Langkau ke kandungan utama

Pesakit Manja ?

heeee. hari tu teman ada up satu entri pasal 3 Pesakit dan Ceritanya tu kan? ho2.. terlupa pulak nak citer pasal sorang pesakit ni.. pesakit ni katilnya sebelah teman.. berbangsa india.. dia kata dia sakit dalam perut.. hati dia bermasalah.. tu yang mata dia kuning tu.. teman pun tak sembang banyak pun dengan dia..nama dia pun teman tak tahu.. Almaklumlah.. masa tu baru masuk wad, perut pun sakit lagi.. So, teman jadi budak baik la hari tu.. heeee..

Pesakit sebelah teman tu takut makan ubat, teman perhati aje dia dari start nurse letak ubat atas meja roda dia tu, sampai nak dekat sejam.. dibiarkan aje ubat tu kat situ.. sambil tu dia tengok teman, pastu dia cakap "saya tak mau makan ubat la, pahittt" , lepas dia cakap camtu baru teman faham awat lea di tenung aje ubat tu.. sabo jelah.. takut makan ubat rupanya..

Teman pun Nasihat dia.. supaya makan ubat tu.. sebab kalau tak makan, bila nak sembuh? mata pun kuning sangat tu.. (selamber je teman tegur mata dia kuning kan!) Pastu agak kelakar bila dia mahu pulak dengar cakap teman, terus diambil ubat jenis pil tu, ditelannya.. pastu ada lagi satu ubat jenis cecair macam ubat batuk tu.. dia kata taknak makan, teman paksa jugak dia makan.. lagi sekali teman geli perut tengok dia dengar dan patuh cakap teman.. sambil tutup hidung dia abeskan ubat jenis cecair yang boleh tahan pekatnya teman nengok.. memang geli perut teman tengok telatah pesakit tu.. hi3.. dalam hati berkata.. kira kuat jugak pengaruh aku ni yea... kikiki..

Pastu esoknya dia dah kena pindah ke wad lain sebab wad tempat teman duduk tu untuk pesakit yang nak buat pembedahan aje,.. yang dia bukan nak operate ke apa.. so, dia dipindahkan ke wad lain.. kejap jelah kenal dia.. heee.. Pesakit Manja teman gelar dia.. kih3..(nak ngata orang, diri sendiri tu pun 2X5 kan! manja sebab takut jarummm.. aiyoo..)

Ulasan

  1. Hehe...ada² je ragam kat wad kan sis?

    BalasPadam
  2. Dulu saya pun jenis takut ubat, siap mintak ubat air lagi dengan doktor sampai doktor sergah dah kawin pun masih nak
    makan ubat macam budak kecik ke ? Malu kena sergah belajarlah makan pil/kapsul sampai pernah tercekik psal
    tak pandai telan ubat hehehe....

    Cepat sembuh ya Tengku Butang meow.

    BalasPadam
  3. Sy om kalau pil, tp kalau ubat air tu mmg tak sanggup.. Boleh uwek balik. Sy penakut jarum juga, nak bw anak pegi cucuk bulan2 pun sy ngeri.

    BalasPadam
  4. hihihi..ada aura tu.....sebab tu mampu convince dia suh makan ubat..hihi

    BalasPadam
  5. haha.. sesuai sgt tu jadi nurse.. patient dgr kata nanti..hehe

    BalasPadam
  6. saya paling xsuka kalau melibatkan jarum...kalau ubat boleh tahan lagi...
    kalau jarum, minta doc pengsankan saya dl...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Ughh.. takut jarum juga. nak kena tindik hari tu nak lari tapi adik pegang tangan kuat2 (=__=") semoga kak TB sihat2 selalu. terima kasih atas kunjungan. ada masa, saya godek2 entri akak ya. serius, antara nama yg selalu saya jumpa dlm google dan blog2 lain, mesti ada nama TB, titan dan lyssa secret. :) rajin akak bw ya.

    Dan tahniah utk kenangan 2 Ogogs tu :) ok, typo.. =="

    BalasPadam
  8. hehehe,,bgsnye TB...xpelah kita nasihat utk kebaikan dia jugak kn ehhehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n