Resepi Sup Telur Chinese Style

Resepi Sup Telur Chinese Style


TB terjumpa resepi ni dan terasa nak cuba sebab bahan-bahan dia mudah je. Nampak sedap dan menyelerakan..  Mesti budak-budak suka. 

Sup Telur Chinese Style ni Resepi dari seorang pengguna Facebook.. Korang boleh tengok siapakah gerangan empunya resepi ni di bawah sekali. 

Nampak sedap sebab berwarna merah oren keserian dari warna stick crab yang ditambah sebagai penambah selera. 

Kata empunya resepi ni puan Zurina Zulkefli, kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel. TB rasa macam pernah makan sup telur chinese style ni tapi masa tu stick crab tu tak ada dalam bahan-bahannya.. Tapi ada Enoki mushrooms yang panjang-panjang kurus tu.  

Apa-apa pun.. Tak kisahlah gaya dan bahan apa korang nak letak.. Jom tengok resepi nya yang mudah ini. 


Bahan Utama: 

✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)


Cara memasak:

1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih. 

2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak. 

3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat. 

4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal. 








5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat. 

6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan. 

Pssstt.  Bila dah tengok resepi ni terasa macam bahan yang sama buat kuah kuehteow kungfu lak.. Cuma yang tu kenalah tambah bahan.. Carrot, kubis bunga,  brokoli atau sayur lain yang disukai.. 

Selamat mencuba. 




Credit: 
Zurina Zulkefli, Melaka , 
via MAHN



3 Ulasan

  1. sedapppp.. ni time demam2 ke ni layan kalau makan..

    BalasPadam
  2. tq resipi..selamat dah ammi copy paste and fwd kat husband minta dia tolong buatkan.

    BalasPadam

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New