LUNAVIE HOME-TRAVEL BOTTLE WARMER SANGAT MEMUDAHKAN IBUBAPA


LUNAVIE HOME-TRAVEL BOTTLE WARMER
SANGAT MEMUDAHKAN IBUBAPA


Hai.. hari ni Tengkubutang nak review tentang  Home-Travel Bottle Warmer dari Lunavie .. Tapi sebelum tu TB nak terangkan sedikit info tentang Lunavie ni.. haaa… Lunavie tu apa? Kalau korang nak tahu Lunavie ialah website yang ibu-ibu patut kenali dengan lebih dekat kerana di website ini Lunavie telah banyak mencipta produk untuk keperluan ibu-ibu dan mesra bayi yang boleh dipercayai untuk digunakan oleh ibu bapa dalam menguruskan bayi mereka. Lunavie menyediakan produk yang luar biasa yang banyak membantu memudahkan ibu-ibu baru semasa proses menyusukan dan mengasuh bayi. So, dengan adanya Lunavie menjadikan urusan ibu bapa lebih mudah dan berkualiti. 

Oh ya .. Lunavie ni adalah dari Caely (M) Sdn Bhd yang telah diperbadankan pada tahun 1986 dengan perniagaan utamanya dalam jualan langsung ke pakaian dalam kualiti pasaran. 

Caely (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat Caely Holding Berhad yang disenaraikan di bawah BSKL, Malaysia. Untuk terus bersaing dan menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran, Caely mempelbagaikan pelbagai produknya termasuk produk pakaian dan alatan rumah . 


Haa.. Berbalik pada produk yang TB nak ceritakan tadi, iaitu Lunavie Home-Travel Bottle Warmer ni, Haa.. bagi yang tidak pernah guna bottle warmer ni TB nyatakan lah sedikit info untuk korang baca ye..


Lunavie Home-Travel Bottle Warmer ialah alat untuk memanaskan susu dan juga untuk memanaskan makanan bayi agar perut baby selesa dengan makanan yang suam dan pastinya ibu-ibu pastinya mengelakkan dari memberi makanan/susu yang telah sejuk kepada baby mereka kerana dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada perut baby.. 


TB teruja sangat guna bottle warmer ni tau.. Dah la comel je bentuk dia, lepas tu selain boleh guna di rumah, boleh juga digunakan didalam kereta, boleh guna untuk perah Jus buah-buahan, boleh juga digunakan untuk sterilize baby accessories!  

Oh yaaa.. yang Car Use tu ada disediakan kabel penyambung untuk hidupkan bottle warmer tu didalam kereta.. ala.. cucuk kat tempat nak nyala api rokok tu.. senang kan!

So, ibu bapa pasti rasa happy sebab tiada lagi masalah kalau makanan atau susu bayi cepat sejuk.. letak je dalam warmer dan ia akan sentiasa suam dan bayi pun suka sebab kebanyakan baby suka makan / minum susu yang suam-suam kan.. macam Harraz laaa.. kalau susu atau makanan tu sejuk je.. dia “kureng” selera sikit.. tapi kalau yang suam2 tu.. bertambah-tambah makan.. heee.. berselera.. Nom Nom .. katanya.. hahaha.. 


HOME-TRAVEL LUNAVIE BOTTLE WARMER 
(Home and Car Use) 

Haaaa.. Lunavie Home-Travel Bottle Warmer ni bagus kerana ibu bapa boleh memanaskan botol susu atau bekas makanan bayi dengan selamat dan cepat. Ia membantu kita mengekalkan nutrien dan vitamin melalui proses pemanasan yang lembut. Ia boleh digunakan di rumah dan di dalam kereta. Ia berfungsi dengan atau tanpa air. Menarik kan! 

Haa.. jom kita tengok ciri-ciri produk ni : 

Ciri-ciri Produk: 
  1. Mudah - Boleh digunakan di rumah serta di dalam kereta. 
  2. Selamat: Panaskan perlahan-lahan dan perlahan-lahan. 
  3. Mudah digunakan - Tambah air dan sesuaikan tetapan. 

Sesuai untuk semua jenis botol susu bayi mahupun botol konvensional dan begitu juga bekas makanan bayi . InsyaAllah boleh fit .. hee


Lampu penunjuk - Penunjuk akan menjadi MERAH apabila digunakan DI RUMAH dan menjadi HIJAU apabila digunakan di dalam KERETA . 

