ada rasa nak beli gak ke? haaa.. kalau berminat nak beli.. boleh lah KLIK SINI yea.. untuk terus membeli atau boleh je layari link-link tertera dibawah ni.. ada website, ada Facebook, ada Instagram ada Twitter.. jemput visit yea.. ok bye.. 

Oh ya.. lupa pulak nak bagitahu harganya.. harganya cuma RM17.90 sahaja tau.. worth to buy orang putih cakap.. hahahaha.. Jom potong kuku baby tanpa rasa gementar.. yeay!!!

Website : 
Facebook : 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

15 ulasan:

  1. This nail clipper is so convenient and safe to use for baby.

    BalasPadam
  2. Untung baby baby sekarang ni...peralatan mereka kalah orang dewasa punya....it's good that you can see closer..i bet even if my father had this back then..he still would not dare to cut my nails for me..hahahaha

    BalasPadam
  3. Saya paling takut untuk potong kuku bayi..

    Sebab tangan saya terketar ketar

    BalasPadam
  4. Tak berani naj potong kuku baby. Kecik sangat tangan deorang, kuku kucing pun tak berani sangat.

    BalasPadam
  5. Benda ni macam sgt safe utk baby. Ye la memang susah kot nak potong kuku baby.

    BalasPadam
  6. I like this simple an easy to use. good for new parents to use on baby.

    BalasPadam
  7. Sometimes i wonder how to potong kuku baby. Ni la benda alah tu yang buat senang sikit. hehe

    BalasPadam
  8. I use the baby nail scissors instead because baby nails are soft so the clippers are not necessary yet in my own opinion. I usually cut when they sleep. Easiest. I hae no point of view about any taboo on nail cutting. All these taboo makes life harder to live with lolx... they're all just interesting points of view that is just myths 😂 I'd say do whatever that is comfortable and convenient for u as a parent. Follow too much myth also no difference 😂 doesn't prove anything

    BalasPadam
  9. Takut betul nak potong kuku baby, lagi lagi kecik je. Macam senang je kalau guna ketip kuku ni!

    BalasPadam
  10. Great tool, cutting baby's fingernails is quite a tough job ;)

    BalasPadam
  11. ala cutenya the nail cliper! I think is important for all mummies out there to have this! Don't simply use the normal nail cliper.

    BalasPadam
  12. This is really helpful to all of the parents, cutting baby's nail are really so hard

    BalasPadam
  13. Ya Allah. comelnya nail clipper dia! Do you mind to share the price?

    BalasPadam
  14. Thank you for the tips. Will share it with my friends for this special product.

    BalasPadam
  15. Senang ada kanta pbesar tu, sis pon ada juga terptg jari baby juga..huhu

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