Nuff

17 Januari 2019

Teruja Sangat Dengan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream


Teruja Sangat Dengan
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

TB sebenarnya dah lama tau usha-usha (intai2) produk-produk dari Hansaegee Nature ni.. semua gara-gara suka tengok video makeup Blogger Fyna dan semua awek-awek yang suka pakai produk dari Hansaegee Nature ni.. Start dari pembersih muka yang bubble tu.. bedak tabur dan sehinggalah kepada Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni..



Memang teruja kot tengok sebab tekstur Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  dari Hansaegee Nature ni bewarna putih tetapi bila disapu pada wajah, nampak rata yang amat sangat.. kulit nampak gebu dan glowing. Ada pulak tu yang jenis suka makeup simple macam TB ni, hanya pakai Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  tanpa bedak-bedak lain dah.. muka nampak macam berseri je tau.. Inilah yang paling TB suka tau!

Haa.. sebelum tu meh tengok Video TB unboxing hari tu.. heee..


Masa ni TB memang tak sabar nak unboxing tau, sebab tahu produk yang TB suka dan nantikan ada dalam tuu.. 



Haaa.. inilah dia Krim Magic yang jadi kesukaan ramai tu..

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  

Oklah.. sebelum TB share pengalaman TB menggunakan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, meh TB perkenalkan dulu serba sedikit tentang Hansaegee Nature ni.. Hansaegee Nature ni adalah skincare brand, product originally made in Korea yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,

dan kalau korang nak tahu Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream merupakan salah satu produk mereka yang HOT sangat dimana ramai memberikan feedback dan review positif.. Sampailah TB pun teruja sangat nak cuba tau! Produk ni sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun tau! 


Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

OK.. rasanya bukan semua orang kenal CC Cream kan? yang dah biasa dengar tu pastinya memang dah akrab sangat dengan dunia penjagaan wajah.. macam TB ni.. hehehe.. Hansaegee Nature lah yang buat TB kenal CC Cream tau.. Actually memang suka tengok tutorial cara diorang guna CC Cream ni.. Smooth je bila diorang pakai kat muka.. TB pun rasa.. alahai.. gebunyaa..

Oh ya.. CC Cream ni sebenarnya ialah singkatan kepada Color Control Cream dimana ia mempunyai tugas untuk Correct & Balance Skin Tone Color untuk sesiapa saja yang menggunakannya. 

Kelebihan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni ialah ia all in one cream, kosmetik yang digabungkan dengan fungsi penjagaan kulit (basic skincare+makeup benefit).


Tekstur ringan berwarna putih dengan gold nano halus

CC Cream juga bertekstur lebih ringan daripada BB Cream, dan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu memberi effect soothing, mencerah, melembap dan menyekatakan tona kulit tau. So, lepas apply CC Cream ni kulit nampak lebih natural je tau.. Sesuai untuk mereka-mereka yang sukakan light makeup gitu.. 

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ini berfungsi sebagai :
  1. Perlindungan dari sinaran UV SPF30 PA ++
  2. Mengimbangi tona dan warna kulit secara semulajadi
  3. Mencerah dan menyerikan wajah
  4. Mencegah penuaan dan garis halus
  5. Meningkatkan keanjalan kulit
  6. Melembapkan kulit 
  7. Melegakan masalah kulit
Haa.. nampak tuuu.. ia juga berfungsi sebagai sunscreen dengan SPF30 PA ++ ?? woww.. Itu yang paling TB suka .. Kulit mempunyai lapisan perlindungan dari sinaran UV .. terbaik lah.. 

Kandungan utama Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream:
  1. "Mineral Water" - Mengekalkan keseimbangan PH (PH Balance) pada kulit dan meningkatkan keanjalan/elasticity kulit, mudah serap ke dalam kulit .
  2. "Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract" - Meredakan irritasi dan melegakan kulit bermasalah, ia juga anti bakteria .
  3. "Colloidal Gold" - Mengandungi antioksida yang tinggi dan mencegah penuaan kulit. juga menghalang infrared radiation, dan anti bacteria)
Bercerita tentang Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, korang dah baca tak fungsi CC Cream ni kat atas ni?  Banyak tau fungsinya.. Paling bagus ialah CC cream ni sesuai untuk semua jenis kulit tak kiralah kulit gelap ke cerah ke, atau kulit kering ke.. memang sesuai pakai CC Cream ni jugak.


Cara nak guna senang aje.. calit-calit je Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni di semua bahagian muka dan ratakan seluruh wajah muka, di bahagian bawah mata dagu, dan hidung. Secara perlahan-lahan kulit akan kelihatan segar, glowing dan lebih natural.


Huhuhu.. macam TB ni, seorang yang mempunyai kulit muka kadang berminyak, kadang kering, dan juga kulit sensitive pastinya teruja dapat cuba Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  yang menjadi bualan ramai ni..



Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni berwarna putih dengan gold nano halus. Dengan fungsi color control ia akan mengikut tona warna kulit kita apabila di blend . Tengok gambar diatas sebelum di blend dan gambar dibawah selepas beberapa saat ia di blend ..


Warna putih tadi bertukar jadi pink kemudian kecoklatan 

TB suka sangat CC Cream ni sebab ia tak berminyak dan tekstur dia sangat lembut dan ringan bila disapu pada wajah. Lagi pulak.. senang nak blend.. tak nampak kulit bercapuk pun walaupun pada mulanya TB macam terfikir macam mana krim putih boleh bertukar jadi coklat dan apabila diratakan pada  pada ia secara perlahan-lahan akan ikut warna natural kulit kita dan membuatkan tona kulit kita lebih sekata.


Yang dengan CC Cream tu kulit TB jadi Glowing berbanding 
tanpa CC Cream.. Kulit TB nampak Kering

Oh yea.. CC cream ni boleh digunakan sebagai make up primer. Make up nampak lebih natural dan wajah lebih bermaya.. cantik dan tahan lebih lama. Sememangnya TB suka sangat-sangat tau.. TB gunakan ia sahaja tanpa bedak tambahan sebab ia sahaja dah boleh buat wajah glowing.. ringkasnya cara nak cantik kan!

Ok, tadi TB kata S+Recover Gold Nano Cc Cream  berwarna putih dan boleh berubah perlahan-lahan ke warna coklat mengikut tona kulit si pemakai.. Haa..  jom tengok TB buat Test sikit.. 


...

...

...


Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu meresap kedalam kulit dan perlahan-lahan mengikut warna kulit kita,


Texture Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream yang ringan ni sememangnya sangat mudah meresap dalam kulit, sebab tu ia dapat blend mengikut warna kulit kita. TB rasa selesa sangat guna cc cream ni sebab pakai pun tak rasa berminyak langsung!


Haa.. kalau nak tahu lagi.. CC Cream ini juga boleh dijadikan sebagai makeup primer / makeup base tau! So, bila pakai CC Cream ni make up akan tahan lebih lama dan lebih cantik. Kalau yang suka pakai eyeshadow atau blusher tu, color akan lebih naik dan lebih pigmented bila digunakan  bersama S+Recover Gold Nano Cc Cream ni ..


PENGALAMAN TB SENDIRI MENGGUNAKAN
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

TB ada parut jerawat dan ada tanda jeragat di pipi ni tapi TB rasa lega sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream boleh cover tanda-tanda yang kurang menyenangkan tu.. Walaupun tekstur cream ni nampak warna putih tapi sebenarnya bila pakai elok je rata dan tak bercapuk, sebab ia mampu blend dengan warna kulit TB dan buat wajah TB segar, glowing dan berseri..  senang meresap dalam kulit, tak berminyak.. 

Untuk TB yang sejenis yang tak suka makeup tebal bila keluar.. haaa.. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sangat sesuai dengan TB, calit-calit.. ratakan, dah siap.. Selain nampak kulit cantik semulajadi, kulit TB juga dilindungi dari Sinaran UV yang berlebihan sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni mengandungi spf 30++ PA tauu.. So, kalau korang pun teruja nak cuba Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, bolehlah layari  Website Hansaegee Nature . 

Oh ya.. Untuk pembeli, ada Free postage bagi pembelian melebihi RM 70. Hubungi team Hansaegee Nature di contact di bawah untuk maklumat lanjut .

Lupa TB nak bagi tahu sempena 2019 ni Hansaegee Nature dah mengeluarkan New Packaging bagi Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, Tekstur semua serupa je dengan yang lama tetapi kandungannya telah di upgrade kepada 50ml dan SPF lebih tinggi iaitu 50 PA +++. wowwww.. Bestnyaaa! 


Haaa.. inilah packaging terbarunya.. lawa kan!

So, Berminat nak order? boleh lah ke link-link dibawah ni ye.. 

Hansaegee Nature 







Related Posts

12 ulasan:

  1. lama tak pakai cc cream..nti bolehlah try..suka juga pakai cc cream sbb tak payah dah pakai fd..

    BalasPadam
  2. Macam menarik je CC cream ni. Siap boleh jadi make up primer lagi

    BalasPadam
  3. such a great cc cream.. lovely texture and to flawless skin.. great brand great product.. yoohoo!

    BalasPadam
  4. Dah lama x guna CC Cream..biasa guna BB cream..yang ada tu pun tak abih2 lagi...eh..eh..macam best la yang ni...tgok texture dia senang blend ngan kulit...

    BalasPadam
  5. Correct & balance skin tone color? wah macam tu ye. Mcm feature dlm photoshop je kan hehe

    BalasPadam
  6. brand ni lama gila dalam pasaran kan.amni ada follow gak brand ni.mmg ramai peminat dia sebab produk dia mmg bagus kot.

    BalasPadam
  7. Walaupun cream dia warna putih, tapi kalau dah blend dia ikut warna kulit eh? Nampak cantik je dia blend dengan kulit asal kita. Nad jarang pakai CC cream, biasanya pakai BB cream je. Tapi macam tertarik la plak nak try yang ni sebab tengok review semua best-best! <333

    BalasPadam
  8. Mcm syiok ja cc cream dia ni... Nampak. Smooth ja muka TB.. .Patut la nampak kulit cun.. Ni rahsia dia eh

    BalasPadam
  9. Mmg nampak berseri2 leps guna. Ketara sangat perbezaannya. Haruslah lepas ni nak cuba juga. Mana tahu nampak berseri jugak hehe

    BalasPadam
  10. wahhhh cc cream with gold now? haha not very familiar with all these but glad to see that you are liking it.

    BalasPadam
  11. Oh nmpk menarik sbb krim dr putih ubh jd kepada coklat.. Wawa kalau mls nk pakai foundation, mmg akan pakai bb cream.. Senang je sbb xberat

    BalasPadam
  12. Kalau pasal mekap-mekap ni saya memang tak berapa pandai. selalu pakai foundation jer hehe

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New