Nuff

22 Disember 2017

RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS



RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Hai.. TB saja nak share resepi yang ni.. sebab nanti kalau dah takde idea nak masak.. boleh lah try resepi ni.. cuma tak pasti hubby suka ke tak sebab TB pun baru 1st time tengok resepi ni.. nampak macam sedap je ayam dalam gambar tu.. maybe boleh lah try nanti.. TB tak makan ayam.. tapi boleh lah cuba masak untuk hubby kan.. jom tengok bahan-bahannya..

Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara :
Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.

Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

Done!

Selamat Mencuba.

Pemilik resepi : @angelic.argan

Related Posts

5 ulasan:

  1. Ya Ampunnnn...sedapnyaaa lahaii menu..kalau ayam semua sedappp!!

    BalasPadam
  2. zaza nak try masak la butang.. maklumlah bab masak xreti sgt..haha boleh cuba la resepi ni

    BalasPadam
  3. Tq kak, dapat lagi idea utk menu next day,huhu hari2 masak,sampai dah tak tau apa lagi nak masak..otak buntu tu yg keje menggogle resepi je..hihihi


    Jemput baca artikel terbaru saya 9 Tanda Kencing Manis Tidak Terkawal Boleh Mengancam Nyawa

    BalasPadam
  4. Confirm sedap..nak try nantilah

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New