Nuff

26 Oktober 2017

Tropika Face Cleansing Oil dari Tropica Beauty Sdn Bhd

Tropika Face Cleansing Oil dari Tropica Beauty Sdn Bhd

Hai.. Assalammualaikum.. hari ni TB nak buat review dan berkongsi sedikit info tentang satu produk Penjagaan Kulit iaitu Tropika Face Cleansing Oil (Pembersih wajah). Produk dari Tropica Beauty Sdn Bhd ini adalah diformulasikan dari bahan semulajadi iaitu terdiri daripada Minyak Kelapa Dara (VCO) yang berkualiti tinggi , Ekstrak Licorice Root dan Vitamin E serta Olive Oil Ester .

Untuk apa TROPIKA Face Cleansing Oil ni?
TROPIKA Face Cleansing Oil ini sangat baik untuk semua jenis kulit, ia boleh mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit kita. Pencuci yang dirumuskan menggunakan VCO, Vitamin E dan Olive Oil Ester ditambah pula dengan ekstrak likuoris ini adalah gabungan unik  yang sangat membantu untuk mengurangkan garis-garis halus disamping juga meratakan tona kulit. So, sebab itu ia dipanggil produk 3 in 1 kerana ia boleh digunakan untuk menanggalkan makeup, membersihkan muka & dijadikan sebagai pelembap supaya kulit tidak kering.

Apa yang pasti, Formulasi khas  ini adalah selamat untuk digunakan pada kulit sensitif juga. Produk ini juga telah diuji di bawah kawalan dermatologi.

Jom kita tengok bahan-bahan yang terkandung didalam Tropika Face Cleansing Oil ini dan ketahui apa manfaat yang kita dapat melaluinya.. 


Bahan-Bahan yang digunakan :

Minyak Kelapa Dara (VCO) - 
Pelembap semulajadi yang hebat. Mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob dan disinfektan yang, membantu untuk mengekalkan liang roma bersih dan mencegah jerawat. 


Vitamin E -  
Mewujudkan fungsi 3-in-1 iaitu mencerahkan kulit wajah, membersihkan dan melembapkan kulit untuk kulit yang segar dan bersih. malah ia juga sesuai untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan .

Licorice Root Extract - 
Mengandungi glabridin yang membantu untuk mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata, perubahan warna dan bintik-bintik. Juga digunakan secara tradisional untuk mencerahkan kulit. 


Olive Oil Ester - 
Ejen pembersihan tambahan yang selamat untuk digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri-ciri anti-radang dan membantu untuk mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan


 

Cara Nak Guna :
Bersih dan segarkan kulit dengan 3 langkah mudah:
1. Sapukan ke kulit kering. Urut secara membulat. 
2. Tambahkan air sedikit untuk hasilkan buih dan terus urut. 
3. Bilas bersih dengan air.

Digunakan 2 kali sehari atau 
setiap kali nak tanggalkan make up. 

Untuk Siapa Face Cleansing Oil ni ye?
* Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.
* Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka.
* Sesiapa yang memilih produk semula jadi untuk kulit mereka.
* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Sila berhenti serta-merta sekiranya terdapat sebarang iritasi atau kerengsaan pada
kulit selepas menggunakannya .

yang bestnya produk ni Natural tau.. NO PARABEN ok!
Ok.. bagi sesiapa yang ingin dapatkannya.. boleh order terus
di link-link atau website dibawah ni ye..








Related Posts

13 ulasan:

  1. jenama tropika ni mmg dh femes kan kat malaysia.. berapa eh sebotol produk ni?

    BalasPadam
  2. Produk kecantikkkan berlambak-lambak dah sekarang make sure nak cantik kenalah cari produk yang betul-betui bebas dari bahan kimia

    BalasPadam
  3. Lepas pakai ni mesti lebih berseri seri kan sis :)

    BalasPadam
  4. wahhh menariknya tropika face cleasing ini untuk yang ada muka sensitif boleh guna kan nanti nak pergi usha la benda terima kasih kongsi TB

    BalasPadam
  5. Wow! Ada minyak kelapa dara. Memang menarik produk ni. Bagus untuk kulit

    BalasPadam
  6. Eh ni tropika yang produk baby tu kan? untuk facial cleansing pun ada? Hebat ni. Bleh cuba nanti.

    BalasPadam
  7. sesuai untu di hadiakan kepada kawan2 kat pejabat kalau mcm nie.

    BalasPadam
  8. nie kalau org perempuan baca nie, confirm depa nak beli. boleh lah planning nak belikan untuk ibu nanti

    BalasPadam
  9. Lia suka sangat produk ni sebab bahan dia asli lepas tu penanggal makeup dan membersihkan kulit muka. itu sangat menarik!

    BalasPadam
  10. bagus bahan-bahan yang digunakan dalam Tropika Face Cleansing Oil ni, semulajadi. bolehlah suggest kat kawan nanti

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  11. Wah, banyak juga bahan-bahan asli yang dijadikan intipati TROPIKA FACE CLEANSING OIL ni. Kelapa dara dan ekstrak likoris sangay baik untuk kulit.

    BalasPadam
  12. Bgus la...da mcm2 produk tropika skrg ni

    BalasPadam
  13. Bagus ni minyak kelapa dara. Nanti boleh cuba produk tropika ni...dah ada macam-macam.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2