RESEPI NASI HUJAN PANAS

Nasi Minyak, Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi lemak, Nasi daging, Semua dah try.. Tapi Nasi yang satu ni belum TB try lagi.. camne lah agaknya rasa dia... tengok bahan macam lebih kurang sama je dengan nasi-nasi yang TB selalu buat.. cuma yang ni ada letak dot dot pewarna tu.. hehehe.. bagi nampak cantik kot.. Tapi awat panggil Nasi Hujan Panas ye? hahahaha.. malas fikir.. dah masak nanti.. makan aje... 

BAHAN-BAHAN :
3 cawan beras basmati (cuci bersih dan toskan)
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
Rempah 4 sekawan
Minyak
Mentega
Pewarna merah,hijau & kuning
Garam dan serbuk perasa
Hirisan daun bawang & bawang goreng.

CARA MEMBUAT :
1.Panaskan minyak,tumis 4 sekawan dan juga bahan2 kisar hingga naik bau.Masukkan mentega..
2.Perasakan dgn garam dn serbuk perasa.
3.Masukkan air(ikot sukatan beras,klau 3 cwn beras,3 cawan air).
4.Masukkan beras dan susu cair dan gaul sebati.Biarkan nasi masak mcm biasa dlm rice cooker.
5.Bila nasi dh kering,titiskan pewarna merah, kuning dan hijau
6.Tutup semula periuk dan tunggu smpai nasi masak.
7.Bila nasi dah masak,gembur2 kan dan tabur la daun bawang,daun sup dan bawang goreng..


Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New