Cara Terbaik Minum Teh

Cara Terbaik Minum Teh |
Ada yang kata, makan nasi diiringi dengan minum teh boleh memudaratkan kesihatan. Jadi, bagaimana cara minum teh yang menyihatkan? Walaupun teh mengandungi antioksida yang tinggi, daun teh boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi.

Zat besi yang berada di dalam suplemen dan sayuran adalah zat besi yang sangat rentan diikat oleh tannin di dalam teh.  Berbanding zat besi di dalam daging, ia sukar diikat oleh zat pengikat seperti tannin yang terdapat di dalam teh. 

Untuk mengelakkan masalah kekurangan zat besi apabila minum teh mengiringi makan nasi, sebaiknya minumlah teh selepas dua jam waktu makan utama. Jadi, antioksida dalam teh juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya, selain mencegah gangguan penyerapan zat besi.

Bukan itu sahaja, campuran gula dalam teh yang dibuat juga perlu diperhatikan. Penggunaan gula berlebihan berbahaya kerana boleh menyebabkan diabetes. Sebaiknya gunakan gula seminimum mungkin.  Minum teh dengan cara yang sihat boleh membantu memelihara kesihatan..

Sharing Is Caring :
Baru-baru ni teman balik kampung, ada sorang makcik tu kata.. minum teh ni memang elok untuk badan, tetapi kalau nak minum pastikan minum teh panas.. kalau minum teh sejuk.. maka berangin lah badan yong oiii... pastu.. kalau nak minum.. jangan minum banyak sangatt.. dah sah2 berangin berganda2 lah nampaknyaa.. 

9 Ulasan

  1. Saya teramat suka minum teh.dari kecik sampai besar..time pregnant lagi gila teh..hahaha

    BalasPadam
  2. teh memang angin tapi untuk kurangkan angin, meh minum teh halia...perh sedap :)

    BalasPadam
  3. Alamak.. Knp keluar gambar je.. Tulisannya tak ada.. So, setakat ni jela komen sy.. Hhuhi

    BalasPadam
  4. teh cameron..memang layan..harum jek

    BalasPadam
  5. teh cameron..memang layan..harum jek

    BalasPadam
  6. Sedapnya teh.. Tp dlm pntng xleh minum.. Hukhuk

    BalasPadam
  7. ooo ye ke..ok ok lepas ni minum yg panas2 jer hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama