Langkau ke kandungan utama

Catatan

RESEPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

RESEPI GOLDEN BALL  ALA SUSHI KING Peminat sushi king mesti tahu menu yg ni..heehe... buat sendiri letak topping melimpah.. puas makan.. sedap amat. 😋😜 Ni kalau buat anak-anak pasti suka...   RESEPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING Bahan-bahan : Telur ayam – direbus dan dikupas kulitnya Minyak untuk menggoreng Bahan salut Telur ayam - dipukul Tepung tempura Breadcrumb secukupnya Caranya : Didihkan air dan rebuskan telur ayam sehingga masak. Apabila telur telah sejuk kupaskan kulitnya. Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata. Salutkan pula dengan tepung tempura sehingga rata. Ulang 2 kali.. Kemudian celupkan semula dengan telur. Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb. Buat sehingga habis. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Biarkan sejuk dan di potong tengah2nya. Bahan2 topping: Filamen ketam Mayonis Caranya : Rebus sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan. Hiris halus filamen ketam tadi. Campurk...

BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA?

BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA? جندالله: Puasa Qada' dan Puasa Sunat 6 Hari Dalam Syawwal Ada 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan, maka tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari mana satu yang lebih 'rajih', jika anda bukan seorang yang berkemahiran untuk melakukan tarjih. Pendapat Pertama: Tetap mengedepankan Puasa Qada' terlebih dahulu dari puasa Sunat Syawwal. Dalilnya: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى Dan hutang Allah itu terlebih berhak untuk dibayar (Riwayat Imam Al Bukhari) Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah puasa yang perlu diqada' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawwal. Pendapat Kedua: Berpuasa Sunat Syawwal terlebih dahulu daripada Puasa Qada'. Dalilnya: Berkata Sayyidatuna A'isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه. Maksudnya: “Aku m...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021  Hari ni.. Raya kedua bagi syawal tahun 2021 ni.  Dan hari ni adalah PKP kali kedua untuk kita semua.. Takpelah.. Tak kisah itu semua.. Asalkan jumlah kes covic19 tak bertambah.. Janji Orang tua kita sihat di kampung,  janji semuanya baik-baik belaka.. Aamiinn.. Dikesempatan ini TB nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam.. Salam berbahagia buat mak dan abah di kampung, adik-adik dan kakak-kakak.. Semoga kalian semua berada dalam lindungan Allah.. Duduk diam-diam dalam rumah, jangan terima tetamu, pastikan jaga SOP yea. Doakan kita dapat menyambut hari raya bersama seperti dulu.. Tapi walaupun bukan time raya, harap kita dapat juga berpeluang berjumpa..  Rindu kalian semua.. Namun buat masa ni elok lah kita membatasi jarak buat sementara.. Moga Covic19 hilang sepenuhnya di muka dunia..   Salam sayang dari kami.. Tengkubutang & Family..

Resepi Kek Marble Lembut dan Sedap

RESEPI KEK MARBLE  LEMBUT DAN SEDAP Hari ni lalu kat fb terjumpa pulak resepi yang ni.. Macam best je.. Terus tepek sini.. Kalau ada cukup bahan akan TB buat. Taoi tu laaa.. TB buat lepas tu malasnya nak uo kat sini. Terus up kat tiktok tu je.. Haha...  Nanti TB try rajinkan diri up sini pulak.. Tapi kalau menjadi la... Kalau tak jadi.. Malas la nak share. Hahahaha.  Jom tengok reseoi mudah ni  Resipi Kek Marble Lembut Bahan bahan: 230gm mentega 170gm tepung gandum 170gm gula kaster 5 biji telur dari fridge 3 sb susu pekat 1 sk baking powder 1 sk esen vanilla 1 sb ovalette 3-4 sudu makan serbuk koko -diayak  Atau guna coklat emulco Cara²: Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan/hingga jadi putih gebu lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata. Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette ...

18 RESIPI BISKUT RAYA LAMA KEGEMARAN ORANG DULU-DULU

  18 RESIPI BISKUT RAYA LAMA KEGEMARAN ORANG DULU-DULU 1. BISKUT KACANG HIJAU BAHAN-BAHAN: 110gm marjerin | dicairkan 100gm tepung gandum | diayak 75gm tepung jagung 45gm gula halus 1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus 1 sudu teh esen vanila 2 biji kuning telur Sedikit pewarna hijau Sedikit putih telur | hiasan   CARA MEMASAK: Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata. Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai. Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin. Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak. Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.   2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH BAHAN-BAHAN: 185gm marjerin 250gm tepung gandum 185gm tep...

SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX

  SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX Assalammualaikum semua. TB nak share tentang Skin PS5 dari Hypergrafix yang semakin menjadi permintaan ramai. terdapat pelbagai design dan tema yang dikeluarkan untuk kalian buat pilihan. dan terbaru adalah tema jersey bola. Disamping harga yang berpatutan, sticker dari Hypergrafix juga berkualiti dan mendapat feedback positif dikalangan pembeli.. Sehingga kini Hypergrafix masih memegang title "Shopee Preferred Seller"  . Oh ya.. bagi yang belum tahu, Shopee Preffered Seller ini ialah faedah yang diberikan oleh shopee kepada penjual yang dipilih secara eksklusif oleh Shopee sebagai pengiktirafan atas prestasi penjualan dan operasi mereka yang sangat baik . Penjual akan mendapat lencana Pilihan yang ditunjukkan di kedai dan senarai anda jika anda menjadi  Preferred Seller / Penjual Pilihan . dan dengan ini Hypergrafix ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih Atas Sokongan Anda dari dahulu hingga kini, Ikhlas Dari Kami HYPERGRA...

SUP AYAM THAI

SUP AYAM THAI  Walaupun hanya sup je.. Bukan semua orang boleh hasilkan sup yang sedap melatop macam dijual kat kedai tu.. Haga samalah TB jugak.. Satu-satu Sup yang biasa TB buat ialah Sup Tulang je laaa...  Teringin juga nak buat sup ayam macam kat kedai tu.. Bila makan macam cukup je rasa rencah semua... Tu jumpa resepi Sup Ayam Thai ni, terus tepek sini.. Nanti cari bahan.. Dah cukup bahan kita masak guna resepi ni. Tengok gambar macam sedap je..  Jom tengok resepi nya.. Kot ada yang terfikir fikir apa nak masak hari ni kan, boleh try ni.. Ni ala-ala Thai yea.. Bukan sup biasa.. Ada guna perencah sup Thai tu.. So kena ready bahan semua dulu la kan..  RESEPI SUP AYAM THAI Bawang putih + Halia (ditumbuk)  Bawang merah + Bawang besar + Serai (dipotong) Cili (diketuk)  (Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup) Minyak sikit. Tumis semua sekali.  Campur hirisan lemak ayam.  (Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh)...