Langkau ke kandungan utama

Moto GP 2014 | Hafiz Syahrin Terbabas

PELUMBA Moto2 Pasukan Petronas Raceline Malaysia, 
Hafizh Syahrin beraksi di perlumbaan Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix 2014 
di Litar Antarabangsa Sepang semalam.. |

Adoiii Hafiz Syahrin... 
Start No 18 --> No 5 --> No 9 --> Terbabas
Apa2 pn tahniah Hafiz.. Terbaikkkkk  


Hoh.. Dah start dah nak citer pasal MotoGP ni ha.. hee.. citer sikit2 dulu yea.. hee.. Antara pelumba yang teman paling nak tengok masa datang Moto GP ni ialah Hafiz Syahrin, Rossi dan Ramdan Rosli (sebab teman nak tengok camne orangnya.. heee..) Zulfahme pun teman nak nengok gak.. tapi antara semua, teman paling nak tengok Rossi dan Hafiz Syahrin.. 

Semalam, perlumbaan lain teman tak berapa nak feel sebab tak kenal sape pelumbanya.. perlumbaan yang 1st tu.. Rocky Racer.. untuk pelumba yang cilik.. kecik2 je budak yang bawak motor tu tauu.. 

alalala.. comey2 belako.. tapi teman idak lea reti nak nengok sape pilihan hati.. sebab tak kenal lagi pelumbanya.. semua pakai helmet sama, jaket pun smaa.. motor pun sama.. yang membezakan hanya nombor pada motor masing2.. apa-apa pun, tahniah! semoga bakal menjadi pelapis untuk rider Malaysia akan datang yea.,. 

Haa.. untuk yang kedua punya perlumbaan.. Moto3.. Efren Vazques menoktahkan saingan perlumbaan di tempat pertama, diikuti oleh Jack Miller dan Alex Rins ditempat ketiga selepas aksi yang cukup mendebarkan semalam. 

Walaupun pelumba harapan negara Zulfahmi masih belum berupaya bersaing di kelompok hadapan dan tidak dapat menamatkan perlumbaan, namun Hafiq Azmi sedikit mengubati kekecewaan dengan keputusan yang agak cemerlang dengan menamatkan saingan di tempat ke 13.

Haa.. bila tiba time Moto2, teman dah rasa bersemangat lak, memang time tu tak sabar nak tengok aksi Hafiz Syahrin.. dan suka gak tengok telatah Hafiz yang ala-ala Rossi gitu.. tak sombong dan ceria budaknya.. eh.. budak lak.. orangnyaaa.. heee... tapi.. itulah.. nak buat camne.. kali ni bukan rezeki Hafiz.. rasnaya kalau tak kerana terjatuh gerenti Hafiz boleh potng lagi tu.. teman yakin atas kewibawaan Hafiz.. memang boleh pecut .. takpe Hafiz, jangan putus asa, next time boleh try lagi.. Ho.. apa2 pun.. tahniah buat pemenang untuk kategori Moto2.. Jom ikuti ulasa berita dari BH onlien ni.. 

SEPANG: Kejutan yang ditampilkan di awal perlumbaan Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang gagal diteruskan Hafizh Syahrin Abdullah apabila gagal menamatkan perlumbaan di Grand Prix Motosikal Malaysia selepas terjatuh ketika perlumbaan berbaki sembilan pusingan.
Bermula di petak ke-18, Hafizh yang berlumba bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia membuat kejutan di awal perlumbaan apabila memanfaat sepenuhnya kekalutan untuk berada di kedudukan kelima pada satu ketika.
Sekalipun cuba kekal di kelompok depan, jelas pengalaman tidak memihak pelumba berusia 20 tahun itu yang tergelincir ketika berada di kedudukan kesembilan sebelum terjatuh pada selekoh ke-15 menyaksikan harapannya untuk mengutip mata di laman sendiri, terkubur.
"Tidak ada kesilapan besar yang saya lakukan dan mungkin cuma nasib tidak menyebelahi saya," kata Hafizh mengulas mengenai insiden itu.
"Ketika itu, saya cuba mengikuti belakang (Thomas) Luthi namun disebabkan saya terlebih laju menyebabkan saya terjatuh.
"Ini kali pertama saya berlumba di kelompok depan dalam Moto2 seperti ini jadi ia satu pengajaran yang baik buat saya terutama bagi menghadapi musim depan.
"Saya berharap semua peminat tidak putus harapan terhadap saya dan terus menyokong selain memberi semangat kepada saya," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi penunggang negara di Moto2, Azlan Shah Kamaruzaman (Idemitsu Honda Asia) menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20 sekali gus pelumba terbaik Asia yang menamatkan perlumbaan di Sepang.
Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales menamatkan perlumbaan Moto2 di Sepang selaku juara diikuti pelumba Marc VDS, Mika Kallio dan rakan sepasukannya, Esteve Rabat.
Sekalipun menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga, ia hari yang dianggap istimewa buat Rabat apabila posisi itu sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan dunia Moto2, musim ini.
Hafiz Syahrin Abdullah

Sumber : BH Online
Buat Pelumba Motor GP .. 

Tahniah buat semua.. terutama buah hatiku Rossi.. sejak masuk balik team Yamaha ni, terkeluar balik taring dia.. tak seperti semasa bersama team Ducati.. asyik terbolos ke belakang ajo.. hihihi,.. Lorenzo pun OK.. dari dulu maintain 1,2,3 .. bagusss.. hee.. apap2 pun.. Race is over!


Tahniah buat Marc Marquez yang menamatkan perlumbaan podium 1. Walau bagaimanapun, Rossi tidak mengecewakan teman apabila dia berjaya meraih podium dikedudukan ke 2. Yeayyy!!! Lorenzo pula dapat tempat ke 3. Perlumbaan yang sempurna walaupun ketiadaan Dani Pedrosa!

Note : apa2 pun.. teman bverpuashati dengan perlumbaan kali ni... meriah kot.. ramai giler kali ni.. penuh stadium tu.. tambah kat tempat kami lepak tu, sampai berhimpit time waktu kemuncak.. adoiyaii.. panas kot.. sampai migrain n penign2 teman dibuatnya.. hubby siap tanya lagi.. "tahun depan nak gi lagi takk?" ha2.. masa tu takleh nak jawab.. bila dah sampai umah n dah OK teman jawab.. "Mestilah Naaaakkkk".. kekekekeke.. tak serik lagi tuuu..

Ulasan

  1. Salam TB,
    Ingatkan otai mcm sy ni yg minat rossi, tb pun minat rossi juga yer.
    Aby ni diefan of rossi. Marques menang tidak la hairan tp rossi dpt 2nd place memang sesuatu yg owrsome.
    Dlm pesaing2 dia mcm max biaggi, sate gibarnau, casey stoner suma dh pencen, rossi masih teguh dilitar dan masih susah digugat pelumba2 lain kecuali marquez..
    Cume kena terima kenyataan, rossi is nowhere near to marquez, masih blm mampa atasi marquez on one to one battle

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n