Keselamatan automatik dimatikan - Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar. 


Suhu boleh laras: 
  1. 40 ° C - untuk memanaskan susu 
  2. 70 ° C - untuk memanaskan makanan bayi 
  3. 100 ° C - untuk mensterilkan aksesori makan 

Dwi-fungsi - Memanaskan & dan Mengekalkan Kepanasan makanan/susu (keep warm)

Cara Penggunaan Untuk Di Rumah





  1. Pemanasan / Heat Up : Memanaskan makanan / minuman bayi dalam 5 hingga 8 minit. 
  2. Mengekalkan Hangat / Keep Warm : Pastikan makanan / minuman sentiasa hangat. Lampu perintis akan dihidupkan semasa pemanasan. Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar. 

Cara Penggunaaan Untuk Di Dalam Kereta 
Mengekalkan Kepanasan Makanan (keep warm): Putarkan kunci ke kedudukan penggunaan kereta, pasangkan dengan cerut ringan. Letakkan botol di tempat yang lebih panas kemudian laraskan suhu supaya sentiasa hangat. Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar. 



Juicing: Masukkan juicer pada mangkuk makanan, kemudian tekan jus buah separuh pemotong. Untuk menyimpan jus, atau makanan dan minuman lain, letakkan penutup pada mangkuk makanan. 

Cara Penjagaan & Kebersihan : 
  1. Sentiasa cabut plag perkakas selepas menggunakan. 
  2. Pastikan ia sejuk sebelum membersihkan sebarang bahagian. 
  3. Lap bersih dengan kain lembap. 
  4. Descale lebih panas lebih kurang. setiap empat minggu 

Waranti: Waranti Terhad 1 Tahun
Maklumat Produk:
Voltan: 12 V Dc
Kuasa: 80 W

Ciri Keselamatan & Keselamatan: BPA-FREE
Waranti: Waranti Terhad 1 Tahun
Harga : RM109.00 

Haa.. Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli untuk memudahkan korang bawa baby semasa travel.. boleh la pm link-link dibawh ni ye.. 

14 Ulasan

  1. Memang baik travel bottle yang serbaguna ini. Boleh panaskan susu,sterilize botol bahkan boleh perah juice lagi? Memang berbaloi lar.😃

    BalasPadam
  2. comelnyaa yang penting portable senang nak diuruskan bawa kemana2.. so baby boleh always dapat susu suam suam heheh..

    BalasPadam
  3. wow...this is very good eh!!! wanna tell my sister in law about this. nice, cute and easy to handle!!

    BalasPadam
  4. Senang nak guna kan.. Siap boleh untuk perah jus buah2 lagi..harga jualan pun murah gak

    BalasPadam
  5. Senangnya kalau ada ni .takde kelam kabut. Ini Kalau off line boleh beli dekat mana

    BalasPadam
  6. yang ni seriously la memudahkan kalau kita tgh travel...xde la kita fikir itu ini bila nak keluar...kegunaan kat rumah pun lebih bagus..bestnyaaa mommy!

    BalasPadam
  7. Wahhh senang lah..boleh bw travel ke mana2..dulu kalau tau ada ni mmg wajib beli sng jerja mak2 kan

    BalasPadam
  8. Akk kita guna warmer travel ni.. Mmg best..harga boleh tahan lah tp mmg best sbb mcm2 leh buat.. Yg pnting warmer dia menjadi xmcm sstgh warmer lain..

    BalasPadam
  9. This is so useful & convenient for mom especially those on the go. Will share it with my friends.

    BalasPadam
  10. bgusla..boleh guna untuk macam-macam..kene cari ni..yela jap lagi adik fariza nak makan kan..boleh pakai ni

    BalasPadam
  11. senang nya ada benda ni..elok kalau yang hantar anak kat rumah pengasuh tu hantar sekali warmer ni..mudah kerja pengasuh anak kita.

    BalasPadam
  12. Jenis warmer bottle ni memang sesuai untuk travel & memudahkan ibubapa yang ada anak kecil. 👍😃

    BalasPadam
  13. Boleh perah jus.. kira multipurpose la.. mudah de ni.. nk travel sennag

    BalasPadam
  14. This appliance really helps mom who are having their baby

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama