RESEPI SARDIN ROLL |

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠· 
BAHAN-BAHAN
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

1 tin kecil sardin
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 1/2 tbsp cili serbuk
1 biji bawang besar (hiris kasar)
sedikit gula dan garam secukup rasa
Sebuku kecil roti gardenia
2 biji telur
Bread Crumb/Nestum

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·
CARA MENYEDIAKAN
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

Pisahkan isi sardin dari kuahnya. Hancurkan kasar-kasar isinya. 
Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat. 
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 
Tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau. 
Masukkan cili serbuk dan kacau rata. 
Tuangkan sedikit air kedalam kuali supaya serbuk cili rata dan sebati. 
Masukkan garam dan sedikit gula. 
Kacau rata dan masukkan pula bawang besar dan isi ikan sardin.

Masak sehingga ia sebati dan agak kering. Angkat dan ketepikan.
Gelek permukaan roti gardenia sehingga habis. 
Isikan inti dan naikkan sedikit permukaan roti di bahagian kiri dan kanannya 
kemudian gulung roti. Buat sehingga habis. 
Pecahkan telur dan taburkan sedikit garam dan lada sulah. 
Kocok telur sebentar. Celup roti satu persatu  
dan guling2 kan diatas mangkuk berisi Nestum/Bread Crumb tadi.. 
dan goreng di dalam minyak yang panas. 
Balik-balikkan dan masak sehingga kekuningan. 
Angkat dan toskan di atas kitchen towel.

7 Ulasan

  1. Yg ni pun sy suka.. Sedap sangat. Tp xsuka beli, selalunya dah keras n berminyak sangat. Kalau buat sendiri, dpt bubuh sardin banyak2..hah

    BalasPadam
  2. sedap ni...thanks for resepi..nak try la nti...

    BalasPadam
  3. Suka makan ni...sedap sangat....

    BalasPadam

Catat Komen

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New