Hotel Mewah Terbaik Di Kuala Lumpur

 Hotel Mewah Terbaik Di Kuala Lumpur


Hotel Mewah Terbaik Di Kuala Lumpur

Sekiranya anda sedang merancang untuk pergi ke Kuala Lumpur sama ada atas urusan bisnes ataupun urusan peribadi, kami sarankan anda untuk cuba menginap di hotel-hotel mewah yang ada di bandar metropolitan itu. Inilah masanya untuk anda terokai tempat penginapan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dengan servis terbaik.

Bagi memudahkan pencarian anda, berikut kami kongsikan 5 pilihan hotel mewah yang terbaik di Kuala Lumpur yang anda boleh jadikan pilihan untuk melengkapi percutian anda. Nak tahu hotel yang dimaksudkan? Jom baca!


Hotel Mewah Terbaik Di Kuala Lumpur

1. JW Marriott Kuala Lumpur

Tidak kalah hebatnya dengan hotel-hotel mewah yang lain, JW Marriott Kuala Lumpur juga menawarkan pelbagai kemudahan dan servis bertaraf global. Kemudahan dan kelengkapan di setiap bilik disediakan mengikut pakej bilik yang ditempah. Kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan, parking percuma dan kedai makan juga disediakan.

Berhampiran JW Marriott KL hotel ini, anda boleh pergi ke tempat tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan sebagainya. Untuk menjamu selera pula, anda boleh pergi ke restoran 5 bintang berhampiran yang terletak kurang 5 km dari hotel ini.


2. Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Dengan berkonsepkan moden kontemporari, kemewahan hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur ini dapat anda rasai sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan lobi hotel. Tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan ahli korporat atau golongan atasan untuk menginap di sini.

Di hotel Mandarin Oriental KL ini, terdapat 16 jenis bilik mewah yang ditawarkan. Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Selain kemudahan di dalam bilik, hotel ini juga menyediakan kemudahan untuk pengunjungnya berekreasi. Ia mempunyai kawasan untuk bermain golf, gelanggang tenis, pusat kecergasan dan tidak ketinggalan kolam renang yang cukup luas dan sesuai untuk kanak-kanak.

Terletak betul-betul di antara taman bunga, Taman KLCC dan bangunan Menara Berkembar Petronas, hotel ini menyajikan anda pemandangan yang cukup mengagumkan. Anda boleh melihat keindahan bunga-bunga di Taman KLCC dan menyaksikan salah satu bangunan tertinggi di dunia dengan rekaan yang menarik dalam jarak dekat hanya melalui tingkap hotel ini.


3. Wolo Hotel Bukit Bintang

Wolo Hotel Bukit Bintang membawa tema ‘We Only Live Once’ yang menjadi akronim nama hotel ini. Seperti temanya, nda perlu cuba menginap di sini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!

 Dengan dekorasi yang begitu unik, hotel ini menawarkan bilik yang cukup luas dengan berasaskan dinding dan lantai yang dibuat daripada papan kayu. Kemudahan yang disediakan di setiap bilik juga sangat lengkap. Apa yang menariknya, hotel ini terletak di kawasan Segitiga Emas, iaitu berdekatan dengan pelbagai tempat menarik, pusat beli belah dan juga restoran.


4. Impiana KLCC Hotel

Terletak berdekatan dengan tempat tumpuan pelancongan, Impiana KLCC Hotel sangat sesuai dijadikan sebagai pilihan tempat penginapan anda. Anda boleh menyaksikan pemandangan menara KLCC dan seluruh bandaraya Kuala Lumpur melalui tingkap bilik yang anda tempah.

Menjadikan keselesaan pengunjung sebagai teras utama, kemudahan yang disediakan di hotel ini sangat lengkap. Terdapat 4 jenis restoran yang disediakan di dalam kawasan hotel ini untuk memastikan anda tidak kelaparan terutamanya apabila anda bercadang untuk berehat di hotel sahaja.


5. Banyan Tree Hotel Kuala Lumpur

Banyan Tree Hotel Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Namun begitu, dengan tema yang digunakan, warna-warna bertona bumi dan neutral membantu untuk menjadikan hotel ini sebagai tempat mencari ketenangan. Selain kekal nampak eksklusif dan mewah, hotel ini juga kelihatan lain daripada yang lain.

Fasiliti lengkap dan mewah yang disediakan termasuklah restoran-restoran mewah, kolam renang, pusat kecergasan, spa dan sebagainya menjadikan hotel ini pilihan ramai pengunjung daripada dalam dan juga luar negara. 

Nikmati percutian anda bersama pasangan, rakan-rakan atau ahli keluarga di sekitar Kuala Lumpur sebaiknya. Jangan lupa buat tempahan awal hotel pilihan anda melalui laman web atau aplikasi Traveloka untuk memudahkan anda kelak.



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama