Nuff

29 April 2019

RESEPI APAM NASI GEBU-GEBAS, SEDAP DAN MUDAH!



RESEPI APAM NASI GEBU-GEBAS,
SEDAP DAN MUDAH!


Haa.. Ada satu hari tu.. TB tengok nasi sikit punya banyak lebih.. Kalau simpan karang tahan ke esoknya entah, Tapi sayangnya rasa nak buang.. sebab terbayang-bayang rezeki tu kan.. Tak elok dibuang-buang.. So, TB pun teringat Apam Nasi yang Blogger Syamimi pernah share dulu.. Terus TB wasap mimi tanya dia resepi tu.. mimi pun share lah link blog dia tu.. haaa.. apa lagi.. bahan semua dah cukup.. operasi membuat apam nasi pun bermula.. kali ni TB tak nak lah jadi durhaka.. kih3.. tau apa maksud durhaka? Dah dibagi resepi, kau tak nak ikut.. kau pinda2 pulak tu, penyudahnya.. dah tak jadi.. haaa.. pastu salahkan resepi atau bahan.. walhal kau yang tak ikut resepi yang di bagi.. main hentam kromo je..  hahahaha..



Eh termelalut pulak.. haa.. Dibawah ni resepi sepenuhnya TB ikut dari mimi , takde tokok tambah bahan, takde lebih atau terkurang sukatan.. cukup2 je TB buat.. Tu sebab menjadi.. heheheh.. Jom tengok resepi mudah dan simple ni.. boleh buat masa bulan puasa nanti..


BAHAN-BAHAN :
  • 2 cawan nasi
  • 2 1/2 Cawan Air
  • 1 1/2 Cawan Gula
  • 2 Cawan Tepung Beras
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Paket Kecil Mauripan/Yis

CARA-CARA :
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender.
  • Blend kan kasi nasi nampak hancur
  • Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak.
  • Kemudian kukus. Antara 15-30 minit
  • Bak kata mimi, sebelum nak tuang bancuhan kedalam loyang tu, pastikan loyang tu dah disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan.
  • Pastikan jangan penuh sangat masa tuang ke loyang tu.. biar ada tinggal 2 inci ruang ye.. sebab nanti yis mauripan tu bertindak,ia akan menyebabkan bancuhan tu mengembang dan boleh melimpah keluar kalau isi penuh sangat dalam loyang tu..
  • lepas dah 10-15 minit cucuk dengan garfu atau lidi untuk memastikan dia dah masak atau belum.. kalau lidi tu takde melekat bancuhan tadi maka dah masak la tu.. 
  • Lepas tu biar selama 10 minit atau lebih.. tunggu dia betul2 sejuk baru best makan.. isi pun gebu jeee.. jangan potong kejap-kejap tu nanti isi tak cantik.. tak gebu
  • Kalau nak lagi sedap boleh letak kelapa parut yang digaul dengan sedikti garam.. macam TB makan macam tu pun OK .. sebab memang kegemaran..


Haaaa.. korang tau.. masa dah masak tu.. TB punya tak sabar nak makannn.. hahaha.. terus cubit-cubit dan rasa terus.. tapi masa tu tak berapa gebus sangat.. so, TB tunggu sejuk dulu.. haaa.. time ni gebus gebas tau rasa dia.. hehehe.. selamat mencuba..


Tengok ni dah tinggal nak habis TB sorang makan.. Gebus kan! Opss.. TB makan sorang sebab kat rumah tu TB sorang je suka apom ni.. Harraz n Papa dia macam tak suka kuih jenis ni.. 


Thank You kat mimi / Syamimi Saad sebab share resepi mudah giler ni.. Alhamdulillah.. syok sangat.. 1st time buat ni.. hehehe.. nanti nak buat untuk mak pulak.. mesti mak suka.. haha..




View this post on Instagram

Masa Ni Ada Nasi Lebih.. Rasa Sayang Sangat Nak Buang.. Asik Membazir Je Tuhan Marah.. So, TB Pun Try Mesej @syamimi8088 Tanya Resepi Apom Nasi.. Hehehe.. Bahan2 Pun Ada.. Apa Lagi.. Terus Buat.. Alhamdulillah.. Menjadi Pulak.. Walaupun Dia Kempis Masa TB Buka Penutup Tu.. . . Haha. Tapi Isi Dalam Elok Masak Betul.. Sedapp.. Memang Kegemaran TB.. Harraz Tak Suka.. So TB Makan Sorang Je Lah Nampaknya.. . . Dah Asingkan Untuk Papa Nya Tapi ... . . So kita makan sorang.. jangan membazir.. tuhan marah.. nanti dia tarik rezeki kita yang lain baru tahu.. kannn.. . . Apom nasi ni dibuat dari nasi.. TB mintak resepi dari @syamimi8088 . Jom tengok resepinya.. Nak tahu lebih lanjut leh baca di blog www.tengkubutang.com . . RESEPI APAM NASI Untuk bahan-bahannya : 2 cawan nasi 2 1/2 cawan air 1 1/2 cawan gula 2 cawan tepung beras 2 cawan tepung gandum 1 paket kecil mauripan/yis Cara-caranya : Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender. Blend kan kasi nasi nampak hancur Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak. Kemudian kukus. Antara 15-30 minit . . Nanti bila nak kukus, pastikan bekas untuk isi bahan tadi tu disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan. . . pastikan jangan penuh sangat masa tuang ke loyang tu.. biar ada tinggal 2 inci ruang ye.. sebab nanti yis mauripan tu bertindak,ia akan menyebabkan bancuhan tu mengembang dan boleh melimpah keluar kalau isi penuh sangat dalam loyang tu.. . lepas dah 10-15 minit cucuk dengan garfu atau lidi untuk memastikan dia dah masak atau belum.. kalau lidi tu xde melekat bancuhan tadi maka dah masak la tu.. . . Lepas tu biar selama 10 minit atau lebih.. tunggu dia betul2 sejuk baru best makan.. isi pun gebu jeee.. jangan potong kejap2 tu nanti isi x cantik.. x gebu
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on




Related Posts

18 ulasan:

  1. Sedapnya!! Cx pon suka apam nasi ni tapi tak pernahnya nak buat ahhaaha! Boleh try ni. Nanti nak g beli mauripan dan tepung beras. Hihihi tak sabar pula rada nak cuba. Cx suka makan panas² heheh alarhai . Kecur air liur ni haaa . Haha!

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi buat apam..takut tak jadi..tp bolehlah try resepi ni..cantik kejadian dia..sedap makan dengan kelapa parut kan

    BalasPadam
  3. uish first time tau resipi ni! nampak sedap dan menariklah hahaah so nanti ada nasi lebih boleh la try masak yeay! tq share

    BalasPadam
  4. Senangnya nak buat , kukus boleh la cuba buat nanti sebab oven baru rosak ahaha nampak sedap !

    BalasPadam
  5. pehhh nampak macam senang je nak buat apam nasi ni. tapi kalau cuba buat mesti tak jadi. haha! tapi mana tahu kali ni ikut resipi ni kot kot tiba tiba menjadi ke kan.

    BalasPadam
  6. Makan apam ni cicah ngan kelapa parut pun sedap ni

    BalasPadam
  7. alahai.. nape awak goda kita dengan apam gebu gebas ni.. kita tak boleh betul la.. haha.. terbayang terus dah dlm pinggan dengan kelapa parut.. pehhhh..

    BalasPadam
  8. Nanti nak cuba jugak lah. Memang biasa dah masak nasi lebih lebih setiap malam. Sebab biasanya besok nya boleh buat nasi goreng ke kan. Ni nak cuba la pulak buat apam

    BalasPadam
  9. Huishhh... Nampak gebu gebasnya apam itu. Anak-anak kak nina suka apam. Dah lama tak buat, nanti nak start baking semula bulan ramadhan ni

    BalasPadam
  10. wah... bentuk love lg... warna pun cantik je

    tak pernah try bt apam... walaupun resepi nya mudah... tkt tak jd hehhe

    BalasPadam
  11. Nampak sedap sangat especially bila makan panas-panas time hujan. Selalu beli kat chinese aunty dekat market.

    BalasPadam
  12. ya Allah nampak gebu betul apam nie. bentuk love lagi tu. kreatif ! makan apam dengan kelapa parut masin2 ya Allah sedapnya !!! rasa macam nak buat sekarang je.

    BalasPadam
  13. Ya Allah gebunya! lama dah tak makan apam gebu gebas ni. dapat cicah kelapa, sedapnya terasa di lidah. nanti nak tanak nasi semata2 untuk buat apam. haha

    BalasPadam
  14. Lepas ni, ada nasi lebih je mesti buat apam nasi ni. Haha
    Kalau la akk boleh buat jual, boleh jual kak. Sebab benda mudah tapi renyah ni tak semua orang rajin nak buat.

    BalasPadam
  15. memang favorite tapi tak pernah buat sendiri lagi.. sebab dulu pernah buat tak menjadi then give up... kena kumpul semangat nk buat lagi ni.

    BalasPadam
  16. Eeeee bestnya apam bentuk love giniiiiiiiii. Mana sampai hati nak koyak the apam to eat! Serious i paling suka apam gebu gebas terlajak sedap. Nak try buat nantiiiii!

    BalasPadam
  17. Sedapnyaaa..kak min suka makan apam nasi ni tapi seumur hidup tak pernah cuba buat hahah..beli je la memanjang

    BalasPadam
  18. Wahh menarik tol apam dia..cNtik kenaikan dia. Sis suka gak apam ni. Bolehlah nanti sis cuba buat ikut resepi yg diberi

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New