Nity

Nuff

02 Mei 2017

KUIH BOM



KUIH BOM


BAHAN2 UNTUK KULIT KUIH BOM :
馃憠1 paket tepung pulut cap 3 gajah (500 gm)
馃憠2 sudu makan tepung gandum
馃憠secubit garam
馃憠2 sudu makan gula pasir
馃憠1 cawan air (boleh dikurangkan ikut kesesuaian)

CARA BUAT KULIT KUIH BOM :
◆Dalam mangkuk masukkan gula pasir,garam dan air (masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan adunan tak terlebih air) kacau dengan sudu hingga gula dan garam hancur.
◆Masukkan tepung pulut dan tepung gandum,
◆Uli hingga menjadi doh

BAHAN2 UNTUK INTI KACANG :
馃憠500 gm kacang hijau @ kacang merah (direndam setengah hari sekurang-kurangnya supaya kacang cepat empuk)
馃憠Seketul gula melaka
馃憠Gula pasir secukupnya (mengikut citarasa masing2)
馃憠1 sudu kecil garam
馃憠1 sudu besar tepung gandum (tujuannya supaya inti tidak mudah bersepai)
馃憠Sehelai daun pandan

馃挗Bijan utk salut kuih bom

CARA2 MEMBUAT INTI KACANG :
◆Rebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk, masukkan gula melaka,gula pasir,garam dan tepung gandum.Kacau hingga kering...tapi jangan terlalu kering..agak2 inti boleh di kepal boleh la matikan api
◆Sejukkan inti, kemudian kepal bulat-bulat sebesar syiling 20 sen
◆Ok..dah siap buat kulit dan inti kacang...ambil doh kulit kuih bom tadi..
◆Leperkan kat atas tapak tangan,kemudian letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan tadi, tutp inti dengan kulit kuih bom tadi..dan golekkan kuih bom kita tadi tu kat dalam bijan hingga bijan menyaluti semua bahagian kuih bom..
◆Lepas tu boleh la goreng dalam api sederhana besar sehingga kuih menjadi warna keemasan dan terapung dipermukaan minyak













Related Posts

0 comments:

贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙ 贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2