KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT ANJURAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)


KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT Anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) 


Di Penghujung bulan terakhir tahun 2018 (Disember), Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) telah mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.

Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham.

Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat

Sejajar dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu ' memudahkan anda berzakat' melalui saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP :


  1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
  2. Plaza RAH, Kampung baru
  3. Masjid Negara
  4. LSC Wangsa Maju
  5. UTC KL, Pudu Sentral
  6. Presint 9, Putrajaya
  7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
  8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
  9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
  11. Labuan Times Square

Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.

2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://WWW.ZAKAT.COM.MY

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?


  1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
  2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
  3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
  4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
  5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
  6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
  7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.

Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin. 

3. PERBANKAN INTERNET. 

Dengan kosep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP.

Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 



Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.

4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000.00 ke atas.

Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 


Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri

5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan.

PU Azman atara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. 

Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT @pusatpungutanzakat

#ppzmaiwp #zakatakhirtahun #yearendzakat

___________¥¥¥¥¥¥¥¥___________




KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) BAKAL MENEMUI ANDA

Jumpa Di Masjid Usamah Bin Zaid, Sek 2,Wangsa Maju 

Pada 1 & 2 Disember 2018 (Sabtu & Ahad)

Pelbagai aturcara disajikan buat santapan rohani kita😊

Kerjasama hebat PPZ - MAIWP bersama Baitulmal MAIWP, Karnival Geng Masjid serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI

5 Ulasan

  1. Senang betul zaman skrg kan nk byr zakat.. Mcmw cara ade... Bagus pihak zakat buat cara cmni

    BalasPadam
  2. bagus bila ada pendedahan di media sosial macam ni. baru kita tahu ada banyak cara rupanya bagi pembayaran zakat.

    BalasPadam
  3. wah ada Imam Muda Asyraf, iday suka tengok dia. sejuk hati hehe. Baguslah ada perkhidmatan door-to-door, takdela risau sangat nak bawa cash banyak2 hehehe

    BalasPadam
  4. kaunter kaunter tu semua area kl kan? tapi takpelah kalau takboleh ke kaunter boleh bayar secara online atau online banking kan. bagus juga program terbaru yang diperkenalkan tu, boleh didik anak anak sejak kecil pasal zakat ni

    BalasPadam
  5. Sangat bagus adakan karnival macam ni sambil ambil ilmu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama