URIAGE Eau Thermal French Skincare Review

URIAGE Eau Thermal French Skincare Review

Hai Assalammualaikum semua.. Petang-petang ni terasa nak buat review pulak. Kali ni review tentang produk dari URIAGE . Rasanya nama URIAGE ni antara produk yang popular juga yang menjadi antara produk favourite pengguna.. Tapi mungkin juga ada yang baru pertama kali dengar nama URIAGE ni.. So, TB story dulu serba sedikit info tentang produk dari URIAGE ni ye.. Jom baca..

Sejak penubuhannya pada tahun 1992, jenama URIAGE telah memenuhi keperluan kulit sensitif, terima kasih kepada kepakaran dermatologi terkenal di peringkat antarabangsa diatas penciptaan jenama URIAGE dan penjagaan kulit dermo yang pertama berdasarkan Air Thermal..

Uriage adalah salah satu jenama dermo-kosmetik terkemuka di pasaran antarabangsa. Setiap hari, beribu-ribu produk dihantar di Perancis dan lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

Semua produk penjagaan kulit digubal mengikut piagam yang ketat yang berpegang teguh kepada piawaian farmaseutikal. Formula adalah hypoallergenic, bukan komedogenik, bebas parabens, dan dengan kepekatan minimum bahan pengawet untuk lebih mesra dengan kulit sensitif anda.

Uriage telah menggabungkan air terma Uriage dengan pelbagai bahan-bahan aktif yang sangat inovatif daripada penyelidikan bioteknologi. Bahan-bahan aktif yang dipatenkan adalah termasuk dalam banyak julat (XÉMOSE, HYSÉAC, BARIÉDERM, dll)

Selama beberapa tahun, Uriage Water Thermal telah berada di bawah pergunungan Belledone Alpine, dimana ia mempunyai unsur-unsur mineral di sepanjang laluannya. Ia terhasil dari bumi pada kedalaman 80 meter, terlindung dari udara dan pencemaran. suhu air (27 ° C), pH neutral dan komposisi mineral kekal tidak berubah.
Haa.. dah baca sedikit info tentang URIAGE diatas? Sekarang TB nak share tentang Produk URIAGE yang TB dah try guna ni.

Pembersihan adalah langkah yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit kita Semestinya pemilihan produk yang tepat amat penting bagi membantu kita memelihara kulit agar sentiasa segar dan bersih.

Diluar sana begitu banyak pembersih inovatif dijual, dan ramai mungkin tertanya-tanya apa jenis pembersih yang patut kita pilih.So, pandai-pandailah pilih yang bersesuaian dengan kulit wajah kita yea.. jangan main sambar saja.. hehehe..

Berbalik kepada cerita tentang produk URIAGE tadi, kalau korang nak tahu Produk dari URIAGE juga mempunyai 3 produk penting untuk pembersihan dan menenangkan kulit.

Orang perempuan ni kalau dah apply makeup tu terasa malas je nak cuci muka kan? Mana tanknya.. banyak sangat produk nak guna cuci muka.. lepas cuci makeup muka, nak kena cuci makeup mata pulak, lepas tu nak bagi muka segar balik cuci pulak dengan pembersih muka dan lepas tu bilas dengan air suam. Rasa macam malas je nak buat semua tu kan.. 

Haa.. TAPI...... bila dah jumpa produk yang boleh membersihkan muka dengan mudah dan muka sangat bersih sebersihnya selepas menggunakan produk tu, pastinya tiada alasan lagi nak malas-malas cuci muka kan.. 

Haa.. Kalau nak tahu antara produk dari URIAGE yang sangat efektif dan berkesan bertindak sebagai pembersih muka yang terbaik ialah Uriage Eau Thermale, iaitu salah satu jenama Perancis yang terkenal dengan air terma Uriage itu.

Ia adalah satu bahan diperkaya dengan unsur-unsur surih dan mineral. kepekatan mineral yang tinggi dalam air terma Uriage menjadi "sempurna seimbang" untuk kulit dan mampu melegakan, menghidrat dan melindungi kulit juga.

Air yang unik itu juga mampu mengembalikan keserian kulit dan membolehkan perlindungan yang lebih berkesan terhadap kekotoran/bendasing sambil mengekalkan penghidratan kulit. Oleh itu, ia digunakan secara meluas sebagai bahan utama dari semua produk Uriage!

Jom..  TB nak share dengan korang tentang produk yang sangat best digunakan untuk membersihkan wajah dari makeup atau kekotoran lain diwajah korang. Produk itu adalah Uriage Thermal Micellar Water dari Perancis yang sesuai untuk kulit sensitif yang terdedah kepada kemerahan.


Ok lah.. sebelum tu nak tanya, korang semua tahu kan langkah-langkah untuk membersih wajah/kulit korang? Haa.. kalau ikut TB ada 3 langkah iaitu membersihkan makeup, mencuci muka, dan akhir sekali melembapkan muka/menghidratkan muka..

1.) Ok, mula-mula sekali TB memulakan rejim penjagaan kulit TB dengan membersihkan solekan menggunakan Thermal Micellar Water.

Uriage Thermal Micellar Water

Produk ini berfungsi sebagai make up remover untuk untuk kulit sensitif yang terdedah dan kepada kemerahan.. Ekstrak ekstrak Apricot dan pore refiner dia boleh normalkan kehadiran sebum-sebum di muka kita.

Ia juga boleh menanggalkan dengan begitu bersih eyeshadow kita even waterproof eyeshadow sekalipun tau. Jadi lepas ni tiada masalah untuk kita mencuci kesan eyeliner, celak, eyeshadow dan apa-apa saja makeup di wajah kita.. hanya gunakan  Thermal Micellar Water ni je.. Tak perlu bilas.. Siap! mudah sangat kan..

Uriage Micellar Thermal Water

Fungsi produk:
Make up Remover untuk kulit sensitif

Bahan
- Uriage Thermal Air- Glycerin
- ekstrak Apricot
- surfaktan Gentle bukan ionik
- Hypoallergenic
- Telah diuji Ophthalmologically

Cara penggunaan
Tuang sedikit Thermal Micellar Water dekat cotton pad dan sapukan ke seluruh wajah muka, mata dan leher untuk membersihkan dalam satu langkah, tanpa membilas dengan air .



Oh ya.. Kalau korang nak tahu, Uriage Thermal Micellar Water kini boleh didapati dalam 3 jenis untuk menampung jenis kulit yang berbeza iaitu :

1.Thermal Micellar Water - Gabungan untuk Kulit Berminyak
2.Thermal Micellar Water PNS - Normal untuk Kulit Kering
3.Thermal Micellar Water PSR - Kulit terdedah kepada kemerahan

Disebabkan kulit TB ni jenis yang agak sensitif maka TB pilih yang no. 3 tu.. berpenutup merah.. untuk kulit yang sensitif dan terdedah kepada kemerahan. Dan ia memang sesuai dengan kulit TB dimana ia membersihkan kesan makeup TB tanpa meninggalkan kesan kemerahan atau keradangan. Rasanya seperti air pada kulit, begitu menenangkan dan berkesan dalam menghapuskan kekotoran. So, siapa ada masalah kulit tu, sila pilih yang berpenutup merah ni ye!

TB rasa Thermal Micellar Water  tu begitu mudah untuk digunakan dalam rutin harian kebersihan muka kita. Kalau korang tak suka keadaan yang melekit pada wajah selepas mencuci solekan, haa.. korang kena pakai  ni sebab ia tak melekit.. ok! selesa sangat! kulit yang bersih, lembut dan tidak melekit.

Oh ya.. lagi satu baunya tidak busuk macam bau sesetengah makeup remover tu.. kan ada yang berbau chemical kan? Tapi Thermal Micellar Water ni tidak berbau busuk.. percayalah.. heee.. So, korang tak perlu tutup hidung semasa menyapu ia ke muka korang.. Uriage Thermal Micellar Water datang dalam botol plastik. Yang ada pada TB sekarang ialah satu botol yang bersaiz 100ml. Terdapat saiz besar iaitu 250ml.

Secara keseluruhan, Uriage Thermal Micellar Water adalah pembersih yang lembut dan sangat sesuai untuk dibawa kemana-mana tempat yang kita rasa macam berkemungkinan susah nak cari punca air nak mencuci wajah. maka boleh gunakan Uriage Thermal Micellar Water ini untuk membersihkan kulit dengan bersih tanpa perlu bilas dengan air.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Uriage Cleansing Cream (50ml)

2.) Selepas mencuci solekan, langkah seterusnya adalah membersih muka/wajah/kulit. Untuk jenis kulit sensitif macam TB ni TB sentiasa memilih untuk sesuatu yang lebih ringan (kurang berminyak) dan sebaik-baiknya tidak mengeringkan kulit. pembersih Uriage adalah lebih daripada melembabkan kulit.
Cara Penggunaan: Letak pada tapak tangan dan gosok kedua tapak tangan sehingga berbuih kemudian ratakan pada kulit wajah dan urut lembut, kemudian bilas dengan air.. Guna setiap pagi dan malam..

Disebabkan Uriage Cleansing Cream  tidak mempunyai buih yang banyak, sebagai alternatif korang digalakkan membasahkan muka dahulu sebelum menggunakan krim pembersih muka ini.

Walau bagaimanapun, walaupun ia tidak berbuaih banyak, ia membantu untuk membersihkan jauh ke dalam liang roma wajah tanpa rasa kering pada kulit.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Uriage Thermal Water (50ml)

3.) Haa. langkah ke 3 iaitu langkah terakhir dalam rutin mencuci muka kita pula ialah.. menggunakan Uriage Thermal Water .Produk ini boleh menghidrat permukaan kulit, mengurangkan radang kulit dan 100% isotonik .

Produk ini boleh menghidrat permukaan kulit, mengurangkan radang kulit dan 100% isotonik .

Isotonik" bermaksud bahawa Uriage Water Thermal di osmosis sempurna dengan permukaan dan selaput mukus. Ia mengimbangi integriti sel kulit. Ia bertindak dengan cara yang sama seperti serum fisiologi, ia tidak mengubah saiz atau jumlah sel-sel. Ia juga amat sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk yang paling sensitif.

Selepas bersihkan muka, kita hanya perlu semburkan Uriage Thermal Water mi ke seluruh muka dan biarkan ia bertindak - Tak perlu lap, biar ia sehingga kering. haaa.. Last sekali, sapu sahaja produk penjagaan kulit yang biasa korang guna untuk kesegaran kulit setiap hari .

Antara kegunaan lain Uriage Thermal Water
Tenangkan kerengsaan, ruam lampin, selaran matahari, kemerahan
 Repair kulit yang rosak dan melegakan kulit selepas prosedur dermo-estetik
 Melembut dan melegakan dermatitis / kelopak mata

Beberapa kegunaan lebih biasa termasuk:
 Menyingkiran soleksn dan melegakan kulit
 Membetulkan solekan
 Melindungi kulit daripada radikal bebas
 Melegakan kawasan area selepas bercukur

Kandungan
100% aqua Uriage Thermal Water

Cara Penggunaan
Spray mengikut keperluan. Tidak perlu di keringkan supaya bahan aktif dalam air tersebut dapat bertindak dengan efektif.


Selepas Spray korang tak perlu lap atau keringkan dia.. biar dia bertindak sendiri kerana ia akan menembusi ke dalam kulit dengan sendiri. Bagi TB, rasanya TB akan membawa bersama-sama setiap kali TB keluar kerana ia berguna sangat untuk menghidratkan kulit TB yang kadang terlalu kering ni.

Untuk semua jenis kulit. bayi pun boleh guna.. kalau ada masalah ruam lampin.


Haaaa.. itu sahaj review dari TB kali ni, lupa pula nak bagi tahu yang korang boleh dapatkan produk URIAGE ni dekat website yang menyediakan pelbagai barangan kosmetik dan kesihatan, boleh shopping macam-macam disana tau! Kalau berminat.dengan produk URIAGE ni, korang boleh klik link dibawah ni yea.. 
Nak dapatkan rebat  dengan kupon??
Boleh taip TENGKU semasa checkout nanti yea.. 

Jom! Shopping di HiShop! 
Untuk mendapatkan giveaway, diskaun & lain-lain,
korang boleh cari Hishop di media sosial seperti link yang TB sertakan dibawah ini :


Klik link ini untuk ke website Hishop,my

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

9 Ulasan

  1. love beauty products. nice for skin

    BalasPadam
  2. Tak pernah dengar lagi jenama ni... mekaceh share.. boleh sarankan dengan kawan-kawan nanti

    BalasPadam
  3. I've been using their products for quite some time already, really like the quality :)

    BalasPadam
  4. Their Thermale mist quite good. Make up remover okie remove light makeup

    BalasPadam
  5. First time hearing of this brand and would love to try the thermal water one! I think it's perfect for the hot days here in the Ph! :)

    http://www.heymamacoi.com

    BalasPadam
  6. Their texture looks so soft and light! I can't wait to use it too =) Thanks for the sharing!

    BalasPadam
  7. Nice product. Ika nak cuba for combination skin. Hopefully sesuai dengan Ika

    BalasPadam
  8. First time heard of this. Looks like good products.

    BalasPadam
  9. My skin condition is gone now after going on a road trip for a month. I am planning to try this. Thanks!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama